The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, June 23, 2010

9: Oh Surina!!


Suara azan subuh dari masjid berhampiran mengejutkan Adi yang sedang lena dibuai mimpi yang indah. Pandangan kosong ditalakan ke setiap penjuru bilik.
“hish mengapa pelik ja bilik ni, aku kat mana?”matanya masih lagi melihat sekeliling, dan matanta terhenti apabila matanya mencerap imej sekujur tubuh wanita terbaring sambil menahan kesejukan pagi yang mencengkam. barulah dia ingat dimana dia berada.
“kenapa la dia tidur bawah?katil ni bukan main besar..opss..x kan la dia nk tido sebelah ko?selama ni mana dia tido sebelah ko..”
tp kesian lak ak tgk, dah la beralaskan papan..bantal sebijik dan kain sarung menyelimuti badan..hish suami apa la aku nih..ini mendera isteri namanya..uik sejak bila ko ngaku dia isteri ko nih…
dengan seperlahan yang mungkin, Adi menghampiri Rina yang sedang lena dibuai mimpi. dia meyelimuti badan rina yang meringkuk menahan kesejukkan.Lama dia termenung memerhati wajah rina yang tenang ketika tidur.entah kenapa ada perasaan yang aneh meyelit di sudut kecil atinya.Dah lama dia tidak melihat wajah itu, dan mungkin ini kali pertama dia betul2 perhatikan wajah gadis yang telah hampir 3 bulan dinikahinya itu. selama ini mana ada peluang..dulu pun seminggu ja dia abiskan masa dengan rina,selepas itu langsung dia terlupa bahawa dia sudah berkahwin.

Surina tidak mempunyai wajah yang cantik seperti gadis2 yang pernah dikenalinya, wajahnya biasa sahaja, berbentuk bujur sireh, kening yang lebat tp teratur dan tidak nampak mcm pernah dicukur atau dibuah suai, dahi agak luas mungkin sbab dia jenis kuat berfikir, hidung yang tinggi dan sedikit kembang tapi sesuai dengan wajahnya, mata adi terus memandang satu persatu wajah rina sehingga ke bibir rina yang halus, Adi meneguk air liur basi dan tetiba badanya terasa panas. tgnnya mengurut tengkuknya yang tetiba lenguh. Wajah rina yang tersenyum manis semalam menjelma di ingatan. Senyuman dia memang manis.ketika mar memuji rina sweet semalam hati kecilnya mengiakannya. memang dia sweet dan cute, cara dia berpakaian memang berbeza, dia Nampak selesa dengan baju kemeja putih dan seluar jean, dipadankan dengen jaket labuh colur hitam dan juga selendang hijau yang melilit kepalanya sesuai dengan kulitnya yang agak gelap. Simple. malah dia Nampak selesa memakai kasut kasual putih merah dari bum. sekali tengok macam gaya yuna tapi dia lebih simple. Tidak disangka itu sebenarnya Surina, gadis yang dinikahinya. Dia memang berbeza dengan gadis2 lain.

Rina berpusing seolah2 dapat merasakan seseorang sedang perhatikannya, wajah yang tenang tadi telah berkerut. dan pusingan itu mengembalikan adi ke dunianya yang nyata. adi melepaskan keluhan yang panjang..entah apa la yang dia fikirkan tadi. baik aku solat dulu..solat? perlu ke aku kejutkan rina?..uhmm..semalam dia macam cuti..mungkin kot..dan adi terus bersiap untuk mengucapkan syukur pada Pencipta yang Maha Esa.

No comments: