The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, August 26, 2009

silam, depan dan kini

aku cemburu akan masa silamku...
aku takut akan masa depanku
aku penat akan masa kiniku...

masa silamku....
penuh dengan suka duka...
masam menjadi manis untuk dikenang..
manis kekal manis dalam ingatan...
pahit..menjadi luka kekesalan...
tauladan untuk masa depan..

masa depanku...
samar-samar kelabu melambai aku...
hanya menanti masa untuk dihadapi...

masa kiniku...
penat merancang...
merancang masa depanku..
penat membuat pilihan...
pilihan yang mampu mengoncang masa depanku...
penat menanti detik berlalu..
sedetik...dua detik...jam berdetik...
amat meresahkan...
kekadang terasa laju berlalu...
kekadang terasa lambat mengejar...
amat penat ku lalui...

masa silam, depan, dan kini...
pernah, akan dan sedang...
berbeza namun tetap sama...
masa tetap masa..
tetap mencemburui kita..

Friday, August 21, 2009

0raNG keCIL vs AsKAR

song who was described my feeling at now....

ASKAR (wani Ardy)

Jantungku kekeringan alasan untuk berdegup
Dan jiwaku terkorban di medan perjuangan, penantian, impian
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak

Sembunyi darah ini di balik seribu perisai besi
Apa yang dipandang tinggi bila jarum yang mengakhiri

Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia berjalan tegap
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati

Tolong jangan diujar lagi, aku tak mahu mati berkali
Esok aku kan tiba di lapangan terbang dan menghilang
Harapan itu senjata yang paling merbahaya buat sekalian umat manusia
Seperti jarum beracun yang membunuh senyap
Seperti segudang dadah yang merosak

Sembunyi luka ini di balik seribu perisai besi
Apa yang hendak dipuji bila jarum yang mengakhiri

Aku mayat askar yang berpura-pura seolah ia bernafas lancar
Tak ku benar jasad rompongnya berehat satu saat pun
Untuk mengingatkan bahawa ia telah mati

ORANG KECIL(Wani Ardy)

Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil

Tuesday, August 18, 2009

kekeliruan identiti atau hipokrit....

aku ada kawan...
orangnye normal...
tp...
dia ada satu masalah...
iaitu dia tidak tahu bagaimana untuk menjalin hubungan dengan insan lain..
tak kira la...
ngan berlawanan jenis ataupun sejenis...

orang selalu salah faham dgn dia...
actually bukan orang lain...
dia pun kekadang terkeliru....
kekadang dia boleh jadi peramah sangat...
lebih2 kalu tempat tu dia tak kenal sesiapa..
tapi kekadang dia boleh jadi mcm org yg sombong...
terutama bagi orang yg kenal dia...

dia amat suka menyembunyikan perasaan dia yang sebenar..
kawan2 dia boleh agak dia menyembunyikan sesuatu...
tetapi hanya dia sahaja yg tahu apa yg disembunyikan..
bukan dia tak nak luahkan...
tetapi dia tak tahu bgmn untuk meluahkan...
dia takut..
ada yg terluka...
tp satu yg jujur...
pabila dia tidak menyukai sesuatu...
atau seseorang....
dia akan menyatakan...
scara lisan atau bukan lisan...
tp selalunya bukan lisan yang lebih jujur...

tapi...
dia boleh lalui..
walaupun hidup dengan seseorang yg menbencikan...

bukan niatnya untuk membenci...
tetapi...
entahla...
jantungnya akan sakit...
menyucuk2...
seolah2...
salur darahnya tersekat...
kepala..
seolah darah berhenti menghantar oksigen ke kepalanya...
walaupun kekadang orang itu tidak melakukan kesalahan pun padanya...
walaupun hentakkan kakinya...
walaupun gelak tawanya..
walaupun pertanyaan yang elok dari bibirnya...
walaupun orang itu tidak berbuat apa2 padanya...
ia terlalu menyakitkan...
walaupun orang itu adalah sahabat...
dan dia sering tertanya...
kenapa?