The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


M0n0L0g se0rang aKu

Monolog seorang aku 1



Aku adalah seorang anak perempuan kecil yang mulai berubah menjadi seorang wanita dewasa. Aku menempuhi dan menjalani hidup yang dipenuhi dengan seribu satu cabaran ini dengan satu matlamat mencari kebahagiaan abadi. Aku tahu tidak mungkin aku akan mendapatkannya di dunia ini kerana kebahagiaan abadi hanya ada di sana. Oleh itu, aku hanya mampu mencapai kebahagiaan sementara di sini. Sekarang aku sedar,Apa yang selalu orang bagitahu bahawa kita hidup di muka bumi yang permai ini hanyalah sebagai seorang pelakon adalah benar. Berlakon tanpa skrip, memainkan watak masing-masing. Sekiranya lakonan kita tidak memuaskan hati,teruk,dan menyebabkan perjalanan kita susah pastinya kita akan menyalahkan takdir. Siapakah takdir? Sememangnya kita perlu percayakan Qadaq’ dan Qada yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Namun takdir boleh berubah mengikut keputusan yang kita pilih. Seperti mana yang berlaku pada aku hari ini. Keputusanku untuk melanjutkan pelajaran disini aku tidak boleh menilaikannya samaada tepat atau tidak. sememangnya aku memilih menghabiskan beberapa tahun di sini untuk mencari seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk kegunaan aku suatu hari nanti. Walaupun sekali aku tidak pernah jatuh hati pada tempat ini namun aku harus terima kerana ini adalah pilihan aku. Untuk menerima hakikat ini aku tidak tahu berapa tahun yang aku perlukan kerana kadang-kadang aku akan menyalahkan takdir membawa aku ke sini. Aku tidak temui lagi apa muslihat dan hikmahnya aku disini. Mungkin setelah aku meninggalkan tempat ini suatu hari nanti aku akan temui jawapan terhadap soalan yang selalu bermain dimindaku sepanjang berada disini.

Aku tidak pernah betul-betul bahagia dengan apa yang aku lakukan di sini. Aku telah lakukan banyak perkara yang diluar kepakaran dan minatku. Semakin hari aku semakin terlupa apa yang paling membahagiakan aku. Apa yang membahagiakan aku sebelum ini. Kenapa aku berasa asing walaupun aku berada dikalangan rakan-rakan seperjuanganku apatah lagi aku berada dikalangan rakan-rakan yang baru ingin dikenali? Kenapa berasa kekok, janggal malah aku menjadi bukan aku. Aku menjadi seseorang yang lain yang aku tidak kenali yang tiada siapa kenali.

Apabila aku melihat orang lain bahagia dengan keputusan yang mereka pilih walaupun mereka merasakan susah tapi mereka mampu untuk berseronok dan bergembira, hati aku berasa panas seolah-olah ingin meletup.aku berasa cemburu.dan aku mula bertanya apa yang aku ingin capai dalam hidup ini sebenarnya....


Monolog seorang aku 2



Kini hampir 4 tahun aku disini hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk aku menamatkan pengajian aku di sini. Beberapa bulan yang akan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengejarnya. Hari- hari , minggu-minggu dan bulan silih berganti, mereka tanpa rela meninggalkan aku tanpa memberi sedikit pengertian dan kenangan yang mampu aku kenangi.

Rakan-rakan ku dimana mereka? Aku sering tertanya bagaimanakah untuk berkawan . Apakah aku perlu korbankan prinsip dan cara hidup aku hanya kerana aku ingin menjadi sahabat mereka, namun aku sedar hidup tanpa sahabat adalah sesuatu yang merugikan, tanpa mereka kita seolah-olah tidak penting dalam dunia ini.Apa-papun aku akan tetap menjadi aku seorang remaja yang kuno, buta akan fesyen , makanan barat , bisu akan perkara yang tak penting pekak pada pandangan orang; ya mungkin aku mematikan segala deriaku hanya kerana aku ingin meneruskan hidupku dengan lancar.
Aku perlu berkawan dengan musuh dan menjadikan kawanku sebagai musuh bukan niatku untuk melakukan begini namun ini yang ku lakukan . aku baru perasan tindakkan ku tidak selari dengan segala apa yang aku fikirkan.


Monolog seorang aku 3



Cuma tinggal satu sem lagi untuk ku menamatkan pengajianku.dan ini bermaksud aku tidak mempunyai banyak masa lagi untuk ku habiskan dengan berfikir kemanakah hala tujuku. Adakah aku ingin bekerja atau meneruskan lagi pengajianku disini. Mampukah aku bertahan untuk 2 tahun lagi. Atau aku perlu meneruskan perjalanan hidupku dengan bekerja, keluar dari sini. Tapi aku rasa aku belum bersedia untuk bekerja. Bekerja bermaksud aku perlu lebih bertanggungjawab, perlu lebih matang dan lebih berani. Aku perlu memikul tanggungjawab ke atas diriku sepenuhnya, pada keluargaku, pada sekeliling. Aku tidak boleh lakukan kesilapan seperti mana aku lakukan semasa aku belajar disini. Aku belum bersedia untuk ini semua. Aku masih perlukan mereka. Pilihan kedua sambung belajar bermaksud aku perlu habis hari-hari aku dengan perkara yang sama yang aku lakukan disini. Aku juga mungkin tidak mampu untuk memperluaskan lagi pergaulan aku.......uh entah la amat susah untuk kuputuskan walaupun aku sering bertanya pada orang2 disekelilingku.kalau aku sambung belajar, apa pula selepas itu, jadi lecturer atau bekerja dalam kerajaan. Adakah aku mampu untuk bersaing dengan para graduan yang lebih bijak dari aku. Adakah aku akan bernasib baik seperti sekarang atau nasib dan takdirku berubah. Ini belum lagi masuk bab kahwin.......lagi pening. Tak nak kahwin boleh tak........haha satu kenyataan yang agak mustahil akan berlaku tapi mungkin berlaku........


Monolog seorang aku 4




Aku selalu terkeliru dengan pemikiran hati, perasaan dan akal. Mereka saling bercakaran untuk menegakkan buah fikiran masing2 dan akhirnya aku yang pening. Aku tak dapat membezakan antara yang batin dan zahir...dan akhirnya aku masih lagi disini...masih meneruskan perjalanan yang berliku ...tak pasti...dan kelabu.aku tidak pasti sama ada ini keputusan yang tepat atau tidak tapi bagiku...ini adalah yang terbaik untuk masa ini...walaupun kadang2 perasaan sesal dan kecewa menguasai diri. perkara yang aku takuti kini semakin menghampiri aku...dulu sekurang2 aku ada penghalang namun...sekarang benteng pertahanan aku agak rapuh...bila2 masa sahaja boleh runtuh dilanggar tsunami. Aku perlu kukuhkan kekudaku agar aku tidak jatuh trsungkur...bagai nangka jatuh ke tanah..apapun aku perlu...aku mesti.


Monolog seorang aku 5



Kini sudah hampir satu semester aku di sini menghabiskan pengajianku. Mendaki satu lagi anak tangga ke arah hidup yang lebih matang dan bahagia.aku harap aku mendaki...bukan kemenuruni...walaupun tangga kali ini agak curam berbanding tangga2 sebelum ini....dan agak penat aku inin mendakinya...tp aku percaya aku akan berjaya...kerana aku tahu...di bawah aku ramai orang yang menyokong aku...yang bersedia menarik..menolak aku agar aku tidak tersungkur...tergolek...dan teruling ke bawah.


Monolog seorang aku 6



dah 7 bulan lebih...aku mengejar destinasi aku yang tak pasti.....walaupun kehidupan aku agak berubah dalam masa 7 bulan ni..tapi aku suka akn perubahan ini...namun,aku sedikit takut untuk menerima hakikat bahawa hidup ini perlukan perubahan. mungkin bukan dari segi sikap tapi persekitaran.aku sekarang tertanya...adakah aku ingin mendaki satu lagi anak tangga..walaupun dalam hati aku aku inginkannya..tp..ada 30% dr hatiku mengatakan cukuplah disini...bulan ini penentunya...kalu aku mahu..aku perlu berusaha. tp bgm? ini jalan yang ada depan aku sekarang..berubah atau tidak?


Monolog seorang aku 7



bila aku renung balik apa yang aku lakukan sekarang dan akan datang..aku dapati aku sudah kehilangan arah tuju.hati aku membuak2 memaksa aku melarikan diri.tp bagaimana?aku kehilangan arah..aku tak tahu bagaimana dan apa yang aku ingin lakukan sekarang..setiap hari, aku bangun tidur dan tertanya-tanya apa yang aku nak lakukan hari ini...kenapa aku rasa seperti ada sesuatu yang menanti aku..tp aku tak tahu..hati aku bukan lagi disini..apa yang aku cuba buktikan kat sini...apa yang aku inginkan...ya..kalu dulu aku boleh jawab aku nak jadi wanita bekerjaya...hebat...tp nsekarang aku cuma mahu..hidup senang..simple...tp ada duit...tak perlu banyak..cukuplah asalkan aku mampu sara hidup aku..dan mampu hulurkan sedikit untuk kegunaan kedua ibubapaku.nak duit banyak sebab nak pakai kete best...ermmmmmmm...soal ni aku no komen...mungkin..tp ia bukanlah keutamaan aku...mungkin aku berminat dengan kete cantik...tp untuk membelinya...aku akn pilih yang aku tak sayang untuk wat lasak.nak bawak g jalan2..masuk kg...bleh bwk banyak barang...dan senang nak jaga.aku kan jenis tak pandai nak jaga2 barang yang sensitif nih....cerewet. pakaian..nak yang caaantik..tp harga yg aku mampu la...setakat nih..tak de la melampau sangat pakaian aku...cukupla untuk semua acara...apa lagi yea....em....memang aku tak paham dengan diri aku sendiri....macam mana orang lain boleh paham dengan aku....


Monolog seorang aku 8



MasyaAllah...dah setahun aku kat sini..macam2 dah berlaku...ada yang sedih dan ada yang gembira..biasalah kehidupan ada pasang surutnya...macam mana pun..alhamdullih walaupun banyak perkara buruk berlaku...tp aku diberi kesihatan yang memuaskan...sakit sikit2 tu biasa la ujian Allah untuk hapuskan dosa-dosa kecil yea tak?..aku juga diberi rakan2 yang memahami dan banyak bertolak ansur ngan aku.Selama setahun ni...aku aku merasakan aku banyak berlawan dengan perasaan sendiri..hati aku pernah yang terluka sebelum ini, sikit2 mula berdarah kembali... setiap kenangan sedih masa lalu...menghantui...satu-persatu..jikalau dulu aku jadikan kenangan itu sebagai pemangkin semangat...namun kini kenangan itu menakutkan aku...menjadi penyebab kepada siapa aku kini.. aku cuba lupakan...tapi semakin aku cuba lupakan semakin jelas kenangan itu....


Monolog seorang aku 9



seperti biasa aku hanya ingin meluahkan rasa terbuku didalam dada. krisis rumah tangga akibat tidak direstui oleh keluarga. didalam perhubungan antara lelaki dan perempuan mempunyai akan ada keinginan untuk hidup bersama dan nasihat aku untuk diri sendiri dan juga kekawan, biarlah ianya bermula dengan cara yg sebetulnya.sbb ingin bersama bererti kita akan berasa dalam satu dunia yang kita tidak ketahui atau alami sebelum ini sepanjang hidup kita. adat, budaya, tata hidup fiil dan sebagainya adalah perkara baru. kita kekadang akan mengalami kejutan budaya. hidup ini bukan hanya kita dan si dia tetapi kita dan keluarga si dia. sekiranya kita mengambil keputusan untuk bersama walaupun terdapat tentangan hebat dr keluarga si dia, yg kita perlu tanamkan dalam hati, minda dan jiwa kita, kita telah merampas hidup anak mereka sebelum mereka bersedia menerima kita. si dia mungkin abang, adik, anak harapan kakak dan seangkatan dengannya bagi seseorang. jadi bg aku kita berhak menerima hukuman, walaupun sakit, pedih menusuk kalbu, sehingga hanya tangisan yang mampu kita luahkan. hukuman yg paling biasa dan akan kerap kita alami adalan layanan dingin atau pergaduhan. jangan sesekali kita harapkan mereka akan terus menerima kehadiran kita hanya kerana kita telah menjadi isteri atau suami kepada seseorang yang teramat kita cintai. jangan sesekali menganggap mereka akan mampu menerima kemaafan kita hanya dengan meminta ampun. tentu sekali mereka tidak mampu menerima segalanya dengan mudah apatah lagi sememangnya hati mereka telah hancur, remuk dan lebur kerana perbuatan kita, kerana keputusan kita.sekiranya kita telah berada di dalam situasi ini, nasihat aku hanya la sabar dan bijak, buktikan yang kita sememangnya harus dimaafkan.berbaloi untuk dimaafkan. beli jiwa step by step, banyak memahami dan belajar dan pegangla beberapa peribahasa melayu
“air dicincang tak akan putus”
“alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan”
“sekeras-keras batu akan lekuk jua sekiranya kita berusaha untuk mencairkannya”
“sekeras2 kerak nasi akn cair jugak”
“besi yang keras pun akan bengkok jua sekiranya kita tetap nk bengkokkan”
“menarik rambut dalam tepung”
dan aku rasa banyak lagi la peribahasa yang menggambarkan usaha tangga kejayaan, tapi kena la pepandai dan lagi satu setiap kejayaan adalah terhasil dari perasaan kecewa dan bangkit semula one more important thing muka kena tebal tersangat, kena marah dan halau tu perkara biasa, bo layan itu adalah lumrah. So bg sesiapa yg berada didalam situasi ini bertindak bijak la..even kita dalam keadaan yg betul pon, tetap salah pada pandangan mata mereka.


Monolog seorang aku 10



assalamualaikum...

hehe..taun baru dah lebih sebulan berlalu, tp ari ni br ada idea nak mencoret rasa kat blog ni...maklumla dah ada impian utk taun baru...tapi.... malu la nak cakap takut orang salah faham lak nnt..tp tak pa kan...korang takkan nak kutuk aku lak kalu aku ckp...uhmmm..nak cakap ke tak...korang nak tau ke? tak pe la, kalu korang nak tau taun ni aku nak mencari CINTA yg MAMPU menjadi PENAWAR untuk segala penyakit aku taun ni....hehe...hebat tak cita2 aku...haha...tp korang jangan salah faham lak..aku cari cinta yg lain..bukan cinta pada seorang lelaki ea...tapi kalu dapat pun ok gak..orang kata cinta itu indahkan..kan2x

tapikan, susah betul nak mencari cinta ni...hati kena ikhlas tak leh paksa2..biarpun cinta itu boleh dipupuk...mcm aku sekarang cinta pertama yg aku ingin capai ialah, jatuh cinta balik ngan research ni...baru ada semangat sikit nak wat...tak da la nnt demam masa nak writing..mcm skrg...tgk ja paper rasa nak demam...bukak ja laptop rasa nak main game...bukak ja buku rasa nak tido...pegi lab..sibuk main fb ke tak pon fs..bila la nak abis master kalu macam ni...tp tak pe...perlahan2 pupuk balik perasaan tu...yeah...chaok2x!!!

cinta kedua aku, masih dalam pertimbangan lagi..msti la dalm keje aku..lepas abih master ni aku nak keje..so aku mesti kena jatuh cinta ngan keje aku..tp keje apa yek..korang ada idea tak? kalu ada bgtau la aku yea....huhu

tp yg paling aku nak cari ialah CINTA AKU KEPADA PENCIPTA KITA, ALLAH SWT. YANG MAHA BESAR, MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. sbb bila aku cinta padaNYA..seikhlas hati dan sepenuh ati tanpa berbelah bagi lg..semua cinta aku yg lain aku akan perolehinya..aminnnnnn


Monolog seorang aku 11



bismillahhirahmannirahhim.....

dengan lafaz yang maha pemurah lagi maha mengasihani..aku memohon kepadaMu ya Allah..kurniakanlah aku dengan kekuatan untuk melawan godaan duniawi ini...ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon segala kebaikan dan jauhilah aku dari segala keburukkan...ya Allah...penuhilah jiwaku dengan cintaMu...bantulah aku mengenal cintaMu...sesungguhnya aku hanyalah insan yang kerdil dan lemah...yang tidak terlepas dari hasutan syaitan yang melalaikan..amin..


Monolog seorang aku 12

dah lama aku tak bermonolog tentang aku, bukan bermaksud aku sudah lupa, cuma tiada bicara untuk diungkapkan menjadi satu ayat yang lengkap. dalam masa beberapa bulan ini, aku cuma banyak merapu yang aku tidak kategorikan sebagai bermonolong yang mewakili bechmark aku disini.

ari ni aku teringin bermonolog kerana aku sudah hampir melangkah satu lagi anak tangga dalam milestone kehidupan aku. tak lama lagi, insyaAllah secara rasminya aku akan menamatkan zaman masterji aku ini. walaupun mengambil masa yang lebih lama dari jangkaan aku, tapi alhamdullilah akhirnya aku berjaya menamatkan penderitaan ini.

dalam masa 3 taun ni, banyak perkara aku pelajari, bnyk juga keringat dan air mata yang mengalir. tapi semua itu bukan abadi, semuanya terubat dengan masa. 3 tahun yang mematangkan aku, 3 tahun yang merubah aku dari seorang adik menjadi kakak. 3 tahun yang menambahkan tanggungjawab untuk dipikul. 3 tahun yang penuh tipu muslihat, 3 tahun yang menjadikan aku lebih kejam, 3 tahun yang meubah aku dr minah rempit kepada minah drift (metafora ja ni).. 3 tahun yang mengenalkan aku dengan periuk belanga, rempah ratus, dan segala macam resipi....3 tahun yang menjadikan aku setiap bulan mengenal batang mop dan penyapu. 3 tahun yang menjadikan aku bergelar "Bonda" kepada 2 putri yang comel (aleesya & damia) walaupun status perkahwinan aku masih bujang jangan salah faham pulak, tu putri kak long & abe keriku....dan 3 tahun yang menjadikan aku lebih cantik dari biasa...haha...banyak kan yg berubah....

aku berharap, 3 tahun akan datang lebih bermakna dalam milestone kehidupanku...InsyaAllah...dengan izin-Nya...

apa-apapun aku akan pegang kata2 ni " tiada duka yang abadi"...so senyum adalah penawar segala duka....bila kita diduga...tarik nafas..dan ucapkanlah...tiada duka yang abadi...esok adalah hari yang lain...cuaca mungkin cerah...lebih cerah dari ari ini...dan awan nano akan mengiringi setiap balada hati yang tercipta. dan jangan takut  cuba untuk kali ke-2, kerna ku ada kamu. setiap ilusi yang hadir mungkin akan menyelesaikan susun silang kata dalam diari kehidupan kita yang dipenuhi drama.


