The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Thursday, April 26, 2012

Novel Pengubat Kemurungan


Beberapa minggu yang diselubungi dengan sifat malas yang teramat, namun masih banyak tugas yang terbengkalai yang perlu disegerakan, aku dilanda kesewelan…ye la..otak kalu dipaksa2 dan bercanggah dengan hati..pasti la berlaku kecelaruan jiwa..dan pengubatnya…haha tentu la novel2 yang penuh dengan ilmiah penyubur jiwa…yang meresap masuk supaya lebih mengingati Allah yang maha Esa..betapa dugaan yang diterima adalah secebis Cuma…walhal sebesar hama pun tidak berbanding. Aku x peduli apa orang kata, Cuma bagi aku, aku mampu memahami dunia dan cubaan ini yang sememangnya termaktub dan difahami dengan cara yang lain..




“Jika seseorang itu tertawa, tidak semestinya orang itu sedang gembira, sebaliknya mungkin sekadar mengusir gundah; atau mungkin sekadar mencair pasrah; atau mungkin juga bosan mempamerkan resah”….




sebenarnya ungkapan ini aku lupa aku salin dari novel yang mana satu..tp minda separa sedarku kuat mengatakan mungkin dari novel nukilan manjlara, persis sebutir pasir terbitan jemari seni…ah mungkin juga novel lain (jadi ku mohon maaf pada penulisnya ya). Kenapa aku suka ungkapan ini? mestilah sebab aku sering tertanya perlukah aku sentiasa bermasam muka setiap kali dilanda masalah…dan setelah itu aku menjadi penat…namun bila aku terbaca ungkapan ini aku Cuma memberikan senyuman…biarpun bukan pada sesiapa…namun seolah2…jiwaku lapang dan juga mindaku ringan…jadi senyum la selalu wahai kawan ku….



“manisnya hidup kita sebagai manusia, bukan kerana kebahagian yang datang untuk diri kita, tetapi apabila kebahagian itu pergi untuk orang lain”
                                                pg 213,Lelaki berkasut merah, bahrudin bekri, PTS

korang sedar tak, bagi mendapat kebahagiaan untuk diri kita, kebahagian itu perlu pergi pada orang lain dahulu…contohnya masa hari konvokesyen atau hari raya, kita akan merasa bahagia sekiranya orang yang terdekat dengan kita merasa bahagia itu bersama-sama kita. Dan untuk mencapai konvo atau ari raya mesti la kita terpaksa bersusah payah dan bersekang mata dulu kan..bukannya terus mencapai bahagia. Dan dalam prose situ pasti lah wajah2 kesayangan kita yang terpapar diminda setiap kali kita merasa seperti mahu berputus asa betul tak..dan ;agi satu berhati2 la menggunakan perkataan sibuk kerana pengertian juga berbeza..selama ini aku cuba mencari-cari pengertian perkataan ini yang sebenarnya..oleh kerana setiap kali mengatakan sibuk pada seseorang aku sebenarnya rasa serba salah…hihihi..dan benarlah…maksud yang sebenarnya memang sangat mengerunkan kerana mungkin akan melukakan hati seseorang yg kita sayangi…

“Hati-hati menggunakan perkataan sibuk. perkataan sibuk itu sifatnya relative.maknanya, sekiranya kamu menganggap sesuatu itu penting, kalu tidak berasa sibuk. seperti makan dan tidur, pasti kamu tidak pernah berasa sibuk dalam perkara itu. hanya jika kamu menganggap sesuatu itu tidak penting, barulah kamu sibuk”
                                                                                                      lelaki berkasut merah, bahrudin bekri

tapi sebenarnya, bagi aku bukan sesuatu itu tidak penting..namun mungkin bukan yang terpenting yang perlu menjadi keutamaan..ok sume..jelas kan…
dan ayat lain untuk Allah itu maha mengetahui, “TUHAN BEKERJA DALAM RAHSIA”. wallahualam…

Friday, April 20, 2012

dunia tetap berjalan.....



ari rabu lepas aku keluar melihat dunia selepas 3 ari berkurung dalam rumah, apa ak buat..jangan ditanya kerna ak sendiri kurang pasti apa yg ak buat. sumenya serba x kena. hubungan aku dengan dunia luar sengaja diputuskan. malas nk serabutkan kepala otak yg dh sememangnya berserabut.

sepanjang 3 ari itu, rumah kat simpang jalan nk masuk ke rumah ak dah nk siap. cepat gila. haha.nampak sngat ak bnyak rugi. selain itu, dunia ini tetap berjalan seperti biasa. memasing dengan urusan memasing. tanpa ada noktah. benarlah seperti firman Allah

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran. (surah al-‘Asr; 103:1-3)"

selama 3 ari bertapa adakah menenangkan jiwa ku yg berkeramuk itu..tidak sama sekali ,engubah apa2..jiwaku masih sama…Cuma mungkin fizikal ku agak bertenaga. namun itu belum cukup untuk ak meningkatkan semangat mental dan fizikal ku untuk ke laboratory kesayangan ku…handphone telah di on…wau..terlalu ramai yg cuba menghubungi ak kelmarin..nasib baik ak off…kalu x terkocak lagi la perasaan ak…tp ak bersimpati dan rasa bersalah dengan insan2 y benar2 menghubungiku kerana mengambil berat pasal ku. maafkan ak.