The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

DC 5: KENAPA??

Kenapa aku harus berada di sana? kenapa aku yang perlu selamatkan dia? kenapa aku setuju berkahwin dengan dia? terlalu banyak persoalan kenapa yang muncul dalam benakku. tetapi satu jawapan sahaja yang pasti. TAKDIR.

aku cuma mahu mencari ketenangan, kehilangan alisa pada saat-saat akhir perkahwinan kami memang membingungkan. semua orang menyalahkan aku. Kerana aku yang meminta pertunangan ini diputuskan. sedangkan mereka tidak tahu bahawa alisa yang curang.

masa cuma tinggal seminggu, semua persiapan juga telah dibuat, jiran-jiran, saudara mara sudah dimaklumkan.linangan air mata ibu betul-betul menyayat hati. menusuk sembilu.x sampai hati untuk aku memalukan ibu.tapi bagaimana?

tapi takdir Allah Yang Maha Besar memang tiada siapa tahu, air muka ibu mampu dijaga. tapi maruah seorang gadis yang tak bersalah telah dicemari. Bukan niatku mengiakan apa yang berlaku. Tapi bila sergahkan abah lia ketika itu sangat menyedarkan aku ini bukan perkara biasa. Maruah keluarganya perlu diselamatkan. Air mata ma mengingatkan  aku kepada air mata ibu. memang aku x mampu.

walaupun wajah lia merayu aku mengatakan tidak, tapi aku x tau kenapa hatiku menyuruh aku mengatakan ya. dan bila aku mengatakan aku akan bertanggungjawab, aku dapat melihat kelegaan pada wajah mereka. walaupun wajah meraka masih diliputi kekecewaan. laungan lia membantah tiada siapa yang ambil kira.dan keputusan muktamad diambil. DAHLIA MALISA BINTI MOHD DAIM kini telah selamat menjadi isteri JEBAT DANIEL BIN SULAIMAN yang sah. menutup segala masa silamku yang didusta.



No comments: