The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

DC 10 : LEGA



Entah mengapa pabila melihat wajah Lia yang kepenatan dan berkali2 memohon maaf atas kelewatan kepulangannya tadi menyejukkan hati yang tengah panas mengelegak. Apatah lagi pabila merenung matanya yang suram dan tidak bermaya. Aku tahu dia sengaja. Kalau boleh dia juga tidak mahu menipu tapi  tiada pilihan y lain. Pilihan yang ada adalah menipu atau lari. Kerana pilihan yang lain adalah melibatkan hati, jiwa dan raga yang telah aku rampas daripadanya.


sudah hampir sepuluh minit Lia memasuki bilik "KAMI", bilik yang tidak pernah dia kunjungi. Telinga aku dipasang untuk mendengar bunyi dari bilik walaupun mataku  berpura-pura sedang kusyuk menonton televisyen, yang memang sejak petang tadi lagi terpasang semata-mata untuk mengalihkan fikiran dari berfikir tentang Lia. Namun hakikatnya aku tidak dapat mencerna apapun celoteh yang kelauar dari tv. Fikiran akau melayan memikirkan tentang hubungan kami yang dingin umpama salji. Ada tapi tiada. Sampai bila akmi harus begini? Nasib baik Ibu telah masuk berehat di dalam bilik tetamu. Mungkin penat menaiki bas tadi belum hilang.  Kalau tak jenuh juga aku perlu menjawab soalan2 cepugangsa darinya, sejak petang tadi lagi aku cuba mengelak. Mungkin kerana aku anaknya, dia mampu meneka setiap jawapan yang lahir dari bibirku benar atau tidak.


No comments: