The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Monday, November 24, 2008

monolog seorang aku:Monolog 5


Kini sudah hampir satu semester aku di sini menghabiskan pengajianku. Mendaki satu lagi anak tangga ke arah hidup yang lebih matang dan bahagia.aku harap aku mendaki...bukan kemenuruni...walaupun tangga kali ini agak curam berbanding tangga2 sebelum ini....dan agak penat aku inin mendakinya...tp aku percaya aku akan berjaya...kerana aku tahu...di bawah aku ramai orang yang menyokong aku...yang bersedia menarik..menolak aku agar aku tidak tersungkur...tergolek...dan teruling ke bawah.

monolog seorang aku:Monolog 4



Aku selalu terkeliru dengan pemikiran hati, perasaan dan akal. Mereka saling bercakaran untuk menegakkan buah fikiran masing2 dan akhirnya aku yang pening. Aku tak dapat membezakan antara yang batin dan zahir...dan akhirnya aku masih lagi disini...masih meneruskan perjalanan yang berliku ...tak pasti...dan kelabu.aku tidak pasti sama ada ini keputusan yang tepat atau tidak tapi bagiku...ini adalah yang terbaik untuk masa ini...walaupun kadang2 perasaan sesal dan kecewa menguasai diri. perkara yang aku takuti kini semakin menghampiri aku...dulu sekurang2 aku ada penghalang namun...sekarang benteng pertahanan aku agak rapuh...bila2 masa sahaja boleh runtuh dilanggar tsunami. Aku perlu kukuhkan kekudaku agar aku tidak jatuh trsungkur...bagai nangka jatuh ke tanah..apapun aku perlu...aku mesti.

monolog seorang aku:Monolog 3


Cuma tinggal satu sem lagi untuk ku menamatkan pengajianku.dan ini bermaksud aku tidak mempunyai banyak masa lagi untuk ku habiskan dengan berfikir kemanakah hala tujuku. Adakah aku ingin bekerja atau meneruskan lagi pengajianku disini. Mampukah aku bertahan untuk 2 tahun lagi. Atau aku perlu meneruskan perjalanan hidupku dengan bekerja, keluar dari sini. Tapi aku rasa aku belum bersedia untuk bekerja. Bekerja bermaksud aku perlu lebih bertanggungjawab, perlu lebih matang dan lebih berani. Aku perlu memikul tanggungjawab ke atas diriku sepenuhnya, pada keluargaku, pada sekeliling. Aku tidak boleh lakukan kesilapan seperti mana aku lakukan semasa aku belajar disini. Aku belum bersedia untuk ini semua. Aku masih perlukan mereka. Pilihan kedua sambung belajar bermaksud aku perlu habis hari-hari aku dengan perkara yang sama yang aku lakukan disini. Aku juga mungkin tidak mampu untuk memperluaskan lagi pergaulan aku.......uh entah la amat susah untuk kuputuskan walaupun aku sering bertanya pada orang2 disekelilingku.kalau aku sambung belajar, apa pula selepas itu, jadi lecturer atau bekerja dalam kerajaan. Adakah aku mampu untuk bersaing dengan para graduan yang lebih bijak dari aku. Adakah aku akan bernasib baik seperti sekarang atau nasib dan takdirku berubah. Ini belum lagi masuk bab kahwin.......lagi pening. Tak nak kahwin boleh tak........haha satu kenyataan yang agak mustahil akan berlaku tapi mungkin berlaku........

