The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

17: CIUM

Bedebuk!!
macam nangka busuk jatuh. Gara-gara nak mengelak dari kena cium.
Jebat memang gila.

"Aduh!!" Lia mengaduh..Jebat pantas menghulurkan tangan untuk membantu. Tapi ditepis oleh Lia.
"Orang boleh bangun sendiri la...nk apa ni masuk bilik orang?"Suara Lia agak tinggi cuba dikontrol..takut didengari oleh ibu di bilik sebelah.Masih belum bangun. Tangan mengurut2 bontot yang sakit.

"Nak awak." Selamba Jebat menjawab

Apa???...Suara Lia naik seoktaf lg.

Shuhhh!!!perlahan sikit....x..maksud saya nk check awak...awak ok ke?dah tido ke?

"Tepi la...Orang tido sini malam ni."

"Kenapa? "Pantas Jebat bertanya.

Jelingan maut dilemparkan.



"Yea...yea...ok..."Jebat mengalah..memang salah dia..dengan perlahan Jebat mengundur diri. Memberi ruang untuk Lia dan dirinya menenangkan diri.

16: BAHAGIA



Huargh!!...tgn diregangkan..badan disandar ke balakang. Mata menghala ke arah jam… pukul 12 lebih…huargh!! Tgn menutup mulut..mata menghala ke katil.

Aish..tido kat bilik sana ke? Jebat bingkas bangun. Kaki di hala untuk mencari Lia. X boleh jadi ni selalu ja nk mengelak.

Pintu bilik yang dihuni lia diketuk perlahan. Bunyi music ntah lagu apa yang selalu Lia dengar kedengaran sayup2…tiada respon…tido dah ke..tombol pintu dibuka perlahan. Hanya lampu belajar yang menyala. Lia kelihatan terlentok depan laptop yang terpasang. Kaki diatur mendekati lia. Punggung dilabuhkan ke katil sebelah meja.
Wajah lia yang terlena direnung dan diamati. Keningnya, hidungnya, dan bibirnya…seminggu yang bahagia. Teringat ketika dia mengucup dahi Lia..jelingan maut yang dilemparkan..pipinya yang dicubit..memang seminggu tiada langsung peluang dilepaskan. Semuanya digunakan sepenuhnya. Wajah cemberut lia yang memberontak sungguh comel dimatanya.. Jebat2…ko mmg dh parah
Tapi, sekurang-kurang dia mampu melihat Lia tersenyum dan dpt menatap wajahnya setiap hari. Lia juga seolah-olah pasrah sahaja dengan apa yang terjadi..Tapi bilakah Lia akan benar2 ikhlas menerimanya sebagai suami? Tanpa sedar tangannya meraut perlahan rambut Lia yang terjatuh, Lia bergerak perlahan, mungkin sedar tidurnya di ganggu. Matanya dibuka. Dan Saling memandang tanpa sempat Lia membuka mulut, lantas mulut Lia dicium.


15: SEMINGGU

Seminggu yang penuh ragam. Hidup aku memang x aman. Ada ja idea si Jebat ni nk menyusahkan aku. Bukan boleh tgk aku senang, mentang2 la Ibu ada. Penat. Pantang aku nk masuk bilik aku ada ja halnya. Dan dah seminggu juga aku x mengikuti drama korea yang selalu aku tonton. Huh menyusahkan betul.

Nah!! Aku meletakkan mug yang berisi air kopi dengan agak kasar. Dan melangkah katil yang telah seminggu aku huni. Jebat ku jelling sekilas.

“Amboi x ikhlas langsung, orang nk bagi pahala free pun x nk” Jebat mececeh dalam nada yang masih ku boleh dengari. Dan aku buat pekak badak
Handphone ku capai. Aish bateri ni bila nk penuh dari td lagi aku charge, mcm x msk charge ja.Dah rosak ke? Aish duit lagi..apa la nasib aku. Time sesak macam ni la dia nk wat hal. Mintak ngan Jebat (mata menjeling kearah jebat yang sedang enak menghirup kopi tadi, matanya masih kusyuk mengadap laptop. Ngee..x mungkin…huh…mata menjeling Jam di dinding, kol 10, malam masih muda (bagi aku la). Mata pun masih segar buat paper lagi bagus. Terus beg tanganku capai, pendrive ku capai, kakiku lantas diatur untuk kebilik sebelah memandangkan laptop ku disana. Esok cuti boleh la aku stay up malam ni…hehe

Nak kemana?

Buat kerja.


14: Lia…oh Lia

Wajah lia yang terpinga dan menahan marah pagi tadi mengusik hatiku yang telah lama sunyi. Comel. Rasanya bukan susah sangat nak menjinakkan hati Lia tu, Cuma perlu sabar dan berani saja.
Lia…Dahlia Malisa binti sulaiman, wanita yang dikahwini tanpa kuduga. Jodoh yang Allah tentukan untuk diriku..Jebat. Perwatakkannya jauh amat berbeza dengan Alisa. Alisa wanita sophikated yang sepatutnya menjadi isteriku. Wanita yang dipilih untuk menjadi ibu kepada anak2ku. Wanita yang telah menemaniku selama hampir 5 tahun. Wanita yang telah mengkhianatiku dengan menduakanku hanya kerana aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ini.

Mereka memang berbeza. Lia dengan sifat degilnya..suka mendiamkan diri..pasif..tapi lembut hati kalau kena gayanya. Lia dengan pakaiannya yang ringkas dan sederhana, tanpa sebarang make up, kulitnya yang sedikit gelap kekuningan..tidak suka bersosial…memang jauh berbeza dengan citarasaku  sebelum ni. Tapi kenapa hati aku terusik setiap kali berbicara dengannya. Akal aku tertanya apakah yang sedang bermain di fikiran Lia setiap kali dia berdiam diri. Tidak bosankah setiap kali hujung minggu dirinya hanya terperap dirumah. Apakah makanan kegemarannya? Apakah yang paling penting bagi Lia? Kenapa dia sambung belajar? Dan sekarang, hanya Lia yang memenuhi setiap akal dan hatiku. Bnyk perkara tentang Lia yang ingin diketahui. Adakah aku telah jatuh cinta dengan Lia?

“Oit!!Kalau yea pun rindukan bini, takkan dapat apa2 kalau setakat renung gambar je.” Sulaiman, sahabat baiknya menegur setelah sekian lama memerhati sahabatnya tersengih-sengih macam orang gila depan laptop.
Jebat yang terkejut ditegur begitu bingkas bangun dan menutup laptop dihadapan.
"Oii…lain kali ketuk la pintu ke bagi salam ke..y ko main terjah ni apahal?"
"Hee" Sulaiman cuma tersengih.
"Aku dah ketuk..salam pun dh bagi…tp ko tu y x dgr…kusyuk sngt do tenung gmbr bini ko tu..tau la bini ko lawa…"
"Ko nk apa?" Jebat menyoal
"Jom lunch"


13: BENCI

Benci!!BEnci!!Benci!!Benci!!Bennnnnciiiiiiii!!
Itulah perasaan Lia bila tersedar pagi tadi. Memang Jebat sengaja nak naikkan darahnya. Wajahnya selamba macam tak buat apa2 salah. Tak bersalah membuka tudungnya, tak bersalah mengangat dirinya kekatil, tak bersalah memeluk dirinya. Malah boleh lagi tersengih-sengih macam kera kena belacan..nasib baik Ibu ada, kalau tak memang ada la yang kepala benjol pagi tadi. Geram sangat!!
Bertambah geram bila dengan sengaja dia hulurkan tangan untuk aku salam depan Ibu, nak x nak terpaksa la aku sambut salamnya. Dan sepantas kilat sekali lagi dia ambil kesempatan mengucup pipi aku sebelum melangkah keluar untuk ke pejabat pagi tadi. Dan aku terpacak macam patung kat situ x mampu untuk buat apa2. Terkejut. Dia memang sengaja. Sengaja nak sakitkan hati aku. Dan sepanjang hari ini aku tidak mampu untuk membuat sebarang kerja, fikiran dan ingatan aku hanya dipenuhi perasaan benci pada JEBAT. Dia memang  Jebat, pahlawan yang menyusahkan orang. Suka membuat sesuatu tanpa memikirkan perasaan orang.


12: MAAF


 Jebat tersedar dari lena yang terganggu disebabkan tidak selesa. Mata meliar melihat sekeliling. Baru tersedar dia terlelap di atas kerusi panjang di ruang tamu. Entah pukul berapa dia terlelap semalam langsung dia tidak sedar. Dalam keadaan yang masih mamai, tangan mematikan televisyen yang terpasang kaki melangkah perlahan menuju ke bilik. Dengan perlahan pintu bilik dibuka, tidak mahu mengganggu tidur si penghuni di dalam. Hatinya hampa melihat katil yang kosong. Hatinya berbisik “takkan dia tidur di dalam biliknya?”..dengan berat kakinya tetap melangkah ke katil yang kosong. Selimut ditarik, mals memikirkan ketidak sudian isterinya..tapi tetiba matanya tertancap pada beg sandang Lia yang terdampar berhampiran meja kerjanya. Bingkas dia bangkit, mendekati meja kerjanya. Mata melihat Lia yang tertidur disitu. Dalam keadaan yang masih bertudung. Dengan perlahan kakinya menghampiri Lia, hatinya berdebar. Dihadapan  Lia kesempatan diambil untuk memerhati wajah polos Lia yang terlena. Hatinya sayu melihat pipi yang basah. Hatinya sakit bila memikirkan sebab Lia menangis. Benci sangatkah Lia dengan ikatan perkahwinan ini? Atau benci sangatkah Lia padanya sehingga langsung tidak mahu menerima dirinya sebagai suami.

Lia bergerak perlahan membetulkan kedudukan kepalanya yang mungkin tidak selesa mengejutkan Jebat yang terpana seketika. Dengan perlahan Jebat mencempung badan Lia ke katil. Badan Lia diletakkan perlahan agar tidurnya tidak terganggu. Tudungnya dibuka perlahan membebaskan rambut panjang Lia bebas bernyawa. Tanpa sedar, dahi Lia dikucup lembut sambil bibirnya mengungkap lembut perkataan maaf yang tidak mampu untuk diluahkan.
“Maafkan saya…saya janji akan pulangkan kebahagiaan awak”.
Tetiba bibirnya mengorak senyum memikirkan reaksi Lia sekiranya  dia tahu apa yang telah dilakukannya tadi. Dan malam itu tidurnya sangat lena sambil memeluk Lia disisinya.


11: SEBAK



Aku tidak pasti berapa lama aku telah memasuki bilik KAMI.  Bilik yang dipenuhi hiasan yang indah. nyaman dan tenang dan wangi. Selayaknya kamar yang dihuni pengantin baru. Kakiku melangkah perlahan melawati  kamar yang dihias  indah ini. Dan mataku terhenti pada bingkai gambar di atas meja kerja Jebat. Gambar persandingan kami. Tanpa aku sedar bibir tubir mataku terasa panas, pandanganku mula kabur. Pipiku basah. deraian air mata mengalir tanpa mampu aku tahan. Dadaku terasa sesak. Sukar sekali untukku bernafas. Aku tidak tahu perasaan apakah ini? Sakit…sakit sangat. Sukar skali untuk ku mengerti. Hanya air mata yang mampu meluahkannya.




DC 10 : LEGA



Entah mengapa pabila melihat wajah Lia yang kepenatan dan berkali2 memohon maaf atas kelewatan kepulangannya tadi menyejukkan hati yang tengah panas mengelegak. Apatah lagi pabila merenung matanya yang suram dan tidak bermaya. Aku tahu dia sengaja. Kalau boleh dia juga tidak mahu menipu tapi  tiada pilihan y lain. Pilihan yang ada adalah menipu atau lari. Kerana pilihan yang lain adalah melibatkan hati, jiwa dan raga yang telah aku rampas daripadanya.


sudah hampir sepuluh minit Lia memasuki bilik "KAMI", bilik yang tidak pernah dia kunjungi. Telinga aku dipasang untuk mendengar bunyi dari bilik walaupun mataku  berpura-pura sedang kusyuk menonton televisyen, yang memang sejak petang tadi lagi terpasang semata-mata untuk mengalihkan fikiran dari berfikir tentang Lia. Namun hakikatnya aku tidak dapat mencerna apapun celoteh yang kelauar dari tv. Fikiran akau melayan memikirkan tentang hubungan kami yang dingin umpama salji. Ada tapi tiada. Sampai bila akmi harus begini? Nasib baik Ibu telah masuk berehat di dalam bilik tetamu. Mungkin penat menaiki bas tadi belum hilang.  Kalau tak jenuh juga aku perlu menjawab soalan2 cepugangsa darinya, sejak petang tadi lagi aku cuba mengelak. Mungkin kerana aku anaknya, dia mampu meneka setiap jawapan yang lahir dari bibirku benar atau tidak.


DC 9: Masa

Mungkin ibu dah sampai petang tadi, sebab semalam dan pagi tadi Jebat telah mengingatkan aku tentang waktu kedatangan ibu. Dia juga mengingatkan aku untuk pulang awal. Nadanya SERAMMM....

Tapi aku tidak boleh membohongi hatiku. Aku belum bersedia untuk berjumpa ibu. Nasihat ibu dan permintaannya masih tergiang-giang dalam kepalaku. Meminta aku untuk terima sepenuh hati anaknya dan menjaga anaknya sebaik mungkin. Harapan yang dimiliki oleh mana-mana ibu yang terbaik di dunia untuk anaknya.

Sepanjang hari aku gelisah, aku takut, aku x tau bagaimana nak bereaksi. Dan akhirnya aku terperangkap disini, dicelah-celah rak buku yang tinggi. Dalam kesejukkan penghawa dingin, dan juga kebekuan hatiku.
 Setiap detik aku mengharapkan agar masa berlalu dengan pantas. Agar semua ini akan berlalu pabila aku keluar dari persembunyianku.

Jam telah menghampiri pukul 10 mlm, kakiku masih berat mashu melangkah. Seolah-olah ada beban 10kg di atasnya. Aku harus pulang, perpustakaan telah bersedia untuk menhentikan operasinya. Aku cuma boleh berharap mereka telah masuk tidur dan beristerehat.

10min berlalu ku rasakan sangat lama, perjalanan dari perpustaan ke rumah sewa kami terasa begitu jauh, lampu masih cerah. Dengan lafaz basmalah aku membuka grill dan memberi salam y amat perlaha. dan aku mendengar jawaban salam dari Ibu mertuaku. Jantungku berdegup laju. Jebat dibelakang memandang tajam. Ibu segera memelukkan selepas aku menyalam tangannya. Semuanya begitu pantas dan canggung. selepas berbual seketika aku meminta diri. dan disini didalam bilik "KAMI",aku berdiri.



DC 8: TENSION

Esok sudah hujung minggu, ini bermakna esok ibu akan datang. Ahhh...kenapa dia mesti datang sekarang?kenapa x boleh ja biar aku dan anaknya hidup aman sikit? bagi kami masa untuk tenangkan perasaan. bukannya dia tidak sedar akan hubungan kami yang dingin.

kalau dulu masa majlis rumah dia, bukan dia tak sedar aku asyik berkurung ja dalam bilik. kalau keluar pun bukannya boleh tenangkan jiwa. ada ja mata yang tak puas hati memandang, ada sahaja benda yang tak kena dimata mereka.  maklumla, bidan terjun. walaupun bukan semua yang kenal bakal isteri Jebat tapi biasala kabar angin tersebar dengan cepatnya. dan inilah lagi satu perkara yang menyebabkan aku rasa nak ja bunuh si Jebat tuh...ikut sngat perangai hang jebat pahlawan terulung yang ingin membela sahabat yang sngt disayanginya sehingga sanggup menderhaka kepada raja. Inilah resmi Jebat tu, pentingkan diri, dah pengantin dia lari, aku pulak jadi mangsa. Entah-entah malam tu pun komplot dia x?konon2 buat baik nak tolong aku tp ada udang disebalik batu. orang zaman sekarang bukan boleh percaya sangat. malah malam sebelum kami bertolak ke sini, ibu dah bagi warning siap-siap kat aku...x da la warning sngt..tapi nasihat...cuma sbb perasaan aku masa tu pun bukan la betul sngat jadi aku memang x suka la dengar nasihat tu...dan ketaksukaan aku itu jeals terpancar diwajahku yang suci dan bersih ini..inilah lagi satu kelemahan aku, wajahku bukan pandai berbohong.

kini, esok dia akan datang, entah macam mana aku nak layan. Jebat memang dah bagi warning awal-awal BEHAVE.....huhuhu..macam mana ni....ahhh TENSION.

bab melayan tu satu hal, ni bab bilik ni macam mana...alahai...cakap kat Jebat ari tu dia boleh dengan selambanya cakap.

"saya x da masalah, sbb saya memang dah duk bilik utama,yang memang sepatutnya menjadi bilik kita, malah saya juga minta awak duduk bilik tu, tapi awak yang x nak, jadi saya x nak paksa, cuma kalu ibu atau sesiapa tnya, pandai2 la awk"...jeda sekejap, kemudian menyambung dengan nada yang sederhana tapi tegas "cuma awak pasti boleh tahu apa yang saya akan buat kalau ibu saya x suka dengan cara awak....ingat awak cuma perempuan..." dan dia berlalu pergi. dan belum sempat aku nak proses segala kata-katanya, dia berhenti sesaat dan berpaling kemudian dush!!kata-kata membunuh terlontar indah dari bibir yang memang x diinsurankan tu..satu2nya kelemahan aku..

"kalau boleh saya x mahu sesiapa tahu apa yang terjadi dalam hubungan kita sekarang, cukup-cukuplah mereka risau pasal kita, dah banyak air mata mereka tumpah kerana kita..kita dah cukup dewasa untuk membahagiakan mereka"

jadi bagaimana???Ahhhhhhhh!!!TENSION.


DC 7: IBU

Setelah mengucapkan salam, Jebat melangkah menghampiri sofa dengan lemah sekali. Wajahnya juga kusut dan kebimbangan. HTC itu diletakkan diatas meja kopi.

Lia..panggilnya perlahan. Cuba menyatakan sesuatu.

Lia hanya menyahkan panggilan itu.TV ditonton seolah-olah tiada manusia lain di situ.

Jebat bangun dan menutup suiz TV. Apabila pandangan mereka bertemu, dengan sekali lafaz
" IBU NAK DATANG HUJUNG MINGGU NI, SAYA NAK AWAK BEHAVE DAN JADI MENANTU YANG BAIK. FULL STOP" 

dan dia pun berlalu membiarkan aku terpinga-pinga menghadam segala kata-katanya.


DC 6: MERAJUK

Sebulan sudah perhubungan bisu ini berlangsung. Merajuk? mungkin.atau lebih tepat protes atau entah la. aku x jumpa perkataan yg sesuai. cuma ak x merasa untuk berkomunikasi atau lebih tepat berbicara dengan sesiapapun. dah kalu sebelum ni mereka tidak mahu mendengar penjelasan aku, buat apa minta aku berbicara sekarang. dah tak de gunanya. lantak la.

Deringan telepon mengejutkan aku dari lamunan, mana pulak tuan punya hp ni..telefon letak merata..tuan entah ke mana..bingit betul. aku cuma membiarkan telepon tu menjerit. bantal di kerusi aku campak keatas hp. mengurangkan sedikit volumenya. aku masih meneruskan pemerhatian aku pada cerita di TV. tangan masih rajin menyuap keropok ke dalam mulut.

" tolong angkat call tu, tgn saya bz ni". mamat tu menjerit dari atas. ntah apa2 yang dibuatnya dalam bilik tu.kacau daun betul nk nonton pn tak senang.. x kan la x leh tggl langsung keja tu...kalu tau tgn nk guna pki la headphone ke apa ke siap2...x la menyusahkan aku...ni aku jugak yg kena jadi operator dia...ahh malas arr...kalu urgent angkat sendiri....


DC 5: KENAPA??

Kenapa aku harus berada di sana? kenapa aku yang perlu selamatkan dia? kenapa aku setuju berkahwin dengan dia? terlalu banyak persoalan kenapa yang muncul dalam benakku. tetapi satu jawapan sahaja yang pasti. TAKDIR.

aku cuma mahu mencari ketenangan, kehilangan alisa pada saat-saat akhir perkahwinan kami memang membingungkan. semua orang menyalahkan aku. Kerana aku yang meminta pertunangan ini diputuskan. sedangkan mereka tidak tahu bahawa alisa yang curang.

masa cuma tinggal seminggu, semua persiapan juga telah dibuat, jiran-jiran, saudara mara sudah dimaklumkan.linangan air mata ibu betul-betul menyayat hati. menusuk sembilu.x sampai hati untuk aku memalukan ibu.tapi bagaimana?

tapi takdir Allah Yang Maha Besar memang tiada siapa tahu, air muka ibu mampu dijaga. tapi maruah seorang gadis yang tak bersalah telah dicemari. Bukan niatku mengiakan apa yang berlaku. Tapi bila sergahkan abah lia ketika itu sangat menyedarkan aku ini bukan perkara biasa. Maruah keluarganya perlu diselamatkan. Air mata ma mengingatkan  aku kepada air mata ibu. memang aku x mampu.

walaupun wajah lia merayu aku mengatakan tidak, tapi aku x tau kenapa hatiku menyuruh aku mengatakan ya. dan bila aku mengatakan aku akan bertanggungjawab, aku dapat melihat kelegaan pada wajah mereka. walaupun wajah meraka masih diliputi kekecewaan. laungan lia membantah tiada siapa yang ambil kira.dan keputusan muktamad diambil. DAHLIA MALISA BINTI MOHD DAIM kini telah selamat menjadi isteri JEBAT DANIEL BIN SULAIMAN yang sah. menutup segala masa silamku yang didusta.



DC 4: PASRAH


Pasrah. itu sahaja perkataan yang wujud dalam hati aku untuk menguatkan semangat menghadapi ujian ini. ujian yang paling berat aku terima seumur hidupku ini. pertama kalinya aku melihat wajah kecewa kedua ibu bapaku.kecewa yang amat  kerana aku telah mencontengkan arang ke muka mereka.

Ma! Abah! maafkan aku bukan niatku. malah bukan juga perancanganku. semuanya kerana aku hadir pada masa yang salah dan pada waktu yang salah. bukan sesuatu yang boleh aku kawal. ia sudah tertulis.

seiring dengan masa berlalu, aku juga selamat bergelar isteri kepada lelaki yang asing. tidak pernah ku kenal dan dirancang. GILA. ya satu keputusan yang aku rasa gila sekali pernah aku ambil.kalu ikutkan hatiku memang aku x akan buat keputusan ini. tapi kebahagiaan ma dan abah aku lebih penting pada saat ini. dan kerana itu aku pasrah saja menerima lelaki asing itu dalam kehidupanku kini.




Monday, October 13, 2014

i am fine

I AM FINE.
REALLY I AM FINE.
EVERYTHING WILL BE OK.



Hadir

Bila rasa itu hadir
Aku sering keliru
Bila rasa itu tiba
Aku sering tertanya
Benarkah?

Bila rasa itu mati
Aku sering menangis
Bila rasa itu hilang
Aku sering kekosongan
Haruskah?

Tapi mengapa aku sering menolak rasa itu?
Sengaja membiarkan rasa itu mati
Sengaja membiarkan rasa itu pergi
Dan akhirnya aku pasrah keseorangan.

PAINFUL

Something that deep hurt out heart
Still remind as a scar
Even we think we already forgive and forget

But
It could suddenly comeback
Without we ready to remember it
Without we ready to treat it again

Hurt and more hurt
Become our heart dumb
Become our heart numb
Helpless



WHAT IS LOVE??

LOVE IS MAGIC THING
LOVE IS UNREAL THING
IT CAN BECOME MADNESS
IT CAN BROUGHT A WAR
IT CAN BROUGHT A PEACE

IT JUST A WORDS
WITHOUT SPECIAL CHARACTER
IT JUST A FEEL
WITHOUT SPECIAL EMOTION
BUT IT TOO BIG TO IGNORE
TO NEGLECT

FALL IN LOVE IS CONFUSING
STAY IN LOVE IS ENDURING
DEEP IN LOVE IS HAPPENING
OUT IS LOVE IS SUFFERING


Tuesday, April 15, 2014

Masa Yang Terhenti

Aku menoleh kembali arkib post yang aku tulis di dalam blog ini. Ianya terhenti pada March 2013, dan post yang terbaru aku tulis adalah March 2014. SETAHUN....SETAHUN masa bagi aku terhenti dari kehidupanku yang normal kepada kehidupan yang penuh depression. Jatuh, bangkit, hilang, kecewa, bangkit, berjuang dan tewas.

ku kumpulkan sisa-sisa semangat yang masih berbaki untuk ku mencuba lagi

TRY AGAIN. It TIME TO fight. CATCH A FALLING STAR, EVEN THE TEAR ARE FALLING,GIRLS DON'T KNOW, I WISH, I HOPE, the MEMORY is CLING to me. it my own FREEDOM. because they ALWAYS BE MINE. the THEORY OF HAPPINESS is my MITAIKIN (that i dont' have experience yet) FUTURE . My PAPER PLANE can fly high even the on RAINING day because it have a WING. I CONFESS. YOU ARE MY LIFE in my BRAND NEW DAYS. OH OH OH  I' M HAPPY with this REVOLUTION. a BEAUTIFUL WORLD to me is a LIFE LIKE A MUSICAL, MUSIC LIFE  that have A SONG FOR YOU, THE ONE that i TREASURES. SO TODAY, I CHANGE FOR YOU, FRIENDS, so that our FRIENDSHIP will BOOM BOOM BOOM. and i feel SATISFACTION even we are DISTANCE.

Friday, March 28, 2014

doakan MH370

Dah hampir sebulan tragedi yang menyedihkan telah melanda Malaysia dan masyarakat disekeliling yang prihatin. Kehilangan pesawat MH370.

kejadian ini mengingatkan aku perasaan semasa aku pertama kali terbang ke London pada tahun lepas. Walaupun itu bukanlah penerbangan pertama aku,tapi itu la penerbangan pertama aku bersendirian. Sebelum ini aku berkumpulan, jadi mungkin debaran itu kurang terasa kerana ada rakan yang kita kenali dan percayai bersama. Tapi kali ini,aku berseorangan. Perasaannya sangat berbeza. Berdebar, gembira, takut, gementar, semua ada. Ntah la bagaimana rupa aku ketika itu. Dari check in hingga ke platform sangat memdebarkan. Melihatkan kapal terbang yang berbaris menanti giliran untuk berlepas umpama semut, tekanan semasa berlepas, getaran semasa menempuhi awan masih terasa dan mungkin x akan aku lupakan.
alhamdullilah, penerbangan yang lancar dan selamat telah aku lalui, aku x pasti sepanjang perjalanan adakah aku benar2dapat tidur dgn lena atau x, tapi semasa perjalanan balik aku tidur dgn lena haha..mungkin kepenatan seminggu meredah bandar London.
tapi yang paling aku rindu bila menaiki kapal terbang bila melihat diluar tingkap ketika matahari terbenam ataupun terbit. Sangat itu, segala perasaan takut hilang dan diganti dengan kekaguman terhadap ciptaan Allah swt. Subhanallah, sngt indah.
Doakan kita akan menemui MH370.InsyaAllah.