The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, May 29, 2009

SeLAMat PenGanTin BaRu


ehem...ehem...cuti sekolah dah hampir...so banyak la kad2 yang berbau wangi akan sampai kat pintu rumah...ada yang kita boleh pergi dan ada jugak yang tak dapat nak g...maklumla...merantau...

so aku mengambil kesempatan ini..untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada rakan2 ku dan juga bakal2 pengantin yang bakal melangkah kaki ke satu dunia yang lebih bermakna. Semoga anda akan berbahagia selama-lamanya..

dan tak lupa juga kepada yang baru mengikat tali pertunangan...SELAMAT BERTUNANG...

semoga sepanjang tempoh pertunangan ini...anda hayatinya dengan kesabaran..(orang kata tempoh ini yang paling banyak dugaannya) hehe...

5: Saya amek awak.


tit…tit…tit…aku berkejaran sebaik mendengar bunyi phone. alamak..apsal dia call aku nih…nak jawab tak..ngeee ….aku cuma merenung phone ditangan..dah berhenti…fuh.. banyaknya miscall…alamak ibu pun ada call ni, nape yea…

bip..bip….message masuk

askum, please angkat phone. urgent. Belum pun sempat aku nak replay message. phone dah berbunyi balik. dia lagi.

setelah aku Berjaya mengumpul segala kekuatan, aku menekan butang hijau

“hello. askum.”

“hello, wasalam”

“awak kat mana?”

“kat lab. nape?”

“saya akan sampai utm dalam half and hour. awk bersiap. kita kena balik sekarang. mama kat icu”

dalam satu nafas dia lontarkan hukuman mandatory kat aku. bersiap.. amek aku.. balik.. mama sakit..aku cuba cerna apa yang dia katakan.

“dengar tak ni!”. dia menjerit sedikit setelah tiada respon dari aku. jeritan dia dicorong radio mengembalikan aku ke dunia reality.

“er…saya kena mintak cuti dlu..”

“saya dah lepas angsana ni.. nanti jumapa awak kat utm. awk dok blok mana?

“er…blok m24.ktdi.”

“k . jumpa dalam half and hour.” klik

tut..tut..tut…dan aku masih belum percaya dengan apa yang berlaku….aku hanya memandang tepon di tangan..perasaan tak percaya masih lagi terasa.

Thursday, May 28, 2009

kurang bercakap= bodoh sombong

ari ni..
pepagi lagi sorang mamat ni sapa aku dalam ym...
mgkin dia bosan kot....

aku pun sapa la dia balik....
sbb ari ni macam ada mood n masa nak layan ym....
biasa segan ar...orang lain keje aku dok ym...
kan tak elok tu...

dia mintak no phone...
kata senang nak call n msg....
dah bosan kot nak mintak gambar aku...

aku mmg tak suka nak sesuka ati bagi no phone kat orang...
so aku bg la reason...
perkara yang bebenor...
kenapa aku tak nak kasi no phone aku...
sbb aku tak nak wat menyemakkan phone book dia ngan no aku...
sbb aku tau bila sekali ja dia berbual ngan aku...
dia akan bohsan...
sbb aku akan membosankan dia...
k...
dia leh terima alasan aku...

then aku tanya la...
dia suka kawan ngan orang camne...
dia kata tak kisah asalkan orang tu open minded dan tak susahkan dia...
k.
aku terima...
sapa nak kawan yang boleh susahkan diri sendiri kan...
tp saja aku nak argue ngan dia...
aku kata orang macam tu tak kan wujud..
maksud aku open minded dalam sume hal...
then...
kami pun argue...
bagi reason...
dan contoh...

X: u tau tak ape mksud open minded?
dahlia_canna: tau...fikiran terbuka....
X: yer la..
X:terbuka untuk terime pendapat org..
X:bukan nyer suke semua org..
X:laen tu.
dahlia_canna: bukan saja pendapat....tp tingkah laku....sifat...kegemaran....kan awk ckap open minded dalam sume hal
X:yup..
X:mmg la..
X:tpi, sifat pon ade kene mengena ngn open minded ke?

X:i ckp as long as org tu tk nyusahkan i, i ok je..

X:then, klo lagu boboy tu da menyakitkn telinga i, tu kire menyusahkn la tu.

X:cube u ckp, ape yng bleh di kaitkn sifat dgn open minded?

dahlia_canna: so awk akan kutuk la sesapa yang minat lagu boboy tu?

X: nope..
X: npe nk kutuk plak?
X: sume org len citerase..

dahlia_canna: tp mesti ada double standard kan?
dahlia_canna: apa kelas layan lagu boboy...
X:u jew yng pk mcm tu..
X: biase la..

X: pmpuan kn suke pk negatif..
X: sifat tu mmg tk pnah lri dlm dri pmpuan..
X: bnde tak pasti lagi, dah tafsir mcm2..

X: tol tk?
dahlia_canna: see....awak dah berfikiran double standard bila kata pompuan suka fikir negatif
X: ape mksud double standard?

X: trgkn leh?
dahlia_canna: awal2 lagi awak dah fikir perkara yang kurang baik tentang sesuatu...
X: then, ape kne mengena double standard ngn fikiran terbuka?
X: what is their relation?

dahlia_canna: dengan adanya double standard...ssh untuk kita berfikiran terbuka dalam semua hal...
dahlia_canna: sbb kekadang kita dah assume awal2 benda tu buruk...tak elok...menyusahkan...

X: i rse u tk phm maksud berfikikirn terbuka.

X: tu je.
X: whatever lah

then...
aku jadi mangsa...
Tp aku tetap ngan pendapt aku...
dia mengalah....
tp aku tau nada dia tak puah ati....

ade phm ke?
len la klo u mmg sombong..

n tak leh nk terima kwn2 u leh tlg..

that all..


owh.. then,
u gune la kepakaran memerhati u..
(ini sbb sebelum ni aku ada ckp aku suka memerhati dr berckp)
tgk leh tk dpt jwapan

ape lagi..
cpt la memerhati..
tgk leh ke tak..

owh..
okei.
u kn pkar memerhati..
perlukan memerhati je..
dah ade jawapan..
sng tol..

t i blaja ngn u ek..
tgk je org tu,
da dpt tau da die cmtu..

wah.. sng tol.. jgn lupe ajar..
oo..
ikot u la.
janji bahagia..

then....
dia wat conclusion...

sbb u mcm tksub ng dri u sndri..

u bngga sgt dgn kebolehan u..

n anggap org len sume tk setnding u lah u bukan nilai dri u,
u nilai dri org laen,.,,

jgn tipu ek..


susah berckp ngn org bijak pandai nie..


baik berckp ngn karipap lagi baik dripada berckp ngn org yng nk menang.

next time, i pn nk kne ade double standard jgk..

then memerhati org len..
supya bleh jdi bodh smbong..
kurgkn bertanya..

then, idop nk menang..

tol tak?

boleh kot jdi cmtu..
hahaha..


bangga dri..

tak pndang pendapat org len..
semua pendapat org slh..

u mmg tk sedar yng u ni mmg btol2 angkuh dgn diri u..
mlh u mkin bngga dgn dri u..

u tk blaja pon..
u learn to blame people..
tht all..


ape yng u blja,
just cri kelemahan org len..

u mmg teruk pn..

dlm byk2 org i cht,
u la pling truk skali..


sbb u terlalu bngga dgn dri u..

bru dpt kjayaan ckit, dah bngga melambung2..
munggki u tak nmpak, org len nmpk sikap u tu..
i nasihatkn, jgnla bngga dri sgt..

u bngga dgn dr u.

u bngga dgn ur stail.


part yang the best....

i mean, yng mcm bagus tu,..
klo u kt depan i, da lme da i sepak.
lbh kurang cmtu la..


i mksudkn, cra u berckp mcm nk mintak org sepak..

cmtu la..

mungkin u tk blaja cra berkomunikasi yng btol kot..
ntah la.

lntk u lah.

dan aku terfikir...
dia yang betol...
atau aku yang salah....

tp yang pasti itu la kehidupan....
tiada siapa yang sempurna....

4: Ahhh!!


Sudah hampir sebulan aku bergelar seorang isteri. kami juga telah cuba untuk menjalani hidupku seperti biasa di Johor dan dia di KL. Namun disebabkan kecanggihan teknologi yang dicipta oleh manusia, kami masih sukar untuk mengelak daripada ibu bapa kami. Dalam tempoh itu, keluarga mertuaku dan keluargaku yang sering menghubungiku. Manakala dia hanya akan menghubungiku sekiranya ibunya menyuruhnya berbuat demikian. Ah tak kisah la, malah aku lebih senang sekiranya mereka tidak menghubungiku langsung kerana ia hanya akan mengingatkan akan status diriku kini telah berubah. Aku cuba melupakan apa yang berlaku dan mengangap itu semua mimpi. Di sini aku masih tinggal bersama rakan-rakanku. Mereka mengetahui perkara ini selepas seminggu aku cuba menjauhkan diri dari mereka. Aku tidak mampu untuk menyembunyikan perkara ini daripada mereka. Kini hanya mereka yang menyokong aku dan memberi kata-kata semangat kepadaku, malah kekadang mereka juga yang membantu aku mengelak dari menjawab panggilan2 daripada keluargaku. Kaletah mereka sedikit sebanyak meringankan beban perasaan yang menyelubungi hatiku. Mereka juga cuba untuk menyelesaikan kemelut ini dengan mencadangkan idea2 bodoh dan tak practical mereka.

Ada ke nak suruh aku larikan diri ke luar Negara.. woi ingat senang ke? ada jugak suh aku mintak cerai..walaupun berbunyi logik namun…Aku yang nak mintak cerai?…nak bukak mulut tanya dia keje apa pun tak sanggup..Ini plak nak mintak cerai..mati aku nanti kena jawab ngan ibu dan ayah juga mama dan baba. Lain la kalu dia yang nak ceraikan aku..Tapi kompom dia pun tak berani.kalu dia berani awal-awal lagi dia dah tolak idea kahwin ini. Pura-pura gila..lagi la gila…aku waras lagi..tak nak aku masuk hospital Tampoi tuh. biar ja orang yang betul2 bahagia yang duk sana. aku masih kurang bahagia lagi ni. Lagipun aku rasa masih boleh bertahan. Dia tak de nak minta apa2 dari aku. Cuma suh aku jaga nama baik dia dan keluarga ja. permintaan yang tu kira normal la. then, aku rasa aku boleh wat tapi kalu dia mintak hak dia sebagai suami..ini yang naye ni..apa aku nak buat..ibu tolong rina!!

“rin!! handsome tak laki ko? apa nama dia ek?” Dia melabuhkan punggung di kerusi panjang sebelah aku…bila plak budak ni dah siap mandi. Mengejutkan aku yang tengah fakir masalah Negara ni. Dia atau nama penuhnya Nadiah Natasya binti Ameer the owner of these house.bukan owner yang sebenar tapi kitaorang dapat dok umah ni sebab dia jadi Fellow assistant kat sini. setiap fellow assistant akan diberi tempat tinggal free, api air pun free. So, apabila dia ajak kitaorang tinggal sini ngan dia kitaorang on ja la.. rumahnya pun leh tahan luas. kalu dok sorang2 agak-agak banyak la tempat kumpul habuk.

“a ah la rin….hang tak dok ka gambar dio?”. Jua keluar dari dapur sambil menatang sepiring jemput-jemput. dalam rumah ni dia yang paling pakar dalam menghasilkan makanan petang..Jua adalah anak jati Kedah. Nama penuh dia Siti Juliza Ana binti Ahmad Taib. Dia dak genius. Pada umur 21 tahun dah dapat degree.

“tak kan la masa kahwin ari tu langsung tak de gambar. nak jugak aku kenal laki ko.” Nur balkis bersuara. Seorang lagi housemate aku.

aku Cuma mampu menjeling..” hish korang ni, dah brapa kali aku cakap…please la…don’t mention about him lagi k”.

“ala releks la rin. kitaorang bukan apa ..Cuma..” Nada Dia sudah menurun dengadipenuhi rasa bersalah.

“Cuma apa? aku malas la nak layan korang” aku bangun meninggalkan mereka diruang tamu dan beredar ke bilik. Tido lagi baik.

Tuesday, May 26, 2009

singgang ikan aya+budu+ulam pucuk ubi




singgang ikan aya

bahan-bahan

ikan aya
lengkuas
halia sebesar ibu jari
4-5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
belacan
asam keping


cara-cara

masukkan ikan dan bahan-bahan tadi bersama sedikit air. kemudian panaskan sehingga bawang-bawang nampak layu. tambah air garam dan perasa. biarkan sehingga masak.




budu

bahan-bahan

budu/pati ikan bilis
cili
asam limau


cara-cara

tuang budu dalam mangkuk. picitkan beberapa biji cili dan perahkan asam limau.


Ayam Kurma


Ayam
1 paket Serbuk kurma
kentang

1 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
5 biji Bawang merah
1” halia

bahan A
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Biji limau
Lada besar hijau
Asam jawa
Gula melaka
Gula dan garam
Cara2
Masukkan minyak, bahan kisar, bahan A, tumis sehingga naik bau
Masukkan kurma, asam jawa,dan ayam dan santan (sikit dlu). Biarkan sehingga ayam agak masak. (nak best lagi goreng dlu ayam).
Ayam dah masak, masukkan santan selebihnya dan bahan2 lain. Biarkan sehingga masak.




3: terpaksa dan dipaksa

Akhirnya seminggu selepas itu aku telah sempurna menjadi isteri kepada seseorang yang asing bagi aku. Segala majlis telah selesai . Sepanjang seminggu ini hanya beberapa kali kami bersuara walaupun berkongsi bilik. Aku merasa sangat aneh apabila terpaksa berkongsi bilik dengan orang asing apatah lagi lelaki.aku tak sabar-sabar untuk kembali ke Johor esok. Aku tidak peduli sama ada dia benarkan atau tidak. Aku masih ada tugas di sana.aku juga sudah canangkan dari awal-awal bahawa aku cuma bercuti selama seminggu. Dan aku harap dia sudah sedia maklum dengan berita itu. Keluarga mertuaku amat merai aku. Maklumlah aku adalah menantu pilihan mereka, cuma penerimaan dia yang agak hambar dan aku mengagak dia juga dipaksa dan terpaksa sepertiku.

“err…” aku tidak pasti nak bahasakan dirinya sebagai apa. terlalu asing rasanya untuk memulakan perbualan.

dia Cuma memalingkan muka kearah ke bersama seraut wajah yang bertanya ada apa cari aku.

gulp! “ibu ajak makan”. aku tak berani menentang pandangannya. malah aku juga tak berani nak berganjak dari belakang pintu bilik yang sudah terhias cantik. Maklumlah bilik pengantin.

“em..” Cuma itu yang terkeluar dari mulutnya. alamak macam mana ni..kalu aku keluar sesorang kang susah lak nak bersoal jawab dengan seisi rumah ni.

“Surina…I have something to discuss with you before we can live as married couple.” dia merenung aku dan aku juga merenungnya..err dia cakap mak salleh la…abis la botol budu kat umah aku pecah kang..chopp!! dia panggil aku apa…Surina..walawey peliknye bunyi apsal tak panggil nama penuh aku terus.

“hello!! I am talking to you not to that door..or you tak faham” dengan nada yang agak berlagak dia mengalihkan perhatian aku yang terkesima dengan percakapan dia tadi.

ek eleh macam la dia speaking cair sangat. setakat cam tu kacang je…nak tunjuk eksen.

“er..Sorry. What you want discuss with me?”. ha! ingat dia sorang leh speaking. aku pun leh gak. dah 20 tahun tau aku belaja bahasa asing nih…ceh…macam la terror sangat. tapi dia tak terkejut, ye la awal-awal lagi dia dah assume aku reti cakap orang putih ni.

“about us.” dia berhenti disitu. aku mengerutkan muka tanda minta dia teruskan lagi butir-butir selanjutnya.dan apabila dia tak teruskan terpaksa la aku tanya, walaupun soalannya macam bunyi bodoh ja.

“what about us?” aku bergerak ke meja solek di tepi almari pakaian dan melabuhkan punggung ku disitu untuk mencari keselesaan. dia masih lagi di penjuru katil dengan berpakaian agak santai.segala majlis sudah pun tamat untuk hari ini. 2 hari lagi baru majlis disebelah lelaki.

dan akhirnya malam itu kami telah bersetuju untuk meneruskan apa yang telah dirancang dan penuhi semua permintaan ibu bapa kami. selepas itu kami bebas untuk menjalani kehidupan masing-masing seperti biasa. Itulah hasil perbincangan antara Nur Surina Suraya binti Mohd Umar dan Mohd Daniel Suhardi bin Sulaiman malam itu. dan malam itu jugalah paling lama kami berbual (kalau itu boleh dikatakan perbualan). selepas itu, kami hanya banyak menggunakan orang tengah atau bahasa isyarat melalui hati…cewah…macam sehati sejiwa ja..