The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, May 26, 2009

2: Kurung putih vs air mata



“rina cuba tera baju ni..cantik dok?. ibu mengunjukkan sepasang baju kurung moden dari kain chiffon berwarna putih kepadaku
“Cantik baju ni bu. hok sapo ni bu?”. aku memang terpegun melihat baju itu, sulaman labuci dan maniknya amat indah sekali.
“tera ja…ibu tepoh khas tuk Rina.” Ibu tersenyum namun kenapa aku merasakan senyuman ibu tawar tanpa gula dan aneh. Sejak kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumah dari petang tadi lagi aku merasa aneh. Layanan ibu dan ayah amat berlainan sekali. Mereka seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adik-beradikku semuanya juga seolah-olah mengelak setiap kali aku bertanya tentang majlis esok.
“Bakpo bu? rina tak de majlis nak gi pun. baju ni lok mace baju orang nak kawin jah ni…”ujarku sambil membelek-belek tubuh ku diselimuti busana yang indah itu dihadapan cermin besar yang tertampal kemas di almari pakaianku..memang cantik. Perasaan tidak enak aku cuba alihkan dengan menghayati busana indah ini
Rina suko baju tu? Ibu bertanya sambil menhampiriku.
“em..suko bu..cantikkan Rina pakai baju ni?. Aku memang menyukai baju itu.
“Meme anak ibu cantik.” ibu merenungku. Aku cuba berlagak seperti tiada apa-apa. Namun, aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Apa yang ibu nak katakan pada aku..tolong jangan mintak aku kahwin. Aku tahu umurku sekarang amat sesuai jikalau ingin mendirikan rumah tangga. Namun tidaklah terlalu terdesak..25 masih ada masa untuk merancang lagi. Biarlah kalau adik aku nak langkah bendul pun aku redha. Aku tahu pada ketika ini ibu amat risaukan aku. Adik aku sudah sentiasa mendesak ibu untuk meminang gadis pilihannya. namun ibu kurang bersetuju kerana dia tidak mahu adik aku melangkah bendul walaupun sudah beberapa kali aku terangkan pada ibu bahawa aku tidak kisah.
“ibu…ibu..?”. aku memanggil ibu yang kelihatan seperti sudah hanyut dalam dunia ciptaan sendiri.
“Ibu mitok maaf Rina kalu keputusan ibu ini menyakitke Rina” Ayat permulaan yang ganjil sekali hinggap di pendengaranku. Hati aku sudah dapat mengagak ke mana arah tuju perbualan ini.
“ Sebenarnya..” ibu merenungku meminta simpati pengertian sedangkan aku merenung ibu meminta penjelasan..
“Sebenarnya..ibu..doh trimo pinangan orang bagi pihak Rina”.
Aku cuma mampu terdiam dan mematungkan diri di situ memproses segala maklumat yang diterima..ibu doh terima pinangan orang bagi pihak Rina..kata-kata itu tergiang-giang sehingga aku tidak mampu mendengar penjelasan ibu yang seterusnya..
“Rina ibu tahu. ibu tak patut buat lagu tu. ibu patut tanya rina dulu..tapi..”
“ibu” aku menyeru.
“ya” ibu menanti ayat seterusya yang keluar dari bibir mungilku. Ibu mengeratkan lagi gengaman tangan kami.
“maafke Rina.”aku melepaskan tangan ibu dan membuka pintu untuk ibu. Bukan niatku untuk menghalau ibu tetapi aku perlukan masa untuk bersendiri.
“Boleh biar rina sore-sore”
ibu bangun menghampiri aku. Dia memelukku dan menciumku dan mengucapkan “maafkan ibu”.
Dan aku hanya mampu menangis sepanjang malam itu.

1 comment:

Nia said...

Hmmmmm....kisah yang mengesankan hati Nia......membuatkan kelopak mataku basah....Hanya yang pernah mengalami mampu merasai kesakitannya.