The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, May 26, 2009

3: terpaksa dan dipaksa

Akhirnya seminggu selepas itu aku telah sempurna menjadi isteri kepada seseorang yang asing bagi aku. Segala majlis telah selesai . Sepanjang seminggu ini hanya beberapa kali kami bersuara walaupun berkongsi bilik. Aku merasa sangat aneh apabila terpaksa berkongsi bilik dengan orang asing apatah lagi lelaki.aku tak sabar-sabar untuk kembali ke Johor esok. Aku tidak peduli sama ada dia benarkan atau tidak. Aku masih ada tugas di sana.aku juga sudah canangkan dari awal-awal bahawa aku cuma bercuti selama seminggu. Dan aku harap dia sudah sedia maklum dengan berita itu. Keluarga mertuaku amat merai aku. Maklumlah aku adalah menantu pilihan mereka, cuma penerimaan dia yang agak hambar dan aku mengagak dia juga dipaksa dan terpaksa sepertiku.

“err…” aku tidak pasti nak bahasakan dirinya sebagai apa. terlalu asing rasanya untuk memulakan perbualan.

dia Cuma memalingkan muka kearah ke bersama seraut wajah yang bertanya ada apa cari aku.

gulp! “ibu ajak makan”. aku tak berani menentang pandangannya. malah aku juga tak berani nak berganjak dari belakang pintu bilik yang sudah terhias cantik. Maklumlah bilik pengantin.

“em..” Cuma itu yang terkeluar dari mulutnya. alamak macam mana ni..kalu aku keluar sesorang kang susah lak nak bersoal jawab dengan seisi rumah ni.

“Surina…I have something to discuss with you before we can live as married couple.” dia merenung aku dan aku juga merenungnya..err dia cakap mak salleh la…abis la botol budu kat umah aku pecah kang..chopp!! dia panggil aku apa…Surina..walawey peliknye bunyi apsal tak panggil nama penuh aku terus.

“hello!! I am talking to you not to that door..or you tak faham” dengan nada yang agak berlagak dia mengalihkan perhatian aku yang terkesima dengan percakapan dia tadi.

ek eleh macam la dia speaking cair sangat. setakat cam tu kacang je…nak tunjuk eksen.

“er..Sorry. What you want discuss with me?”. ha! ingat dia sorang leh speaking. aku pun leh gak. dah 20 tahun tau aku belaja bahasa asing nih…ceh…macam la terror sangat. tapi dia tak terkejut, ye la awal-awal lagi dia dah assume aku reti cakap orang putih ni.

“about us.” dia berhenti disitu. aku mengerutkan muka tanda minta dia teruskan lagi butir-butir selanjutnya.dan apabila dia tak teruskan terpaksa la aku tanya, walaupun soalannya macam bunyi bodoh ja.

“what about us?” aku bergerak ke meja solek di tepi almari pakaian dan melabuhkan punggung ku disitu untuk mencari keselesaan. dia masih lagi di penjuru katil dengan berpakaian agak santai.segala majlis sudah pun tamat untuk hari ini. 2 hari lagi baru majlis disebelah lelaki.

dan akhirnya malam itu kami telah bersetuju untuk meneruskan apa yang telah dirancang dan penuhi semua permintaan ibu bapa kami. selepas itu kami bebas untuk menjalani kehidupan masing-masing seperti biasa. Itulah hasil perbincangan antara Nur Surina Suraya binti Mohd Umar dan Mohd Daniel Suhardi bin Sulaiman malam itu. dan malam itu jugalah paling lama kami berbual (kalau itu boleh dikatakan perbualan). selepas itu, kami hanya banyak menggunakan orang tengah atau bahasa isyarat melalui hati…cewah…macam sehati sejiwa ja..

No comments: