The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Saturday, June 19, 2010

SELAMAT HARI BAPA & HARI JADI UNTUK ABAH TERSAYANG


Bulan lepas aku bercerita tentang ma aku yang tersayang, kali ini tiba pula giliran untuk aku bercerita tentang abah aku yang aku hormati dan sayangi. abah bukan seperti ma, malah perangainya sangat kontra Cuma kasih sayangnya yang sama. abah menyayangi kesemua keenam2 anaknya. beliau cuba sedaya upaya untuk berlaku adil terhadap kesetiap anak2nya, namun keadilan dalam kasih saying tersangat abstrak, tidak boleh diukur dengan hanya mata kasar, Cuma hati saja yang mampu mengukurnya dan setakat ini aku merasakan keadilannya…hehe…abah memang seorang bapa yang sangat memahami tanggungjawabnya. jikalau ma mengandungkan kami, abah telah menjaga kami sejak kami didalam kandungan ma lagi, malah kasih sayang abah terhadap kami bertambah setelah kami melihat dunia. walaupun aku tidak ingat bagaimana abah menjaga aku masa kecil2 dulu, tapi aku tahu setelah aku melihat abah menjaga adikku yang ke2 (anak ke5) dan ke3 (anak ke6) sebab masa tu aku sudah besar. layanannya tetap sama, kata ma aku la. so aku tahu kami dibesarkan dari tangan yang sama dengan kasih sayang yang sama. Cuma bila kami telah besar dan mampu berfikir cara abah tunjukkan kasih sayangnya adalah berlainan. abah mungkin tidak menunjukkan kasih sayangnya seperti bapa2 yang lain, yang memberikan hadiah sekiranya anaknya dapat markah yang cemerlang, atau ketika hari jadi atau apa2 la. malah mungkin juga abah lupa akan hari jadi kami. abah juga jarang mengucapkan bahawa beliau menyayangi kami, malah seingat aku macam x pernah ataupun aku lupa atau x perasan, tp aku tahu abah sangat menyayangi kami apabila abah sentiasa ada ketika kami memerlukannya ataupun tidak. abah sentiasa ada, dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat tuk anak2 dia yang degil + nakal+mentah ini. Bagi abah tiada yang lebih penting melainkan anak2nya. cara didikan abah berbeza dengan ma, abah mendidik kami secara tak langsung, malah langsung x membezakan jantina. abah telah membekalkan kami semua dengan semua perkara asas yang kami perlukan, solat, mengaji, ilmu dunia, malah termasuk dengan kemahiran, x kira la kemahiran apa Cuma satu yang abah x berapa reti nak ajar, kemahiran untuk bersosial macam ma (yang ni ma yang terer) tp abah tak mengajar kami menjadi kurang ajar atau bodoh sombong Cuma x ramah seperti orang lain la..tp kalu bercakap depan orang rmi tu boleh belajar dr abah, ma x boleh..hehe…aku rasa mcm dah cukup untuk aku bercerita tentang abah buat masa ini, so akhir kata…I just wanna say I LOVE U very very very much….LOVE U FOREVER and EVER. HAPPY BIRTHDAY and HAPPY FATHER’S DAY….Muuuuaaaah.

No comments: