The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

12: MAAF


 Jebat tersedar dari lena yang terganggu disebabkan tidak selesa. Mata meliar melihat sekeliling. Baru tersedar dia terlelap di atas kerusi panjang di ruang tamu. Entah pukul berapa dia terlelap semalam langsung dia tidak sedar. Dalam keadaan yang masih mamai, tangan mematikan televisyen yang terpasang kaki melangkah perlahan menuju ke bilik. Dengan perlahan pintu bilik dibuka, tidak mahu mengganggu tidur si penghuni di dalam. Hatinya hampa melihat katil yang kosong. Hatinya berbisik “takkan dia tidur di dalam biliknya?”..dengan berat kakinya tetap melangkah ke katil yang kosong. Selimut ditarik, mals memikirkan ketidak sudian isterinya..tapi tetiba matanya tertancap pada beg sandang Lia yang terdampar berhampiran meja kerjanya. Bingkas dia bangkit, mendekati meja kerjanya. Mata melihat Lia yang tertidur disitu. Dalam keadaan yang masih bertudung. Dengan perlahan kakinya menghampiri Lia, hatinya berdebar. Dihadapan  Lia kesempatan diambil untuk memerhati wajah polos Lia yang terlena. Hatinya sayu melihat pipi yang basah. Hatinya sakit bila memikirkan sebab Lia menangis. Benci sangatkah Lia dengan ikatan perkahwinan ini? Atau benci sangatkah Lia padanya sehingga langsung tidak mahu menerima dirinya sebagai suami.

Lia bergerak perlahan membetulkan kedudukan kepalanya yang mungkin tidak selesa mengejutkan Jebat yang terpana seketika. Dengan perlahan Jebat mencempung badan Lia ke katil. Badan Lia diletakkan perlahan agar tidurnya tidak terganggu. Tudungnya dibuka perlahan membebaskan rambut panjang Lia bebas bernyawa. Tanpa sedar, dahi Lia dikucup lembut sambil bibirnya mengungkap lembut perkataan maaf yang tidak mampu untuk diluahkan.
“Maafkan saya…saya janji akan pulangkan kebahagiaan awak”.
Tetiba bibirnya mengorak senyum memikirkan reaksi Lia sekiranya  dia tahu apa yang telah dilakukannya tadi. Dan malam itu tidurnya sangat lena sambil memeluk Lia disisinya.


No comments: