The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Sunday, September 25, 2011

Convocation Ceremony Again!!!!



HAPPY???
Of Course, i am.

hehe..

congrates to all graduan.....

Saturday, August 20, 2011

SELAMAT HARI RAYA & SALAM MERDEKA

Salam....


hamba ingin memohon kemaafan diatas apa saja kesalahan yang hamba telah lakukkan samaada secara sedar atau tidak...moga2 bulan yg mulia ini akan dipenuhi segala kebahagiaan....


dan juga, salam merdeka untuk semua rakyat malaysia...tahun ini hari merdeka amat bermakna..kerana kita telah dipenuhi dengan azam baru yang cuba kita didik sepanjang bulan ramadhan ini...dan semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan-Nya...aminnnn

Friday, July 29, 2011

Monolog seorang aku: monolog 13


setelah hampir sepuluh tahun aku meninggalkan zaman persekolahan, menyebabkan aku terasa seperti terlalu lama kapalku tanpa arah tujuan yang nyata.... Sepuluh tahun bukan jangka waktu yang singkat, lama, tersangat lama. sepatutnya dalam jangka masa aku sudah mampu tersenyum dengan kejayaan aku...tapi adakah pencaturan aku yang silap?

kenapa selama ini aku x pernah sedar ada sesuatu yg lebih menarik dalam dunia yang menakutkan diluar sana..kenapa aku terlalu takut untuk mengambil risiko?kalu dulu aku gagal dalam mengejar impian aku, mungkin aku puas ati kerana aku pernah berusaha mengejar, tapi malangnya aku terlalu takut...takut pada kegagalan...dan akhirnya aku disini..masih mengharap pada benda yang tak pasti...

tapi itu semua dh berlalu, untuk ku mulai sekarang agak terlambat. aku ada tanggungjawab. aku diperlukan disini...aku tidak boleh menidakkan kehadiran mereka yang penting dalam hidupku kini...kerana mereka adalah semangatku..kerana mereka adalah nafasku...kerana mereka aku hidup....selagi adanya mereka disisiku...aku tidak perlu mundur...selagi mereka ada...aku akan teruskan..kerana aku tahu mereka akan menjadi tongkat sekiranya aku tempang...mereka akan menjadi mata sekiranya aku buta..dan mereka akan menjadi telinga sekiranya aku pekak...

jadi sementara aku mampu membahagiakan mereka...aku akan lakukan..aku akan...aku akan menjadi kebanggaan mereka...aku akan menjadi tongkat mereka....

Saturday, July 16, 2011

Aduhhh!!


Aduhh!!
semuanya berjalan lancar..
tp kenapa ak spt ssh nk sesuaikan diri..
ntah...

mungkin sbb ak x suka bazirkn masa aku begitu...
sekiranya perlu bekerja..
kita bekerja..
tolong la jgn bazirkan masa ak..

harap2 aku mampu bertahan
walaupun cuma 3 bulan
sekiranya 3 bulan ini aku masih x mampu nk sesuaikan diri
nmpk gayanya
aku terpaksa menarik diri.

Friday, July 15, 2011

Alhamdullilah....



akhirnya minggu in berlalu dengan lancarnya
Alhamdullilah..

banyak jugak kerja yang beres
haha..syabas...

tetapi ada jugak yang terpaksa KIV dahulu..
huhu ...mungkin juga belum rezekinya untuk dibereskan

untuk minggu ini
cuma ada satu lagi untuk
aku tempuhi..

malam ini penentunya...moga2 berjalan lancar...aminn...doakan yea...

Wednesday, July 13, 2011

work smart play smart


aku ni bukan la jenis yang suka baca buku motivasi
pergi kelas motivasi pun x
malas la...
sbb bagi aku..
ia membuang masa & tenaga...
ye ker?..

abis tu mana aku dpt motivasi..
bnyk cara nak dapat motivasi..
tgk orang berjaya..
tgk orang yg gagal..
tgk kiri..
tgk kanan...
kalau kita perhatikan betul2..
gunakan segala deria yang dikurniakan
bnyk yg kita boleh jadikan motivasi..
malah mungkin lebih berkesan..
ye ker?

bala tentera semut yang bekerja keras mencari makanan
bergotong-royong membawa makanan ke sarang
langit yang sering memberikan pelbagai jenis cuaca
redup, cerah, hujan & kekadang pelangi menghiasi langit

insan yang berjalan kaki dalam cuaca yang panas atau hujan
gelak tawa insan tersayang
tangisan mereka
kemarahan mereka

novel2 atau drama2 yang memberi contoh2 kepada kita
lagu2 yang mewakili perasaan kita

semuanya
mampu jadikan kita lebih kuat
mampu kita jadikan motivasi
untuk menolak kita jadi yang lebih baik
untuk kita jadikan kekuatan
untuk kita jadikan tongkat
supaya hidup kita lebih indah

Wednesday, July 6, 2011

menulis


menulis
ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan,
bukan semudah menyuarakan pendapat seperti berkata-kata
susunan ayat dan pemilihan perkataan perlu seiring
agar maksud dapat dicapai

dalam masa menulis kita akan berfikir
sedalam-dalamnya
mencari perkataan
untuk menyambung setiap perkataan menjadi ayat
dalam usaha menyampaikan maksud tersirat

bahasa penulisan lebih indah
pemilihan kata yang sesuai mengindahkan lagi struktur ayat
menjadi terlalu indah untuk diingat dan dihayati
cuma
bukan semua insan dikurniakan bakat itu
termasuk aku

menulis bagiku umpama berperang
kerana aku perlukan segala-galanya
masa, tenaga, strategi, bahan-bahan dan faktor penolak
agar penulisan aku bisa menjadi ledakan

tapi faktor yang paling penting untuk aku
adalah pencabar
tanpa pencabar
aku terasa hambar
aku terasa kosong

dan kini pencabar sudah muncul
tapi aku tidak merasa cukup kuat bahang cabaran ini
kerana aku tahu kemampuan aku & dia
tapi aku tak kan berputus asa
aku cuma perlu mencuri sedikit masa
dan aku juga mungkin perlu sedikit keberanian
keberanian untuk menyuarakan teori yang aku masih belum fahami sepenuhnya
yang masih ragu-ragu
yang masih ada persoalan yang belum kutemui jawapannya

Sunday, July 3, 2011

Monolog seorang aku : monolog 12



dah lama aku tak bermonolog tentang aku, bukan bermaksud aku sudah lupa, cuma tiada bicara untuk diungkapkan menjadi satu ayat yang lengkap. dalam masa beberapa bulan ini, aku cuma banyak merapu yang aku tidak kategorikan sebagai bermonolong yang mewakili bechmark aku disini.

ari ni aku teringin bermonolog kerana aku sudah hampir melangkah satu lagi anak tangga dalam milestone kehidupan aku. tak lama lagi, insyaAllah secara rasminya aku akan menamatkan zaman masterji aku ini. walaupun mengambil masa yang lebih lama dari jangkaan aku, tapi alhamdullilah akhirnya aku berjaya menamatkan penderitaan ini.

dalam masa 3 taun ni, banyak perkara aku pelajari, bnyk juga keringat dan air mata yang mengalir. tapi semua itu bukan abadi, semuanya terubat dengan masa. 3 tahun yang mematangkan aku, 3 tahun yang merubah aku dari seorang adik menjadi kakak. 3 tahun yang menambahkan tanggungjawab untuk dipikul. 3 tahun yang penuh tipu muslihat, 3 tahun yang menjadikan aku lebih kejam, 3 tahun yang meubah aku dr minah rempit kepada minah drift (metafora ja ni).. 3 tahun yang mengenalkan aku dengan periuk belanga, rempah ratus, dan segala macam resipi....3 tahun yang menjadikan aku setiap bulan mengenal batang mop dan penyapu. 3 tahun yang menjadikan aku bergelar "Bonda" kepada 2 putri yang comel (aleesya & damia) walaupun status perkahwinan aku masih bujang jangan salah faham pulak, tu putri kak long & abe keriku....dan 3 tahun yang menjadikan aku lebih cantik dari biasa...haha...banyak kan yg berubah....

aku berharap, 3 tahun akan datang lebih bermakna dalam milestone kehidupanku...InsyaAllah...dengan izin-Nya...

apa-apapun aku akan pegang kata2 ni " tiada duka yang abadi"...so senyum adalah penawar segala duka....bila kita diduga...tarik nafas..dan ucapkanlah...tiada duka yang abadi...esok adalah hari yang lain...cuaca mungkin cerah...lebih cerah dari ari ini...dan awan nano akan mengiringi setiap balada hati yang tercipta. dan jangan takut cuba untuk kali ke-2, kerna ku ada kamu. setiap ilusi yang hadir mungkin akan menyelesaikan susun silang kata dalam diari kehidupan kita yang dipenuhi drama.

