The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, December 30, 2008

SELAMAT TAHUN BARU

salam....menjelang tahun baru 2009 yang bakal menjelma sedikit masa lagi..masing2 sibuk memenatkan kepala otak dengan berfikir azam tahun baru...padahal kadang2 2 azam lama pun belum tercapai...

tetapi aku ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang dapat mencapai azamnya pada tahun ini....dan kepada yang belum teruskan usaha anda...kerana suatu ari nanti azam anda atau impian anda akan tercapai jua...insyaAllah...

Thursday, December 4, 2008

a nice view at the stress time



this photo was taken in front of my lab...where i'm working now.it so nice to see just that scope..but when your looking to sky..u'r will fell free...try it...

Wednesday, December 3, 2008

Tuesday, December 2, 2008

N16



N16 bangunan yang aku sedari kewujudannya sejak 2 tahun yang lalu....tempat aku jatuh, menangis, kecewa dan sedih. malah kini tempat inilah yang menjadi bilik keduaku disini....sekiranya bangunan ini berada di kawasan yang agak selamat mungkin aku bungkus bantal tilamku kesini...i really like this place...because i feel that i was accepted here...thanks for the members who accepted me because of me.
*(note: N16 id next to N15..the no of building may be not clear here)

Kayak oh Kayak



thanks to the bro kayak yang sudi tolong kita orang amik sampel air tasik...korang memang best. lain kali tolong lagi yea...pic ni untuk korang..tp kan kisah disebaliknya sangat best,pada masa itu kawanku merasa kecewa sebab terpandang hujannya bermain kayak bersama orang lain...aku betul2 kagumi rakanku ini..dia sangat berani menyatakan bahawa dia suka budak itu walaupun hanya sekadar admirer..kerana jikalau aku, aku tak mampu luahkan....dan aku hanya pendamkan...aku tak mahu merasa sakit.kerana itu aku berdoa agar satu ari dia berani untuk berkawan dengan hujannya....

i luv this picture


gambar ni aku ambil secara tak sengaja..sj untuk kenangan...mean candid la. namun ada kisah yang sangat menarik bagi aku berkenaan gambar ni..ia adalah kisah 2 remaja perempuan yang sangat unik , dedikasi dan ..full of colours..semangat dan kesungguhan mereka meredah semak samun..semata2 untuk menjalankan misi menyelamatkan dunia amat aku kagumi..pastinya kenangan ini akan dikenang dan menarik untuk diceritakan pada masa2 sengang...gambar ni memang gelap skit...dan memang sengaja aku tak terangkan...kerana bagi aku ..kalu aku terangkan...mood dan emosinya telah berubah...so hope you will enjoy with this pic.

Monday, November 24, 2008

monolog seorang aku:Monolog 5


Kini sudah hampir satu semester aku di sini menghabiskan pengajianku. Mendaki satu lagi anak tangga ke arah hidup yang lebih matang dan bahagia.aku harap aku mendaki...bukan kemenuruni...walaupun tangga kali ini agak curam berbanding tangga2 sebelum ini....dan agak penat aku inin mendakinya...tp aku percaya aku akan berjaya...kerana aku tahu...di bawah aku ramai orang yang menyokong aku...yang bersedia menarik..menolak aku agar aku tidak tersungkur...tergolek...dan teruling ke bawah.

monolog seorang aku:Monolog 4



Aku selalu terkeliru dengan pemikiran hati, perasaan dan akal. Mereka saling bercakaran untuk menegakkan buah fikiran masing2 dan akhirnya aku yang pening. Aku tak dapat membezakan antara yang batin dan zahir...dan akhirnya aku masih lagi disini...masih meneruskan perjalanan yang berliku ...tak pasti...dan kelabu.aku tidak pasti sama ada ini keputusan yang tepat atau tidak tapi bagiku...ini adalah yang terbaik untuk masa ini...walaupun kadang2 perasaan sesal dan kecewa menguasai diri. perkara yang aku takuti kini semakin menghampiri aku...dulu sekurang2 aku ada penghalang namun...sekarang benteng pertahanan aku agak rapuh...bila2 masa sahaja boleh runtuh dilanggar tsunami. Aku perlu kukuhkan kekudaku agar aku tidak jatuh trsungkur...bagai nangka jatuh ke tanah..apapun aku perlu...aku mesti.

monolog seorang aku:Monolog 3


Cuma tinggal satu sem lagi untuk ku menamatkan pengajianku.dan ini bermaksud aku tidak mempunyai banyak masa lagi untuk ku habiskan dengan berfikir kemanakah hala tujuku. Adakah aku ingin bekerja atau meneruskan lagi pengajianku disini. Mampukah aku bertahan untuk 2 tahun lagi. Atau aku perlu meneruskan perjalanan hidupku dengan bekerja, keluar dari sini. Tapi aku rasa aku belum bersedia untuk bekerja. Bekerja bermaksud aku perlu lebih bertanggungjawab, perlu lebih matang dan lebih berani. Aku perlu memikul tanggungjawab ke atas diriku sepenuhnya, pada keluargaku, pada sekeliling. Aku tidak boleh lakukan kesilapan seperti mana aku lakukan semasa aku belajar disini. Aku belum bersedia untuk ini semua. Aku masih perlukan mereka. Pilihan kedua sambung belajar bermaksud aku perlu habis hari-hari aku dengan perkara yang sama yang aku lakukan disini. Aku juga mungkin tidak mampu untuk memperluaskan lagi pergaulan aku.......uh entah la amat susah untuk kuputuskan walaupun aku sering bertanya pada orang2 disekelilingku.kalau aku sambung belajar, apa pula selepas itu, jadi lecturer atau bekerja dalam kerajaan. Adakah aku mampu untuk bersaing dengan para graduan yang lebih bijak dari aku. Adakah aku akan bernasib baik seperti sekarang atau nasib dan takdirku berubah. Ini belum lagi masuk bab kahwin.......lagi pening. Tak nak kahwin boleh tak........haha satu kenyataan yang agak mustahil akan berlaku tapi mungkin berlaku........

monolog seorang aku:Monolog 2


Kini hampir 4 tahun aku disini hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk aku menamatkan pengajian aku di sini. Beberapa bulan yang akan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengejarnya. Hari- hari , minggu-minggu dan bulan silih berganti, mereka tanpa rela meninggalkan aku tanpa memberi sedikit pengertian dan kenangan yang mampu aku kenangi.
Rakan-rakan ku dimana mereka? Aku sering tertanya bagaimanakah untuk berkawan . Apakah aku perlu korbankan prinsip dan cara hidup aku hanya kerana aku ingin menjadi sahabat mereka, namun aku sedar hidup tanpa sahabat adalah sesuatu yang merugikan, tanpa mereka kita seolah-olah tidak penting dalam dunia ini.Apa-papun aku akan tetap menjadi aku seorang remaja yang kuno, buta akan fesyen , makanan barat , bisu akan perkara yang tak penting pekak pada pandangan orang; ya mungkin aku mematikan segala deriaku hanya kerana aku ingin meneruskan hidupku dengan lancar.
Aku perlu berkawan dengan musuh dan menjadikan kawanku sebagai musuh bukan niatku untuk melakukan begini namun ini yang ku lakukan . aku baru perasan tindakkan ku tidak selari dengan segala apa yang aku fikirkan.

monolog seorang aku:Monolog 1



Aku adalah seorang anak perempuan kecil yang mulai berubah menjadi seorang wanita dewasa. Aku menempuhi dan menjalani hidup yang dipenuhi dengan seribu satu cabaran ini dengan satu matlamat mencari kebahagiaan abadi. Aku tahu tidak mungkin aku akan mendapatkannya didunia ini kerna kebahagiaan abadi hanya ada disana. Oleh itu, aku hanya mampu mencapai kebahagiaan sementara di sini. Sekarang aku sedar,Apa yang selalu orang bagitahu bahawa kita hidup di muka bumi yang permai ini hanyalah sebagai seorang pelakon adalah benar. Berlakon tanpa skrip, memainkan watak masing-masing. Sekiranya lakonan kita tidak memuaskan hati,teruk,dan menyebabkan perjalanan kita susah pastinya kita akan menyalahkan takdir. Siapakah takdir? Sememangnya kita perlu percayakan Qadaq’ dan Qada yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Namun takdir boleh berubah mengikut keputusan yang kita pilih. Seperti mana yang berlaku pada aku hari ini. Keputusanku untuk melanjutkan pelajaran disini aku tidak boleh menilaikannya samaada tepat atau tidak. sememangnya aku memilih menghabiskan beberapa tahun di sini untuk mencari seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk kegunaan aku suatu hari nanti. Walaupun sekali aku tidak pernah jatuh hati pada tempat ini namun aku harus terima kerana ini adalah pilihan aku. Untuk menerima hakikat ini aku tidak tahu berapa tahun yang aku perlukan kerana kadang-kadang aku akan menyalahkan takdir membawa aku ke sini. Aku tidak temui lagi apa muslihat dan hikmahnya aku disini. Mungkin setelah aku meninggalkan tempat ini suatu hari nanti aku akan temui jawapan terhadap soalan yang selalu bermain dimindaku sepanjang berada disini.

Aku tidak pernah betul-betul bahagia dengan apa yang aku lakukan di sini. Aku telah lakukan banyak perkara yang diluar kepakaran dan minatku. Semakin hari aku semakin terlupa apa yang paling membahagiakan aku. Apa yang membahagiakan aku sebelum ini. Kenapa aku berasa asing walaupun aku berada dikalangan rakan-rakan seperjuanganku apatah lagi aku berada dikalangan rakan-rakan yang baru ingin dikenali? Kenapa berasa kekok, janggal malah aku menjadi bukan aku. Aku menjadi seseorang yang lain yang aku tidak kenali yang tiada siapa kenali.

Apabila aku melihat orang lain bahagia dengan keputusan yang mereka pilih walaupun mereka merasakan susah tapi mereka mampu untuk berseronok dan bergembira, hati aku berasa panas seolah-olah ingin meletup.aku berasa cemburu.dan aku mula bertanya apa yang aku ingin capai dalam hidup ini sebenarnya....

Saturday, November 22, 2008

apakah tamatlah sudah pencarianku...



Hati berdetik berbicara
Menggunakan bahasa bisu
Memendamkan segala kata
Menyebabkan hati bertambah pilu

Lidah berbicara manis
Menuturkan kata bait-bait puisi
Irama sedih pilu menangis
Mengalunkan irama menghiris emosi

Irama bertukar lagu
Beralun mengikut melodi
Susunan lirik mengikut kata hati
Ayuh nikamtilah irama ini

Sendu menghiris kalbu
Menyusun diari –diari silam
Aku bertanya pada diriku
Apakah masa depanku karam

Cahaya menerangi hatiku
Menusuk tembus kesanubariku
Aku terpana terpegun akan tangisku
Apakah tamatlah sudah pencarian ku

Apabila tiba masanya.....



Apabila tiba masanya
Sesuatu perasaan yang aneh akan terbit disudut kecil hati kita
Bagaimanakah untuk kita mentafsirkan hbahawa perasaan itu cinta

Apabila tiba masanya
Kita akan berjumpa seseorang yang amat mendebarkan jiwa
Mengoncang naluri, menusuk dikalbudan
Kita akn bertanya diakah milikku?

Apabila tiba masanya
Kita akan merasa kecewa dan letihdengan sesuatu hubungan
Maka timbullah pertanyaan
Mampukah ia bertahan?

Dan pastinya
Kita akan sentiasa bertanya pada diri kita
Pada orang lain
Akan sesuatu yang kita tidak pasti
Namum jawapannya hanya satu
Dan hanya diri kita sendiri
Yang mengetahui..

Berapakah harganya?








Betapa murahnya nilai seorang wanita
Adakah apabila bergelar kekasih
Segalanya adalah halal
Berpengangan tangan, berpelukan
Walaupun di khalayak ramai
Tidak adakah rasa malu di dalam dirinya
Adakah dia benar-benar yakin bahawa lelaki itulahbakal suaminya
Yang berhak diatas segala-galanya
Sekiranya tidak
Apakah yang mamapu diberikan lagi kepada suaminya
Adakah hanya mahkota yang diagung-agungkan
Bagaimana dengan kenangan dan memori bersama lelaki lain
Atau suaminya tidak kisah kerana kemodenan menutupi segala-galanya.

Mengapa adanya cinta disetipa balik luka
Dan mengapa ada luka disebalik cinta
Cinta itu buta, tapi mengapa ia dianggap menyuluh didalam kegelapan
Daripada luka lahirnya cinta

MAmA mana Ayah?

Anak kecil memanggil
Takut berada dalam kegelapan
Dikelilingi orang asing
Mama disisi membiarkan
Seolah-olah tidak mengerti
Ketakutan,kegelisahan, yang dialami oleh anak kecilnya
Si ayah pergi untuk memeuaskan keinginan
Tinggalkan ank di dalam ketakutan
Mampukah si anak mengatasi rasa takut itu?

cintaMu


Bagaikan siang tanpa mentari
Bagaikan malam tiada cahaya purnama
Tiada seri dan tiada keindahan
Tiada kenikmatan dan tiada perasaan
Hidup umpama lalang ditiup angina
Melangkah kemana kaki mahu melangkah
Behenti dimana mahu berhenti
Tetapi tiada destinasi terakhir
Hidup umpama gelas yang kosong
Jika tiada diri-Mu dalam jiwaku

C.I.N.T.A.



Sesungguhnya rindu itu lebih menyeksa daripada percintaan, namun begitu kesalan lebih mendukacitakan hati dan perasan.

Kecintaan kita kepada seseorang akan membuat kita terlena, tetapi kecintaan orang lain kepada kita akan memebuat kita manja.

Wujudnya satu harapan kebahagian dengan hadirnya cinta.
Kerna kehadiran cinta mampu mengubati luka.

Make all out, don’t control who you gonna be just being yourself
Cause you a good person in you heart.

Nyanyian tanjung sepi

Membaca cerita nyanyian tanjung sepi betul-betul membuai hati kita sebagai seorang muslim; bagaimana mampunya kita menyintai Allah S.W.T melebihi cinta kita kepada kekasih hati, mengorbankan cinta sesama manusia hanya kerana tanggunjawab kita untuk memastikan agama Islam tidak diporak perandakan oleh umat lain, memikul tanggugjawab sebagai umat islam amat berat sekali. Apatah lagi pada zaman serba moden kita. Di mana terdapat segenlintir umat manusia keliru atau jahil tentang agama ingin bercakap mengenai agama.

Kehadiran cinta seorang arjuna amat ditunggu, poligami dalam islam? sukar untuk dimengertikkan...seperti mana perumpaan madu itu racun, namun racun juga adalah penawar...jadi bagaimana kita mahu menerimanya...terpulang... tapi sekiranya iman kita senipis kulit bawang kita akan cepat terpesong dan itu sememangnya naluri manusia yang dipenuhi hasad dengki dan syak wasangka, tamak, dan rakus…susahnya ingin menjadi muslimah sejati ……….

Ya ALLAH kurniakanlah aku pembimbing untuk memimbingku ke jalan yang diredhaiMU
Sesungguhnya aku tergolong dalam golongan yang lemah

Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui

Amin.

Thursday, November 20, 2008

hanya kita yang tahu-jayjay n david

Gemersik suara
desir dedaunan membisik kan ke jiwa
melagukan cerita bersama airmata
berakhirnya sebuah perjalanan
Aku pun tertanya kiranya ada noktah berakhir darimu
Lalu aku termenggu
teringat bait yang dulu tiap yang mula pastikan berakhir

kini yang ada hanyalah sebuah nama
terukir untuk mengenangkan siapa
setahun sudah berlalu pemergianmu
hingga hanya suara batinnya

ku cari cinta selain darinya
namun tiada yang serupa
ku harus terima kau tiada pengganti
tuhan lebih menyayangi
makinku cuba pendamkan kisah lama
makin terasa kau disisi
pahit dan manis kisah kau dan aku
hanya kita saja yang tahu ooo

kini yang ada hanyalah sebuah nama
terukir untuk mengenangkan siapa
setahun sudah berlalu pemergianmu
aku rindu suara batinmu

ku cari cinta selain darinya
namun tiada yang serupa
ku harus terima kau tiada pengganti
tuhan lebih menyayangi
makinku cuba pendamkan kisah dulu
makin terasa kau disisi
suka dan duka kisah kau dan aku
hanya kita saja yang tahu

Tuesday, November 18, 2008

Friday, November 14, 2008

bintang by air


Bintang dilangit kerlipkan cahayanya ke setiap insan
malam yang dingin ku harap engkau datang memberi kerinduan disela mimpi-mimpinya

Friday, November 7, 2008

egois?????



penatnya rasa mggu ni....sakit kepala wooo...tp at least semalam syok dapat borak2 pasal lelaki zaman sekarang..hangat giler....ego, emo,sensitive, panas baran, n psiko....fuh...ssh betul nak describe...apa2pun masing2 ada pendapat sendiri dan yg pasti pendapat tu adalah hasil dr pengalaman hidup dan cara dibesarkan....macam aku..mgkin sbb aku dah biasa deal ngan orang ego n panas baran..yg boleh diketegorikan tak terkawal...so aku tak de la nak membenci orang macam tu...apatah lagi...aku pun ada ego aku n panas baran aku sendiri....apa yg penting....jangan sampai org boleh memperkotak katikkan keegoan aku hanya disbbkan aku perempuan...dan lagi satu bagi aku seseorg yg pentingkan ego dia..bermaksud dia ada prinsp dia sendiri...that why he is very interesting...normally org ada ego... have leadership characteristic..but, they also cepat panas baran...even kita rasa benda tuh...benda simple tp kita boleh sakit ati...then apa yg kita perlu buat? ha...kata ctu la kena tgk kepandaian kita tuk menjatuhkkan ego dia orang...biasanya kita kena wat dek je la....don't take it seriously....if not we get hurt....but..doesn't mean kita kena jatuhkan ego kita...just wait n see...because the egois..usually know think back what had he done...if he/she felt guilty..she/he just quite n try to be nice to us.....

so this is the time we play our role to make sure he/she doesn't repeat the mistake...then the end we will win....HAHA...i love it.

tp kalu yg psiko @emo ssh nak handle ma...biasa kalu ngan aku pastinya orang itu akan kecewa....

because i don't like THEM...too cerewet...ini tak boleh..itu tak boleh...ini tak betul..itu tak betul..huh sshnya..dunia...arghhhhh...

Monday, October 20, 2008

mari belajar bahasa jepun

hajimemashite: nice to meet u

arigato: thank u

a me: hujan

a ri: terang

ki iro: yellow

shiro: white

chairo: brown

midori: green

watashiwa: saya

anatawa: awak

dozo: silakan

tasukete: tolong

itadakimasu: makan

ganbareyo: berusahalah

gambate: berusaha

hai: ya

so u ka: ye ke? oh begitu.

gomenashaii: maafkan saya

ohayo: selamat pagi

sume masen: excuse me

hayaki: cepat

okairi: saya pulang

wakarimashita: sama-sama

ikimasyo: mari pergi

ko ni chiwa selamat sejahtera

kom ba wa : selamat petang/malam

sugoi: hebat/great

orange: orange

mi mi: telinga

ha na: hidung

otosan: ayah

okasan:ibu

GAMBATE NI

cuti weekend 2 ari macam tak cukup....ari sabtu just sempat rehat2kan otak...tp tu pun kena selang seli..ngan check thesis dak2 nih...huargh...boring....semalam kuar g JJ kat tmn u...huh..mmg shopping abis..setiap kedai g jelajah...singgah MPH jap...tgk novel...huh..tak menarik sangat...isi cerita sama ja...sedih...conflict..cinta..membazir je rasa kalu nak beli...baik aku pinjam ja....pastu g kat language section...best gak layan...ika n da ..gial nak blaja bahasa nih..abih suma buku kat situ kitaorang belek...siap baca kuat2 lagi tuh...ah...tak kisah la...dah kuar dari MPH..kitaorang shopping lagi...g cari kasut lak...capek gua...susah bangat nak carik kasut yg sesuai.....kasut dah lawa tp....huh fed up btul...tp bukan aku la..hehe...

apa2 PUN AT LEAST....aku sempat abiskan check 2 thesis 2 dlm 2 ari nih...sambil carik idea tuk reactor aku...oh washing macine...engkaulah ilham ku....

ari ni lak...mcm biasa datang lab lambat....pastu nak kuar agi nih..nak g menyibuk amek sampel kat felda bukit bsr..sampel feedstock aku ntah bila nak g amek pun aku tak tau cadang nak g amek ari ni...tp..botol tak dak lg nih..Puyau...gambate....YOSH!!

Friday, October 17, 2008

17 october 2008


seperti semalam aku tetap mengagahkan diri aku datang lab....kalu bukan sbb prof dah bayar gaji aku..takkannya aku nak abiskan sisa hidup remaja aku di dalam lab yang sunyi ini.

fuh..penat gak dlu ngadap pc ni..ye la mana tak penatnya...aorang bagi pc suh dia cr maklumat untuk project @ tulis report ke...paper ke...ini aku g layan novel bersiri dalam blog nih sapa suh....

alahai..berpinau lagi la mata aku kena ngadap 3 thesis dak psm nih...nasib baik satu dah settle semalam. lagi satu ntah kul brapa dak tu nak anta kat aku pun tak tau....kalu dia anta awal leh la aku balik awal ari nih..kunci pun tak dak ni...si mariam pinjam...banyak tul la nasihat dia td..aku lak bukannya lehorang bagi nasihat pun..main hentam suka ati aku je...janji aku rasa benda tu tak salah..

....aku kesian la ngan junior aku nih...x kreatif langsung....aku baca thesis diaorang pun boh-san...tu yang sibuk dok baca novel tuh....banyak agi aku nak baca nih...mana nak baca novel...buku ilmiah...thesis...paper...hua...ma tolong aku....isk2...kalu ma leh tolong aku kan best.....

16 october 2008

ari ni macam biasa aku datang lab..lewat skit dr semalam...bukan ape..malas nak datang awal..bukannye nak wat apa2 pun..semalam sbb dah wat date ngan kak wati nak g falkulti sains..makmal peniup kaca..nak tempah glassware..tp malangnya..setelah aku n kak wati bersusah payah g sana ...tak de lak orang yang berkenaan.kabarnya g krusus. so konklusinya aku sepatutnya try lagi ari ni tp....disbbkan kak wati tak de sebab dia terpaksa balik kedah sebab nenek dia meninggal semalam...terpaksa la aku postpone dlu...lagipun..may be aku kena change skit aku nyer design.

plan aku ari nih sbenarnya nak study pasal process intensification (PI) untuk aku lebih memahami dan menyenangkan kerje aku nanti....tp alih2 hi5 nih lak aku study....abis sume aku try wat...termasuk la journal nih...sampai aku tak terperasan dah lepas lunch hour.

ada la aku baca skit pasal PI tu ...tp tergangu skit dsbbkan kehadiran tenet nih..tambahlak aku soran2 kat room ni...y lain sume tak dtg..tak tau la nape..tak kisah la malas nak pkr...baik aku layan je lagu..walaupun dah brapa kali berulang2 nih....

tersimpul mati....biar apa org kata aku dewa sanubari...lalala...best gak dok sorang2 cam nih....

huh...mana la dak psm nih...cepat la anta tesis korang...aku banyak lagi kerje lain nak wat nih..nnti kena jumpa prof agi...hi..tak suka...tambah2 angin prof tak baik sangat skunk ni...tolong la korang jangan wat hal...kalu korang wat hal aku jugak yg kena nnt...aku nak tolong korang nih...

petang karang nak masak ape yek...malasnya..nak beli makanan kat cafe pun tak best gak... huhu....

cepat la malam nak tgk infernal affair..

Friday, October 10, 2008

After Raya....

ari ni dah masuk ari raya ke 10.....suasana raya kian menghilang....masing2 mula sibuk dengan kerja masing2....mereka tetap meneruskan kerja mereka seperti biasa malah mungkin lebih tekun...


rumah terbuka kian menyepi...apatah lagi cuti yang diperolehi pada tahun ini agak singkat,semua sudah kembali normal.

begitu juga dengan kehidupanku. aku juga sudah merangka kerja yang perlu aku selesaikkan dengan kadar segera...dah terlalu lama rasanya aku menangguhkan kerja ini. jika diketahui oleh ketuaku..pastinya teruk aku dimarahi...aku tak nak dimarahi...aku takut...

oh..reaktor ku..bagaimanakah aku mahu membina dikau...berikanlah aku ilham.....

Thursday, September 18, 2008

WELCOME TO MY BLOG

hidup ini penuh warna hidup ini penuh bunga hidup ini penuh perasaan hidup ini penuh kenangan nikmatilah hidup untuk nikmati kebahagiaan.