Monolog seorang aku 13



setelah hampir sepuluh tahun aku meninggalkan zaman persekolahan, menyebabkan aku terasa seperti terlalu lama kapalku tanpa arah tujuan yang nyata.... Sepuluh tahun bukan jangka waktu yang singkat, lama, tersangat lama. sepatutnya dalam jangka masa aku sudah mampu tersenyum dengan kejayaan aku...tapi adakah pencaturan aku yang silap?


kenapa selama ini aku x pernah sedar ada sesuatu yg lebih menarik dalam dunia yang menakutkan diluar sana..kenapa aku terlalu takut untuk mengambil risiko?kalu dulu aku gagal dalam mengejar impian aku, mungkin aku puas ati kerana aku pernah berusaha mengejar, tapi malangnya aku terlalu takut...takut pada kegagalan...dan akhirnya aku disini..masih mengharap pada benda yang tak pasti...

tapi itu semua dh berlalu, untuk ku mulai sekarang agak terlambat. aku ada tanggungjawab. aku diperlukan disini...aku tidak boleh menidakkan kehadiran mereka yang penting dalam hidupku kini...kerana mereka adalah semangatku..kerana mereka adalah nafasku...kerana mereka aku hidup....selagi adanya mereka disisiku...aku tidak perlu mundur...selagi mereka ada...aku akan teruskan..kerana aku tahu mereka akan menjadi tongkat sekiranya aku tempang...mereka akan menjadi mata sekiranya aku buta..dan mereka akan menjadi telinga sekiranya aku pekak...

jadi sementara aku mampu membahagiakan mereka...aku akan lakukan..aku akan...aku akan menjadi kebanggaan mereka...aku akan menjadi tongkat mereka....

Monolong Seorang Aku 14


tik..tok..tik...top...dh setahun berlalu....dan aku masih lagi mencari...mencari kejayaan..mencari kebahagiaan..kalu ikut skala kualiti hidup...kerjaya..msh stabil...x meningkat atau menurun...tp sosial...mmg sngt2 menurun...drastik...kenapa? ak pun x tau..cuma tiada kemesraan dlm tiap2 perhubungan itu....

dalam setahun ini, ak rasa lebih matang ataupun cuba berpura-pura matang, aku pun x pasti.. terpaksa menjadi kakak..senior...org tua...bukan perkara mudah....

setahun ini juga umpama mimpi...akhirnya aku terbang..menjejaki negara orang...yeah...ak orang y pertama dlm keluarga ku yg fly g melancong....hehe..walaupun seminggu...sudah cukup..dan menyebabkan ak ingin pergi sekali lagi...

adakah ak pernah bercerita yg aku telah melanjutkan lagi pengajian ku keperingkat yg lebih tinggi? kalu belum ingin ku ceritakan disini, i am a Dr in making...insyaAllah sebelum ak berusia 30 tahun...i will be that one...

dan juga aku perlu teman....hihihi...

Monolog Seorang Aku 15




aku x pasti apa yang aku lakukan sekarang.umpama lalang ditiup angin.bila arah angin ke utara akh akan menghala ke utara,bila ke selatan aku juga akan turut berubah.perasaan pula hanya kosong.sebelum ini aku terasa keseorangan itu cumalah perasaan aku.sekurang-kurang aku masih mempunyai teman untuk berhibur,tp kini aku benar-benar keseorangan.teman hanya datang dan pergi..yea...jumpa ari ini..bila berpisah akan hilang begitu sahaja..

benarkah pabila dewasa kita akan semakin sensitif..perkara yang sebelum inj kita langsung tak ambil cakna telah menjadi perkara penting untik kita..adakah ini perasaan aku atau dialami oleh semua.

monolog seorang aku 16:

aku telah berada di akhir 20-series. Tertekan sangat. Malah mula mempersoalkan betulkah apa yang aku lakukakn sebelum ni. Betulkah aku membiarkn diri aku hanyut mengikuti takdir yang telah diaturkan kepada aku. Kenapa aku terasa terseksa. Aku berasa kosong. Dan setiap hari bertanya.kenapa...bagaimana kalau...macam mana kalau.. Seperti baru sedar dari mimpi.aku ingin berubah.tapi mampukah aku