The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

DC 4: PASRAH


Pasrah. itu sahaja perkataan yang wujud dalam hati aku untuk menguatkan semangat menghadapi ujian ini. ujian yang paling berat aku terima seumur hidupku ini. pertama kalinya aku melihat wajah kecewa kedua ibu bapaku.kecewa yang amat  kerana aku telah mencontengkan arang ke muka mereka.

Ma! Abah! maafkan aku bukan niatku. malah bukan juga perancanganku. semuanya kerana aku hadir pada masa yang salah dan pada waktu yang salah. bukan sesuatu yang boleh aku kawal. ia sudah tertulis.

seiring dengan masa berlalu, aku juga selamat bergelar isteri kepada lelaki yang asing. tidak pernah ku kenal dan dirancang. GILA. ya satu keputusan yang aku rasa gila sekali pernah aku ambil.kalu ikutkan hatiku memang aku x akan buat keputusan ini. tapi kebahagiaan ma dan abah aku lebih penting pada saat ini. dan kerana itu aku pasrah saja menerima lelaki asing itu dalam kehidupanku kini.




No comments: