The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

DC 8: TENSION

Esok sudah hujung minggu, ini bermakna esok ibu akan datang. Ahhh...kenapa dia mesti datang sekarang?kenapa x boleh ja biar aku dan anaknya hidup aman sikit? bagi kami masa untuk tenangkan perasaan. bukannya dia tidak sedar akan hubungan kami yang dingin.

kalau dulu masa majlis rumah dia, bukan dia tak sedar aku asyik berkurung ja dalam bilik. kalau keluar pun bukannya boleh tenangkan jiwa. ada ja mata yang tak puas hati memandang, ada sahaja benda yang tak kena dimata mereka.  maklumla, bidan terjun. walaupun bukan semua yang kenal bakal isteri Jebat tapi biasala kabar angin tersebar dengan cepatnya. dan inilah lagi satu perkara yang menyebabkan aku rasa nak ja bunuh si Jebat tuh...ikut sngat perangai hang jebat pahlawan terulung yang ingin membela sahabat yang sngt disayanginya sehingga sanggup menderhaka kepada raja. Inilah resmi Jebat tu, pentingkan diri, dah pengantin dia lari, aku pulak jadi mangsa. Entah-entah malam tu pun komplot dia x?konon2 buat baik nak tolong aku tp ada udang disebalik batu. orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. malah malam sebelum kami bertolak ke sini, ibu dah bagi warning siap-siap kat aku...x da la warning sngt..tapi nasihat...cuma sbb perasaan aku masa tu pun bukan la betul sngat jadi aku memang x suka la dengar nasihat tu...dan ketaksukaan aku itu jeals terpancar diwajahku yang suci dan bersih ini..inilah lagi satu kelemahan aku, wajahku bukan pandai berbohong.

kini, esok dia akan datang, entah macam mana aku nak layan. Jebat memang dah bagi warning awal-awal BEHAVE.....huhuhu..macam mana ni....ahhh TENSION.

bab melayan tu satu hal, ni bab bilik ni macam mana...alahai...cakap kat Jebat ari tu dia boleh dengan selambanya cakap.

"saya x da masalah, sbb saya memang dah duk bilik utama,yang memang sepatutnya menjadi bilik kita, malah saya juga minta awak duduk bilik tu, tapi awak yang x nak, jadi saya x nak paksa, cuma kalu ibu atau sesiapa tnya, pandai2 la awk"...jeda sekejap, kemudian menyambung dengan nada yang sederhana tapi tegas "cuma awak pasti boleh tahu apa yang saya akan buat kalau ibu saya x suka dengan cara awak....ingat awak cuma perempuan..." dan dia berlalu pergi. dan belum sempat aku nak proses segala kata-katanya, dia berhenti sesaat dan berpaling kemudian dush!!kata-kata membunuh terlontar indah dari bibir yang memang x diinsurankan tu..satu2nya kelemahan aku..

"kalau boleh saya x mahu sesiapa tahu apa yang terjadi dalam hubungan kita sekarang, cukup-cukuplah mereka risau pasal kita, dah banyak air mata mereka tumpah kerana kita..kita dah cukup dewasa untuk membahagiakan mereka"

jadi bagaimana???Ahhhhhhhh!!!TENSION.


No comments: