The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, July 29, 2011

Monolog seorang aku: monolog 13


setelah hampir sepuluh tahun aku meninggalkan zaman persekolahan, menyebabkan aku terasa seperti terlalu lama kapalku tanpa arah tujuan yang nyata.... Sepuluh tahun bukan jangka waktu yang singkat, lama, tersangat lama. sepatutnya dalam jangka masa aku sudah mampu tersenyum dengan kejayaan aku...tapi adakah pencaturan aku yang silap?

kenapa selama ini aku x pernah sedar ada sesuatu yg lebih menarik dalam dunia yang menakutkan diluar sana..kenapa aku terlalu takut untuk mengambil risiko?kalu dulu aku gagal dalam mengejar impian aku, mungkin aku puas ati kerana aku pernah berusaha mengejar, tapi malangnya aku terlalu takut...takut pada kegagalan...dan akhirnya aku disini..masih mengharap pada benda yang tak pasti...

tapi itu semua dh berlalu, untuk ku mulai sekarang agak terlambat. aku ada tanggungjawab. aku diperlukan disini...aku tidak boleh menidakkan kehadiran mereka yang penting dalam hidupku kini...kerana mereka adalah semangatku..kerana mereka adalah nafasku...kerana mereka aku hidup....selagi adanya mereka disisiku...aku tidak perlu mundur...selagi mereka ada...aku akan teruskan..kerana aku tahu mereka akan menjadi tongkat sekiranya aku tempang...mereka akan menjadi mata sekiranya aku buta..dan mereka akan menjadi telinga sekiranya aku pekak...

jadi sementara aku mampu membahagiakan mereka...aku akan lakukan..aku akan...aku akan menjadi kebanggaan mereka...aku akan menjadi tongkat mereka....

Saturday, July 16, 2011

Aduhhh!!


Aduhh!!
semuanya berjalan lancar..
tp kenapa ak spt ssh nk sesuaikan diri..
ntah...

mungkin sbb ak x suka bazirkn masa aku begitu...
sekiranya perlu bekerja..
kita bekerja..
tolong la jgn bazirkan masa ak..

harap2 aku mampu bertahan
walaupun cuma 3 bulan
sekiranya 3 bulan ini aku masih x mampu nk sesuaikan diri
nmpk gayanya
aku terpaksa menarik diri.

Friday, July 15, 2011

Alhamdullilah....



akhirnya minggu in berlalu dengan lancarnya
Alhamdullilah..

banyak jugak kerja yang beres
haha..syabas...

tetapi ada jugak yang terpaksa KIV dahulu..
huhu ...mungkin juga belum rezekinya untuk dibereskan

untuk minggu ini
cuma ada satu lagi untuk
aku tempuhi..

malam ini penentunya...moga2 berjalan lancar...aminn...doakan yea...

Wednesday, July 13, 2011

work smart play smart


aku ni bukan la jenis yang suka baca buku motivasi
pergi kelas motivasi pun x
malas la...
sbb bagi aku..
ia membuang masa & tenaga...
ye ker?..

abis tu mana aku dpt motivasi..
bnyk cara nak dapat motivasi..
tgk orang berjaya..
tgk orang yg gagal..
tgk kiri..
tgk kanan...
kalau kita perhatikan betul2..
gunakan segala deria yang dikurniakan
bnyk yg kita boleh jadikan motivasi..
malah mungkin lebih berkesan..
ye ker?

bala tentera semut yang bekerja keras mencari makanan
bergotong-royong membawa makanan ke sarang
langit yang sering memberikan pelbagai jenis cuaca
redup, cerah, hujan & kekadang pelangi menghiasi langit

insan yang berjalan kaki dalam cuaca yang panas atau hujan
gelak tawa insan tersayang
tangisan mereka
kemarahan mereka

novel2 atau drama2 yang memberi contoh2 kepada kita
lagu2 yang mewakili perasaan kita

semuanya
mampu jadikan kita lebih kuat
mampu kita jadikan motivasi
untuk menolak kita jadi yang lebih baik
untuk kita jadikan kekuatan
untuk kita jadikan tongkat
supaya hidup kita lebih indah

Wednesday, July 6, 2011

menulis


menulis
ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan,
bukan semudah menyuarakan pendapat seperti berkata-kata
susunan ayat dan pemilihan perkataan perlu seiring
agar maksud dapat dicapai

dalam masa menulis kita akan berfikir
sedalam-dalamnya
mencari perkataan
untuk menyambung setiap perkataan menjadi ayat
dalam usaha menyampaikan maksud tersirat

bahasa penulisan lebih indah
pemilihan kata yang sesuai mengindahkan lagi struktur ayat
menjadi terlalu indah untuk diingat dan dihayati
cuma
bukan semua insan dikurniakan bakat itu
termasuk aku

menulis bagiku umpama berperang
kerana aku perlukan segala-galanya
masa, tenaga, strategi, bahan-bahan dan faktor penolak
agar penulisan aku bisa menjadi ledakan

tapi faktor yang paling penting untuk aku
adalah pencabar
tanpa pencabar
aku terasa hambar
aku terasa kosong

dan kini pencabar sudah muncul
tapi aku tidak merasa cukup kuat bahang cabaran ini
kerana aku tahu kemampuan aku & dia
tapi aku tak kan berputus asa
aku cuma perlu mencuri sedikit masa
dan aku juga mungkin perlu sedikit keberanian
keberanian untuk menyuarakan teori yang aku masih belum fahami sepenuhnya
yang masih ragu-ragu
yang masih ada persoalan yang belum kutemui jawapannya

Sunday, July 3, 2011

Monolog seorang aku : monolog 12



dah lama aku tak bermonolog tentang aku, bukan bermaksud aku sudah lupa, cuma tiada bicara untuk diungkapkan menjadi satu ayat yang lengkap. dalam masa beberapa bulan ini, aku cuma banyak merapu yang aku tidak kategorikan sebagai bermonolong yang mewakili bechmark aku disini.

ari ni aku teringin bermonolog kerana aku sudah hampir melangkah satu lagi anak tangga dalam milestone kehidupan aku. tak lama lagi, insyaAllah secara rasminya aku akan menamatkan zaman masterji aku ini. walaupun mengambil masa yang lebih lama dari jangkaan aku, tapi alhamdullilah akhirnya aku berjaya menamatkan penderitaan ini.

dalam masa 3 taun ni, banyak perkara aku pelajari, bnyk juga keringat dan air mata yang mengalir. tapi semua itu bukan abadi, semuanya terubat dengan masa. 3 tahun yang mematangkan aku, 3 tahun yang merubah aku dari seorang adik menjadi kakak. 3 tahun yang menambahkan tanggungjawab untuk dipikul. 3 tahun yang penuh tipu muslihat, 3 tahun yang menjadikan aku lebih kejam, 3 tahun yang meubah aku dr minah rempit kepada minah drift (metafora ja ni).. 3 tahun yang mengenalkan aku dengan periuk belanga, rempah ratus, dan segala macam resipi....3 tahun yang menjadikan aku setiap bulan mengenal batang mop dan penyapu. 3 tahun yang menjadikan aku bergelar "Bonda" kepada 2 putri yang comel (aleesya & damia) walaupun status perkahwinan aku masih bujang jangan salah faham pulak, tu putri kak long & abe keriku....dan 3 tahun yang menjadikan aku lebih cantik dari biasa...haha...banyak kan yg berubah....

aku berharap, 3 tahun akan datang lebih bermakna dalam milestone kehidupanku...InsyaAllah...dengan izin-Nya...

apa-apapun aku akan pegang kata2 ni " tiada duka yang abadi"...so senyum adalah penawar segala duka....bila kita diduga...tarik nafas..dan ucapkanlah...tiada duka yang abadi...esok adalah hari yang lain...cuaca mungkin cerah...lebih cerah dari ari ini...dan awan nano akan mengiringi setiap balada hati yang tercipta. dan jangan takut cuba untuk kali ke-2, kerna ku ada kamu. setiap ilusi yang hadir mungkin akan menyelesaikan susun silang kata dalam diari kehidupan kita yang dipenuhi drama.