The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Monday, March 22, 2010

Monolog seorang aku: monolog 11


bismillahhirahmannirahhim.....

dengan lafaz yang maha pemurah lagi maha mengasihani..aku memohon kepadaMu ya Allah..kurniakanlah aku dengan kekuatan untuk melawan godaan duniawi ini...ya Allah, hanya kepadaMu aku memohon segala kebaikan dan jauhilah aku dari segala keburukkan...ya Allah...penuhilah jiwaku dengan cintaMu...bantulah aku mengenal cintaMu...sesungguhnya aku hanyalah insan yang kerdil dan lemah...yang tidak terlepas dari hasutan syaitan yang melalaikan..amin..

Saturday, March 13, 2010

biru ungu cinta, madu impian


satu lagi novel karya noor suraya yang bisa membuatku mengalirkan air mata selain nyanyian tangjung sepi..disaat seera disahkan menghidapi barah darah disitula saat yang paling sedih..lebih sedih dan pilu..apabila barahnya sudah pada peringkat terakhir…tergmbar dikepalaku betapa sedih seera spt keadaan eun soo yang tak bermaya..yg ingin menghabiskan sisa kehidupannya bersam insan2 yang dicintai. kenapa begitu berat ujian yang Allah berikan kepada seera..pertam kehilangan salah satu permata yang amat diagungkan oleh para wanita yang bakal bergelar ibu, kedua cintanya yang menggunug kepada Fattah yang juga mencintainya, ketika dipaksa untuk menerima lamaran kamal insan yg telah ditolaknya berkali2 dan terakhir sehingga meragut nyawanya barah darah peringkat akhir.tp nasib baik semua ini hanya cerita novel, yang memerlukan dramatic dan artistic, sekiranya benar2 seera ini wujud dalam dunia reality..aku tidak dapat bayangkan..malah aku tidak tahu samaada aku akan bersimpati dengannya atau kagum dengan ketabahannya.

madu impian matt romeo




arghhhhh!!murah sangatkah harga diri seorang perempuan..?
tidakkah mereka knl mksd dosa & pahala?
adakah kita sudah menjadi manusia yg tak bertamadun disbbkn kecanggihan teknologi?
apakah yg ada pada matt romeo itu sehingga ketiga2 mereka sanggup bermadu…?
tidakkkkkkkkkkk!!! aku x dpt terima semua ini..?
inilah yg dikatakan bukan sifat lelaki yg suka berfoya…tetapi sikap wanita yg suka menggoda..
adakah ini yg dikaatakan dunia akhir zaman..?
namun perkara seperti ini sudah berlaku sejak zaman zahilliyah lg…
susahnya Islam meninggikan martabat wanita pada kaca mata dunia pada zaman dahulu, tetapi pada zaman kini, yang belum pun mencecah 2000 tahun selepas hijrah wanita itu sendiri meletakkan maruah mereka serendah2 mungkin asal hawa dan nafsunya berjaya dipenuhi…
inikah dunia yang kita inginkan sekarang?

Saturday, March 6, 2010

ketika cinta bertasbih..persoalan cinta yg sangat memeningkan


Konsep ketika cinta bertasbih adalah cerita yg memberikan kita satu contoh untuk kelangsungan hidup. bagaimana seseorang itu, lelaki khususnya mencari pasangan dan bagaimana process itu dijalankan (adat merisik, meminang dan perkahwinan menurut Islam).setelah menonton cerita ini, aku sngat terasa betapa masyarakat Islam Malaysia tidak lagi mengamalkan budaya ini sejak bertahun yg lalu.perkahwinan yg diatur keluarga dan sebagainya..sukar untuk ku terima akal bahawa kehidupan ini masih boleh dijalankan pada masa kini. cerita ini sngat seronok ditonton pada peringkat awalnya, tetapi persoalan demi persoalan timbul pada bahagian kedua cerita ini yg mungkin mencacatkan sedikit penceritaannya. paling utama yg aku persoalkan adalah watak anna ilmuan wanita yg tegar meminta cerai kerana suaminya menghidapai HIV. aku tak boleh terima. sekiranya aku meletakkan diriku ditempat anna yang mempunyai ilmu yg tinggi, mungkin bukan itu tindakan yg ku ambil. aku mungkin terkejut dan kecewa apabila dikabarkan berita seperti itu, namun sekiranya dia mahu menjadi spt khadijah dan Fatimah yg tidak pernah dimadukan, kenapa dia tidak boleh menjadi spt isteri nabi ayub yang setia. sedangkan sebelum itu lidahnya dengan yakin sudah mengatakan bahawa dia mencintai mas furqan suaminya. disini aku merasakan bahwa seolah2 dia menolak jodoh yg ditentukan oleh Allah malah bila dia meminta cerai, aku rasa itu bukan cara terbaik. selain itu, dia memaksa mas furqan membuka pekung didada kpd orang2 yg tidak berkenaan menambahkan lagi kekurangnya.walaupun tindakan ini kedengarn seperti memihak kepada anna dalam membela nasib wanita namun..kita ada ALLAH s.w.t yg memberi petunjuk..kita memohon bantuan drNya maka..kenapa keputusan cerai iaitu perkara halal yg dibenci oleh Allah pantas meluncur dr lidahnya yg baru mengatakan cinta pada mas furqan. itu yg aku tak leh nk terima. apakah perkataan cinta yg keluar dr mulutnya tidak ikhlas (kerana dr awal lg penonton boleh merasa bahawa anna mencintai azzam dan begitu juga sebaliknya dan tindakkan azzam adalah wajar kerana anna telah menerima furqan). sementara itu,persoalan dimana mas azzam seolah2 begitu terdesak untuk berkahwin..hanya mendgr dan melihat seorang wanita terus terasa untuk dijadikan isteri malah apabila lamaran itu tidak Berjaya dia seolah2 sangat kecewa.kenapa?desperate sngat ke?
satu lagi yang aku tak puas ati, kenapa para ilmuan berusaha memilih yg ready made ustazah sedangkan kekadang ada seseorang yg perlu didakwah dan mungkin melalui perkahwinan mereka mampu menjadi insane @ muslimah yg lebih baik.aku tidak nafikan Allah menyuruh sekiranya seorang lelaki itu mahu memilih isteri adalah dengan melihat agamanya..tetapi..ntah la..kekadang perlu juga menggunakan kaedah dakwah yg telah sering diguna pakai sejak zaman dahulu lagi iaitu melalui perkahwinan.sekarang ini kaedah ini bagi aku bukan sahaja boleh diguna pakai utk orang bukan Islam, malah orang Islam itu sendiri..kerana zaman kini terlalu banyak ragamnya.
menonton cerita ini menyebabkan aku membandingkan watak dan plot dalam novel Jaja & Din karya kak su. walaupun novel ini agak bertemakan kotemporari (maaf kak su kalau salah)…namun persoalan din yg mmpu menerima jaja dan mengukir jaja sehingga menjadi muslimah sejati malah mgkin lebih sejati drpd muslimah y tersedia ada harus dipuji. watak dalam filem ini dan watak dalam novel jaja & din hampir sama, burhanuddin, ustaz yang menerima pendidikan dari tanah suci, dan jaja watak gadis moden yg disatukan dengan unik sekali,namum mereka berusaha dan percaya akan jodoh yg ditentukan oleh Allah. novel ini memberikan kita gmbaran bahawa sekiranya kita ingin berubah kita akan mmpu laksakannya tp filem ini,lebih mengambarkan akan ciri-ciri wanita y baik untuk disunting menjadi pemaisuri dihati...
walau bagaimana pun itu la kompilasi kehidupan, setiap yg berlaku ada sebabnya..karya kak su mungkin sesuai dengan jiwaku kerana aku lebih mirip dengan jaja (tp baik sikit la dr jaja kiranya yg sederhana saja..) dan untuk menjadi seperti anna itu pastinya sukar sekali..dan kehadiran seseorang seperti burhanuddin yg mampu menjatuhkan egoku..yang mempu menundukkan aku..amatlah diperlukan agar aku mampu menjadi muslimah yg lebih baik dari semalam...aminnnn..sedangkan watak anna itu sngat mengerunkan aku...huhu..

Wednesday, March 3, 2010

3: Abah!!

“Abah…lia tak salah…lia tak wat apa2pun ngan dia.. lia..”jerkahan abah membantutkan penceritaan aku.
“Diam..aku ckp diam”
“ko tahu tak abis satu taman ni dah tau crite ni…betul ke tak..itu tak yah crite..”
“ni muka aku ni..ko tgk sini…” abah menunjukkan mukanya.
“ aku dah tak tau nak sorok kat mana..”
aku bagi ko kebebasan bukan tuk ko conteng arang kat muka aku”perasaan marah abah memang sudah ditahap kritikal. bahang kepanasan masih boleh dirasa walaupun duduk dalam bangunan sebelah yang dipisahkan dinding simen yang setebal lebih kurang 30cm itu.

dan ko! abah mengunjuk kearah jebat. jebat mengundur setapak.
aku dapat melihat muka abah menahan marah, nasib baik abah masih lagi waras kalau tak entahla mungkin akan berlaku tragedy berdarah kat sini. elok2 satu taman ini ja taau crite ni boleh jadi crita satu dunia. bapak cincang lumat anak dan teman lelaki setelah ditangkap basah” tajuk berita yang kemungkinan keluar kat metro esok pagi.

aku nak ko bertanggungjawab.

abah!!

dan pastinya walaupun air mata darah sekalipun keluar, abah tetap dengan keputusannya dan jebat dengan terpaksa berjanji untuk bertanggungjawab setelah diugut oleh abah.
dan aku hanya mampu berdoa agar semua ini takkan berlaku, kemarahan abah perlu diredakan dulu sebelum aku memujuk lagi.

ma?
hanya mampu menangis. menangisi anaknya dan nasibnya esok ari. dalam kepala mana aku nak sorok muka aku ni.

Monday, March 1, 2010

SEKAKAP-MERSING-JOHOR


Kanda ku ingin bertemu... Meski tak tahu engkau di mana... Di sini ku dingin tanpamu... Kanda dengar... Aku merindukan dirimu...Kanda dengar.. Ku ingin selalu menemani mu




Sejauh mana aku kembara.... memori ku digalas bersama... esok hari tiada lagi suramnya hati untuk ku pergi terima lah...terima lah.. terima lah..





Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu, Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta, Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang, Sujud sukur padamu atas segala cinta




Andaikan kau jadi milikkuSelaluku nyanyikan lagu rindu, Andaikan kau dan aku bersatu, Dunia ini berseri selalu




mmm...mmm...look , just look,there's u n me n this solitude. look, just look, how soft these shadows are..listen, just listen...listen to the heartbeat.