The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, March 28, 2014

doakan MH370

Dah hampir sebulan tragedi yang menyedihkan telah melanda Malaysia dan masyarakat disekeliling yang prihatin. Kehilangan pesawat MH370.

kejadian ini mengingatkan aku perasaan semasa aku pertama kali terbang ke London pada tahun lepas. Walaupun itu bukanlah penerbangan pertama aku,tapi itu la penerbangan pertama aku bersendirian. Sebelum ini aku berkumpulan, jadi mungkin debaran itu kurang terasa kerana ada rakan yang kita kenali dan percayai bersama. Tapi kali ini,aku berseorangan. Perasaannya sangat berbeza. Berdebar, gembira, takut, gementar, semua ada. Ntah la bagaimana rupa aku ketika itu. Dari check in hingga ke platform sangat memdebarkan. Melihatkan kapal terbang yang berbaris menanti giliran untuk berlepas umpama semut, tekanan semasa berlepas, getaran semasa menempuhi awan masih terasa dan mungkin x akan aku lupakan.
alhamdullilah, penerbangan yang lancar dan selamat telah aku lalui, aku x pasti sepanjang perjalanan adakah aku benar2dapat tidur dgn lena atau x, tapi semasa perjalanan balik aku tidur dgn lena haha..mungkin kepenatan seminggu meredah bandar London.
tapi yang paling aku rindu bila menaiki kapal terbang bila melihat diluar tingkap ketika matahari terbenam ataupun terbit. Sangat itu, segala perasaan takut hilang dan diganti dengan kekaguman terhadap ciptaan Allah swt. Subhanallah, sngt indah.
Doakan kita akan menemui MH370.InsyaAllah.