Wednesday, June 29, 2011

cinta




cinta satu subjek yang kompleks sifatnya
sukar sekali untuk difahami
bukan macam buat mass balance atau energy balance
yang boleh kita tentukan in dan out nya
bukan boleh dibuat penaakulan mantik
yang kita boleh buat hipotesis
bukan boleh dikira sukatannya
tiada penimbang yang hebat pun untuk menyukat cinta
tiada pun database untuk dirujuk
sesapa saja boleh bagi falsafah cinta

cuma ada orang pernah kata
orang yang paling dalam lukanya adalah orang yang paling banyak cintanya pada pasangannya
mungkin

jom kita perhatikan pasal cinta dari pihak lelaki

dengar ja la lagu ganas dr KRU..
macam lagu beautiful monster dr NeYO juga
lagu seksa dari KRU x yah crite
semuanya pasal diaorang menanggung seksa sebab mendapat cinta dari wanita
tragiskan?

cuba perhatikan pulak crite2 korea,
aku tgk lelaki asyik kena layan kerenah perempuan kesayangan mereka
mereka cuba sehabis baik untuk melihat senyuman kesayangan mereka
mereka menahan tangisan hanya untuk memastikan perempuan kesayangan mereka tidak gelisah
mereka tetap melayan walaupun ntah apa2 perempuan kesayangan mereka lakukan
mereka bekerja keras untuk memastikan perempuan kesayangan mereka hidup senang

bila perhatikan terasa pulak perempuan ni mahkluk yang ego dan kejam
tapi bahagia jugak kalau lelaki yang lebih mencintai diri ini
mungkin sbb tu orang kata cari la orang yang mencintai diri kita
dari kita cari orang yang kita cintai
tapi kalau semua orang pegang kata2 ni
sapa yang nak cari sapa pulak kan

sebab tu la cinta ni ada berbagai nama
ada orang gelar cinta itu buta,
ada pulak orang gelar cinta materialistik
yang paling sedih kalau ada orang anggap cinta itu umpama nasik lemak
memang sadis.
tapi semua orang inginkan cinta sejati yang agung
yand suci murni,
yang tulus ikhlas
cinta pulak boleh lahir dari berbagai cara
ada cinta pandang pertama
ada pulak kerana simpati
ada jugak kerana terpaksa

haih!!kalu bicara pasal cinta
berkarang2 pun x kan abiskan?
sebab cinta itu memang kompleks.
tersangat kompleks
tak de pun mana2 teknologi dapat membantu
cuma satu ja
naluri
itu sahaja
kerana ini adalah rahsia Yang Maha Kuasa
hanya dia yang mengetahui segala2 yang hakikat.

kalu nak dapatkan lebih info yang membina tentang cinta, klik sini

Wednesday, June 22, 2011

kenapa perempuan memerlukan lelaki?


sedekad dulu, perempuan memerlukan lelaki kerana banyak sebab. mereka banyak bergantung kepada lelaki. setiap segi lelaki memainkan peranan dalam kehidupan mereka. tapi adakah ia masih relevan?bolehkah kita mengharapkan lelaki dalam setiap perkara dalam kehidupan kita sekarang?

well....pada pendapat aku, pemintaan wanita terhadap lelaki sekarang sudah berkurang. apa yang paling mereka inginkan hanyalah kasih sayang. Duit, harta benda, kereta, rumah...sekiranya lelaki mampu sediakan, itu adalah satu bonus. perkara yang lain wanita mampu berusaha sendiri.

kenapa aku berfikiran seperti ini? ini kerana kejadian yang berlaku dalam kehidupan aku dalam seminggu dua ni...dimana konklusi yang aku boleh nyatakan....lelaki zaman sekarang, sudah hilang taringnya.

minggu lepas kereta aku breakdown...parah jugak la..bnyak part kena tukar....aku cuba mencari seorang lelaki untuk membantu..dah perihal kereta..tentula lelaki lebih arifkan...apa yang kau jumpa hanya kehampaan.kerana penyelesaiannya adalah bawa ke workshop. dan semuanya aku lalukan tanpa seorang lelaki pun disisi. cuma apa yang perlu aku ada adalah MONEY....hehe

petang tadi terjadi lagi kejadian dimana aku tidak boleh bergantung pada lelaki, petang tadi aku bawa la motor junior (lelaki, selepas ni aku namakan junior A) aku jejalan sambil ajar junior aku (perempuan , selepas ni aku namakan junior B) bawak motor...ye la..moto ada (walaupun pinjam)...tp tak pndi nk guna pun tak guna juga...lgpun zaman sekarang ni ssh kau kita tak berdikari. ok la aku bawak la jejalan...pergi tempat yg sesuai sikit untuk belajar...dah sampi then dah ajar sikit...boleh la bawak...cuma tak reti nk control minyak ja...tetiba moto mati....huh...ingatkan boleh hidupkan balik...tapi hampeh...tak nak idup2 jugak...mencari la plak ngan choke..cuba la usik2 sikit...then try lagi....dalam dok try2 tu aku cal la lab mate ak (lelaki yg bawak moto yg sama jenis)...ada la seorang insan cuba menolong...encik ni bawak merc...fuh..then aku terus agak memang dia x reti la...dan memang dia mengaku la dia tak reti...tapi apa2pun terima kasih la sebab sudi bertanya apa masalah kami....sememtara tggu lab mate aku ni datang...junior B cuba la tahan seorang lelaki yg bawak moto..benda yang sama macam aku buat jugak yang dia buat..then aku dah expect ada masalah ngan plak...aku cuba la check kot2 ada la alat tuk ganti plak...huh hampeh..junior A ngan Encik moto td dua2 x sediakan alat tu....smpi la jugak lab mate ak ni...dia pn wat perkara yg sama dan nyatakan perkara yg sama...moto dia jugak x de alat tuk tanggalkan plak tu....huhuhu....ok la..ak admit la kami tak boleh wat apa2....jadi aku ucapkan la terima kasih kat en moto tu td...huh memang la solution dia panggil ja mechanic senang cite... xyah aku nk berpeluh kat situ...tp alhamdullilah la, lab mate aku ni pernah hidup susah..dia push moto aku ngan moto dia untuk cuba hidupkan....nak tolak guna kudrat x mampu....beberapa kali cuba akhirnya berjaya....alhamdullilah..

dan semasa aku menulis luahan ini, aku teringat kejadian 3 tahun lepas, ketika aku masih bergelar minah rempit...masa mula2 jd masterji...kawan aku mengalami moto rosak...dan kami juga cuba meminta tolong dari beberapa lelaki..tp malangnya....aku jugak yg jadi heroin ari tu...hahaha....lelaki oh lelaki....tolong la jadi perkasa sikit...bagi kami korang sepatutnya tahu berkenaan perkara mechanical macam ni baru layak jadi lelaki....

jadi sekali lagi, lelaki bukan memudahkan kehidupan kita sebagai seorang perempuan....tapi cuma mampu menjadi peneman untuk sesama menyelesaikan masalah2 yg akan dihadapi. tapi tolong la wahai lelaki2 sekalian, penuhkan la ilmu didada dengan ilmu2 kehidupan jugak selain ilmu2 yg ada dalam buku ek.....hehe..sorry kalu ada sesapa yg saki ati....cuma rasa nk kongsi ja perasaan ini.....

Friday, June 17, 2011

DUGAAN





hidup ini penuh dengan dugaan.
lepas satu...satu...
baru nk tarik nafas lega...
dugaan lain datang menerpa....
semput rasanya...

bila dugaan datang...
ingatan kepada kpd perkara yg lepas...
imbas balik...
apa kesalahan yg aku telah aku lakukan..
sehingga Allah s.w.t. memberi peringatan ini...

memang banyak kesalahan...
tp perkara yg lepas bgm untuk dibetulkan..
hanya ampun mampu ku mohon...
dan mengharapkan dugaan ini akan berjaya aku harungi....

Saturday, May 28, 2011

gadis semasa



aku bukanlah gadis yang sempurna
aku tahu hakikat itu
kerana itu aku cuba jadi yang terbaik

aku melatih hati
aku melatih jiwa
aku melatih akal
sehingga aku merasakan aku hipokrit
cakap x serupa bikin

orang kata aku punya hati yang baik
orang kata aku punya akhlak yang baik
aku rasa nk tergelak
kerana aku tahu
aku adalah orang yg berbeza dari apa yang orang fikirkan
tapi aku mengucapkan syukur
kerana itu adalah satu doa
doa keatas aku
untuk jadi gadis yang terbaik

tp aku tahu
untuk menjadi gadis yg baik
anggun,santun, dan ayu
pada zaman kini amatlah susah
rasanya lebih susah dr pergi berperang

kerana gadis kini perlu bersosial
kerana gadis kini perlu berdikari
kerana gadis kini tidak dikurung dlm sangkar emas lagi
kerana gadis kini berhak membuat keputusan sendiri
dan kerana itu
ruang2 untuk gadis kini melakukan kesalahan
kesilapan, kebodohan
lebih luas
lebih nyata
hanya akal, ilmu dan agama shj
yang mampu mengelakkannya.

Wednesday, May 18, 2011

rindu.


Di luar hujan, sudah beberapa hari begitu. petang ja hujan..nasib baik ak kini tidak lg menjadi minah rempit..kalu tak..huhu..hari2 bermandi hujan..minggu lepas panas yang amat..minggu ini hujan..alhamdullilah...

cuma suasana hujan ini semakin terasa kedinginannya pabila suasana kolej juga turut sepi tanpa kehadiran mahasiswa/i. yeah!! seronoknya melihat mereka dapat bercuti panjang..malah cuti kali ini memang sangat panjang kerana bermula semester depan...sesi pembelajaran akan bermula pada bulan september.huh!!rindunya waktu belajar dulu...

huargh!!!kalu dulu dah best tarik selimut...smbil makan cekedis..dN Layan cite korea..waktu2 sebegini...huih..nikmat...apatah lg kalu baru abis exam..memang ini la hobi ak...kalu tak layan cite korea...ak layan novel2 jiwang karat...kalu kat umah lagi best...terus ja ngadap tv..dr satu channel ke satu channel...huhu..rindunya..

sekarang memang boleh buat..kekadang ja..tp diiringi dengan rasa bersalah...ye la..nk bersenang lenang macam ni..kerja berlambak lg x siap oiiii...

Sunday, May 15, 2011

mencari solace??


hi!!!

lama betul x merapu kat sini, walaupun selalu jugak menjengah. Buzy? ya la jugak..tp..itu bukan alasan yg konkrit..ada sebab lain yg lebih kukuh..cuma ak tak tau macam mana nk ceritakan...putus cinta? oh tidak sama sekali..sbb ak belum pernah jatuh cinta..dan ak rasa aku tak mungkin ada perasaan itu buat masa sekarang..kenapa? ntah ak tak yakin dengan perasaan itu...

sbnrnya..ak tak pasti kenapa..dalam sebulan 2 yg lepas..ak x selesa berkomunikasi dengan orang...even housemateku sendiri..aku lebih senang wat hal memasing..cuma kekadang saja bertegur sapa..bertanya kabar...pelikkn..handphone..fb..sumenya ak abaikan (fb hanya buka bila perlu...hp juga begitu)...dh rmi yg komplen...tp ak wat tak tau ja..idup ak...suka ati ak la nk wat apa kan?..tp ak risau kalu ini berterusan...azam ak taun ni x tercapailah...huhu..

kenapa ek..ak x suka sngat berkomunikasi ngan orang? bagi ak benda ni sngt2..merimaskan..x..x...bukan merimaskan...tp kekadang akan menyebabkan ak sesak nafas...keliru....penat...dan bermacam rs lg...tp ak juga sedih dan rs bersalah bila kawan2ku dpt merasakan kedinginan layanan ku ini...sori kekwn..ak x dpt kawal perasaan ku ini...harap2..mereka memahami masalah ku ini...ak akan cuba perbaikinya dr masa ke semasa...cuma buat ms skrg biarkan lah ak begini yea...

actually mslh ni ak x pasti tahap keseriusannya..sbb ak x pernah jumpa pakar...ak ada masalah ini dr dulu lg...ms sekolah dulu2 lg..ak prnah menyebabkan parent ak susah ati..cari ak 1 tmn perumahan..sbb ak menyepikan diri..ak biarkan mereka risau...ingat ak dh lemas kat sungai..sbb sblm tu ak pergi mandi manda kat sg ngan cousins dan abang ak...ms tu ak sek rendah..x psti darjah berapa..mungkin 4..n mungkin juga 5...

ia berterusan masa ak form 2..ak kehilangan kawan baik disbbkan ini...hanya kerana ak ingin mencari ketenangan...slps itu..beberapa kali juga terjadi..namun..ak bernasib baik kerana mempunyai kawan yg jenis memaafkan tanpa mengucapkan maaf...dan ia berlaku lg bila ak smbg degree..ms tu first year..tgh mencari kawan...tp mungkin x seserius masa kecik2 dulu...kerana ak cuba melawan rs itu...

dan adakah ianya akan berlaku lg?

Friday, April 22, 2011

Wednesday, February 23, 2011

Sunday, January 2, 2011