The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, February 16, 2010

8:bermalam

malam itu aku tak leh tidur. banyak sebab, pertama bermalam dengan adi dalam satu bilik, dia dah selamat berdengkur atas katil tanpa mempedulikan aku. mungkin kepenatan barangkali kerana pemanduan tadi. kedua, fikiran aku asyik memikirkan siapa kak mar?
kenapa kak mar memanggil adi dengan begitu mesra? malah aku juga ternampak mereka di lobi hotel mereka kelihatan seolah berbincang sesuatu yang serius. dan kemudian aku melihat adi memujuk kak mar yang sedang menangis. perasaan aku tidak enak. seolah-olah mereka menyembunyikan sesuatu. Adakah kak mar kekasih adi?..jantung ku berdegup laju apabila memikirkan kemungkinan itu..tapi itu tidak mustahil…adi pernah mengatakan hatinya sudah dimiliki. dan adakah pemilik itu kak mar.
aku perhatikan sejak dalam perjalanan lagi, perhubungan mereka agak mesra. malah aku juga dapat melihat adi selesa berbicara dengan kak mar, kak mar pandai menenangkan hati adi, dia tahu air kegemaran adi, dia tahu makanan kegemaran adi, musik kegemaran, di mana adi simpan barangnya,
dahaga?
nah air 100 plus you..i beli kat stesen minyak tadi
dan juga snickers
“thanks” adi senyum senang..aku dapat melihat senyum adi yang ikhlas pada kak mar melalui cermin sisi.

“mar, mana cd Michael bubles? tolong carikan I lupa letak mana” adi bertanya sambil matanya masih memberikan tumpuan kepada jalan raya.
“u ni tak abis2 michael bubles..cuba la dengar lagu lain..”sambil tgnnya lancar mengambil sekeping cd yang berada di dalam bekasnya tanpa sedikit keraguan.seolah-olah dia tahu setiap pelusuk dalam kereta ni.
“Sayang..u knowkan itu lagu favourite I”adi tersenyum bahagia tanpa menyedari aku mendengarnya kerana menyangka aku telah tidur.

Monday, February 15, 2010

7: NENda merTUA

selepas melawat mak mertuaku di hospital, adi menghantar kak mar ke hotel dan membawaku pulang kerumah nenda mertuaku. aku berasa sangat penat. hanya tilam dan bantal yg aku nntkan tp bermalam ngan adi…ngee…seram… mata yg ngantuk dan penat td terus terjaga. adi disebelah hanya mendiamkan diri. sekali sekala matanya memandang kearah telefon yg berbunyi menyatakan ada message masuk. tangannya masih distereng, aku dapat melihat sedikit senyuman terpancar dibibirnya setelah membaca message itu.dan hatiku bertanya siapa yg menghantar message, apa yg dihantarnya. tapi aku tak berani bertanya..akhirnya aku hanya membiarkan suasana sepi berlalu begitu sahaja sehingga aku tiba di rumah nenda mertuaku.
“assalamualaikum…” adi mengucapkan salam agar kepulangan kami diketahui oleh seisi rumah. dalam kesamaran lampu diberanda aku melihat kelibat atuk membuka pintu sambil menjawab salam yang adi ucapkan..
keadaan rumah nenda adi begitu asing sekali bagiku. aku tidak pernah kesini. inilah kali pertama aku.atuk dan nendanya juga aku hanya berjumpa semasa majlisku yg dulu. pastinya aku tidak berapa mengenali mereka. aku berasa sangat kekok. kenapa la sesenang ja aku mengikut si adi ni..hish…alamak pakaian aku!!memang tak sesuai nak tunjuk kat keluarga mertua…lantakla..nasibla…
“rina…wat gapo tercegat situ? meh naik umoh buruk tok ni…biasala rina umoh ore tua tak besar sangat mace umoh si adi ni..umoh kapung lagu ni la..” atuk memujuk aku apabila melihat aku tercegat saja dipintu kereta.
aku yg tersedar apabila ditegur oleh tok cepat menghulurkan salam. memang tak patut aku berkelakuan macam td..
“maaf tok…rina…”
“rina…kamu apa kabar? lamanya nek tak jumpa kamu…” nenek adi menerpa aku, mencium pipiku, memeluk diriku…dan aku hanya mampu tersenyum..dan memandang adi memohon pertolongan..supaya lepaskan aku dr rangkulan neneknya..
meh naik…lama doh nenek tunggu rina

manisnya cinta

Adam & hawa



ADAM ditugaskan untuk membahagiakan, menjaga, dan melindungi HAWA drp kesulitan dan kepedihan. Namun, kekadang ADAM juga yang melukakan dan menyakiti HAWA.

Thursday, February 11, 2010

5 tahun 5 bulan...masa mematangkan kita


masa lalu sering dikenang
masa depan sering dirisaukan
masa lalu dijadikan sempadan
untuk menghadapi masa depan
agar masa sekarang dinikmati sepenuhnya...

Addin + Benji

tunjukkan aku satu bintang

live well or live hell...i choose

sempadan tanpa seri




kisah yg tragis

biarlah ym berbicara....


mungkin aku seperti Tiya
takut dengan cinta
takut untuk dikecewakan
tapi aku bukanlah
seorang wanita sedegilnya...

mcm pernah baca..macam tak..dah lupa

demi cinta khisa



aku sedang mencari DEMI CINTA KHISA 2

Tinggal...Jangan lepaskan

jaja dan (sayang ) din




HUBUNGAN YG MENGIKAT DUA HATI MEMANG SUKAR DIMERGERTIKAN TAPI AKU BERSYUKUR KERANA AKU ADALAH HAMBAMU YA ALLAH,,,YG PERCAYA PADA QADA' DAN QADARMU..DAN YANG PERCAYA ENGKAU AKAN TUNJUKKAN KEPADAKU JALAN YANG BENAR...AMINN

Dakapan kasih



novel cinta biasa, dunia yang biasa dan penceritaan yang biasa

Tuesday, February 9, 2010

Monolog seorang aku: monolog 10


assalamualaikum...

hehe..taun baru dah lebih sebulan berlalu, tp ari ni br ada idea nak mencoret rasa kat blog ni...maklumla dah ada impian utk taun baru...tapi.... malu la nak cakap takut orang salah faham lak nnt..tp tak pa kan...korang takkan nak kutuk aku lak kalu aku ckp...uhmmm..nak cakap ke tak...korang nak tau ke? tak pe la, kalu korang nak tau taun ni aku nak mencari CINTA yg MAMPU menjadi PENAWAR untuk segala penyakit aku taun ni....hehe...hebat tak cita2 aku...haha...tp korang jangan salah faham lak..aku cari cinta yg lain..bukan cinta pada seorang lelaki ea...tapi kalu dapat pun ok gak..orang kata cinta itu indahkan..kan2x

tapikan, susah betul nak mencari cinta ni...hati kena ikhlas tak leh paksa2..biarpun cinta itu boleh dipupuk...mcm aku sekarang cinta pertama yg aku ingin capai ialah, jatuh cinta balik ngan research ni...baru ada semangat sikit nak wat...tak da la nnt demam masa nak writing..mcm skrg...tgk ja paper rasa nak demam...bukak ja laptop rasa nak main game...bukak ja buku rasa nak tido...pegi lab..sibuk main fb ke tak pon fs..bila la nak abis master kalu macam ni...tp tak pe...perlahan2 pupuk balik perasaan tu...yeah...chaok2x!!!

cinta kedua aku, masih dalam pertimbangan lagi..msti la dalm keje aku..lepas abih master ni aku nak keje..so aku mesti kena jatuh cinta ngan keje aku..tp keje apa yek..korang ada idea tak? kalu ada bgtau la aku yea....huhu

tp yg paling aku nak cari ialah CINTA AKU KEPADA PENCIPTA KITA, ALLAH SWT. YANG MAHA BESAR, MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. sbb bila aku cinta padaNYA..seikhlas hati dan sepenuh ati tanpa berbelah bagi lg..semua cinta aku yg lain aku akan perolehinya..aminnnnnn