The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Thursday, May 28, 2009

4: Ahhh!!


Sudah hampir sebulan aku bergelar seorang isteri. kami juga telah cuba untuk menjalani hidupku seperti biasa di Johor dan dia di KL. Namun disebabkan kecanggihan teknologi yang dicipta oleh manusia, kami masih sukar untuk mengelak daripada ibu bapa kami. Dalam tempoh itu, keluarga mertuaku dan keluargaku yang sering menghubungiku. Manakala dia hanya akan menghubungiku sekiranya ibunya menyuruhnya berbuat demikian. Ah tak kisah la, malah aku lebih senang sekiranya mereka tidak menghubungiku langsung kerana ia hanya akan mengingatkan akan status diriku kini telah berubah. Aku cuba melupakan apa yang berlaku dan mengangap itu semua mimpi. Di sini aku masih tinggal bersama rakan-rakanku. Mereka mengetahui perkara ini selepas seminggu aku cuba menjauhkan diri dari mereka. Aku tidak mampu untuk menyembunyikan perkara ini daripada mereka. Kini hanya mereka yang menyokong aku dan memberi kata-kata semangat kepadaku, malah kekadang mereka juga yang membantu aku mengelak dari menjawab panggilan2 daripada keluargaku. Kaletah mereka sedikit sebanyak meringankan beban perasaan yang menyelubungi hatiku. Mereka juga cuba untuk menyelesaikan kemelut ini dengan mencadangkan idea2 bodoh dan tak practical mereka.

Ada ke nak suruh aku larikan diri ke luar Negara.. woi ingat senang ke? ada jugak suh aku mintak cerai..walaupun berbunyi logik namun…Aku yang nak mintak cerai?…nak bukak mulut tanya dia keje apa pun tak sanggup..Ini plak nak mintak cerai..mati aku nanti kena jawab ngan ibu dan ayah juga mama dan baba. Lain la kalu dia yang nak ceraikan aku..Tapi kompom dia pun tak berani.kalu dia berani awal-awal lagi dia dah tolak idea kahwin ini. Pura-pura gila..lagi la gila…aku waras lagi..tak nak aku masuk hospital Tampoi tuh. biar ja orang yang betul2 bahagia yang duk sana. aku masih kurang bahagia lagi ni. Lagipun aku rasa masih boleh bertahan. Dia tak de nak minta apa2 dari aku. Cuma suh aku jaga nama baik dia dan keluarga ja. permintaan yang tu kira normal la. then, aku rasa aku boleh wat tapi kalu dia mintak hak dia sebagai suami..ini yang naye ni..apa aku nak buat..ibu tolong rina!!

“rin!! handsome tak laki ko? apa nama dia ek?” Dia melabuhkan punggung di kerusi panjang sebelah aku…bila plak budak ni dah siap mandi. Mengejutkan aku yang tengah fakir masalah Negara ni. Dia atau nama penuhnya Nadiah Natasya binti Ameer the owner of these house.bukan owner yang sebenar tapi kitaorang dapat dok umah ni sebab dia jadi Fellow assistant kat sini. setiap fellow assistant akan diberi tempat tinggal free, api air pun free. So, apabila dia ajak kitaorang tinggal sini ngan dia kitaorang on ja la.. rumahnya pun leh tahan luas. kalu dok sorang2 agak-agak banyak la tempat kumpul habuk.

“a ah la rin….hang tak dok ka gambar dio?”. Jua keluar dari dapur sambil menatang sepiring jemput-jemput. dalam rumah ni dia yang paling pakar dalam menghasilkan makanan petang..Jua adalah anak jati Kedah. Nama penuh dia Siti Juliza Ana binti Ahmad Taib. Dia dak genius. Pada umur 21 tahun dah dapat degree.

“tak kan la masa kahwin ari tu langsung tak de gambar. nak jugak aku kenal laki ko.” Nur balkis bersuara. Seorang lagi housemate aku.

aku Cuma mampu menjeling..” hish korang ni, dah brapa kali aku cakap…please la…don’t mention about him lagi k”.

“ala releks la rin. kitaorang bukan apa ..Cuma..” Nada Dia sudah menurun dengadipenuhi rasa bersalah.

“Cuma apa? aku malas la nak layan korang” aku bangun meninggalkan mereka diruang tamu dan beredar ke bilik. Tido lagi baik.

2 comments:

Anonymous said...

mmmm...
menarik siot citer..
tak saber nak tunggu episod berikut nya...
mcm tau je watak2 yang dimasukkan..
kah..kah..kah....

Teratak Songket said...

ooo..
ceriter ke.. aingatkan kisoh benor le tadi. best la..... buleh wat buku.