monolog seorang aku:Monolog 2


Kini hampir 4 tahun aku disini hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk aku menamatkan pengajian aku di sini. Beberapa bulan yang akan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengejarnya. Hari- hari , minggu-minggu dan bulan silih berganti, mereka tanpa rela meninggalkan aku tanpa memberi sedikit pengertian dan kenangan yang mampu aku kenangi.
Rakan-rakan ku dimana mereka? Aku sering tertanya bagaimanakah untuk berkawan . Apakah aku perlu korbankan prinsip dan cara hidup aku hanya kerana aku ingin menjadi sahabat mereka, namun aku sedar hidup tanpa sahabat adalah sesuatu yang merugikan, tanpa mereka kita seolah-olah tidak penting dalam dunia ini.Apa-papun aku akan tetap menjadi aku seorang remaja yang kuno, buta akan fesyen , makanan barat , bisu akan perkara yang tak penting pekak pada pandangan orang; ya mungkin aku mematikan segala deriaku hanya kerana aku ingin meneruskan hidupku dengan lancar.
Aku perlu berkawan dengan musuh dan menjadikan kawanku sebagai musuh bukan niatku untuk melakukan begini namun ini yang ku lakukan . aku baru perasan tindakkan ku tidak selari dengan segala apa yang aku fikirkan.

monolog seorang aku:Monolog 1



Aku adalah seorang anak perempuan kecil yang mulai berubah menjadi seorang wanita dewasa. Aku menempuhi dan menjalani hidup yang dipenuhi dengan seribu satu cabaran ini dengan satu matlamat mencari kebahagiaan abadi. Aku tahu tidak mungkin aku akan mendapatkannya didunia ini kerna kebahagiaan abadi hanya ada disana. Oleh itu, aku hanya mampu mencapai kebahagiaan sementara di sini. Sekarang aku sedar,Apa yang selalu orang bagitahu bahawa kita hidup di muka bumi yang permai ini hanyalah sebagai seorang pelakon adalah benar. Berlakon tanpa skrip, memainkan watak masing-masing. Sekiranya lakonan kita tidak memuaskan hati,teruk,dan menyebabkan perjalanan kita susah pastinya kita akan menyalahkan takdir. Siapakah takdir? Sememangnya kita perlu percayakan Qadaq’ dan Qada yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Namun takdir boleh berubah mengikut keputusan yang kita pilih. Seperti mana yang berlaku pada aku hari ini. Keputusanku untuk melanjutkan pelajaran disini aku tidak boleh menilaikannya samaada tepat atau tidak. sememangnya aku memilih menghabiskan beberapa tahun di sini untuk mencari seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk kegunaan aku suatu hari nanti. Walaupun sekali aku tidak pernah jatuh hati pada tempat ini namun aku harus terima kerana ini adalah pilihan aku. Untuk menerima hakikat ini aku tidak tahu berapa tahun yang aku perlukan kerana kadang-kadang aku akan menyalahkan takdir membawa aku ke sini. Aku tidak temui lagi apa muslihat dan hikmahnya aku disini. Mungkin setelah aku meninggalkan tempat ini suatu hari nanti aku akan temui jawapan terhadap soalan yang selalu bermain dimindaku sepanjang berada disini.

Aku tidak pernah betul-betul bahagia dengan apa yang aku lakukan di sini. Aku telah lakukan banyak perkara yang diluar kepakaran dan minatku. Semakin hari aku semakin terlupa apa yang paling membahagiakan aku. Apa yang membahagiakan aku sebelum ini. Kenapa aku berasa asing walaupun aku berada dikalangan rakan-rakan seperjuanganku apatah lagi aku berada dikalangan rakan-rakan yang baru ingin dikenali? Kenapa berasa kekok, janggal malah aku menjadi bukan aku. Aku menjadi seseorang yang lain yang aku tidak kenali yang tiada siapa kenali.

Apabila aku melihat orang lain bahagia dengan keputusan yang mereka pilih walaupun mereka merasakan susah tapi mereka mampu untuk berseronok dan bergembira, hati aku berasa panas seolah-olah ingin meletup.aku berasa cemburu.dan aku mula bertanya apa yang aku ingin capai dalam hidup ini sebenarnya....

Saturday, November 22, 2008

apakah tamatlah sudah pencarianku...



Hati berdetik berbicara
Menggunakan bahasa bisu
Memendamkan segala kata
Menyebabkan hati bertambah pilu

Lidah berbicara manis
Menuturkan kata bait-bait puisi
Irama sedih pilu menangis
Mengalunkan irama menghiris emosi

Irama bertukar lagu
Beralun mengikut melodi
Susunan lirik mengikut kata hati
Ayuh nikamtilah irama ini

Sendu menghiris kalbu
Menyusun diari –diari silam
Aku bertanya pada diriku
Apakah masa depanku karam

Cahaya menerangi hatiku
Menusuk tembus kesanubariku
Aku terpana terpegun akan tangisku
Apakah tamatlah sudah pencarian ku

Apabila tiba masanya.....



Apabila tiba masanya
Sesuatu perasaan yang aneh akan terbit disudut kecil hati kita
Bagaimanakah untuk kita mentafsirkan hbahawa perasaan itu cinta

Apabila tiba masanya
Kita akan berjumpa seseorang yang amat mendebarkan jiwa
Mengoncang naluri, menusuk dikalbudan
Kita akn bertanya diakah milikku?

Apabila tiba masanya
Kita akan merasa kecewa dan letihdengan sesuatu hubungan
Maka timbullah pertanyaan
Mampukah ia bertahan?

Dan pastinya
Kita akan sentiasa bertanya pada diri kita
Pada orang lain
Akan sesuatu yang kita tidak pasti
Namum jawapannya hanya satu
Dan hanya diri kita sendiri
Yang mengetahui..

Berapakah harganya?








Betapa murahnya nilai seorang wanita
Adakah apabila bergelar kekasih
Segalanya adalah halal
Berpengangan tangan, berpelukan
Walaupun di khalayak ramai
Tidak adakah rasa malu di dalam dirinya
Adakah dia benar-benar yakin bahawa lelaki itulahbakal suaminya
Yang berhak diatas segala-galanya
Sekiranya tidak
Apakah yang mamapu diberikan lagi kepada suaminya
Adakah hanya mahkota yang diagung-agungkan
Bagaimana dengan kenangan dan memori bersama lelaki lain
Atau suaminya tidak kisah kerana kemodenan menutupi segala-galanya.

Mengapa adanya cinta disetipa balik luka
Dan mengapa ada luka disebalik cinta
Cinta itu buta, tapi mengapa ia dianggap menyuluh didalam kegelapan
Daripada luka lahirnya cinta

MAmA mana Ayah?

Anak kecil memanggil
Takut berada dalam kegelapan
Dikelilingi orang asing
Mama disisi membiarkan
Seolah-olah tidak mengerti
Ketakutan,kegelisahan, yang dialami oleh anak kecilnya
Si ayah pergi untuk memeuaskan keinginan
Tinggalkan ank di dalam ketakutan
Mampukah si anak mengatasi rasa takut itu?

cintaMu


Bagaikan siang tanpa mentari
Bagaikan malam tiada cahaya purnama
Tiada seri dan tiada keindahan
Tiada kenikmatan dan tiada perasaan
Hidup umpama lalang ditiup angina
Melangkah kemana kaki mahu melangkah
Behenti dimana mahu berhenti
Tetapi tiada destinasi terakhir
Hidup umpama gelas yang kosong
Jika tiada diri-Mu dalam jiwaku

C.I.N.T.A.



Sesungguhnya rindu itu lebih menyeksa daripada percintaan, namun begitu kesalan lebih mendukacitakan hati dan perasan.

Kecintaan kita kepada seseorang akan membuat kita terlena, tetapi kecintaan orang lain kepada kita akan memebuat kita manja.

Wujudnya satu harapan kebahagian dengan hadirnya cinta.
Kerna kehadiran cinta mampu mengubati luka.

Make all out, don’t control who you gonna be just being yourself
Cause you a good person in you heart.

Nyanyian tanjung sepi

Membaca cerita nyanyian tanjung sepi betul-betul membuai hati kita sebagai seorang muslim; bagaimana mampunya kita menyintai Allah S.W.T melebihi cinta kita kepada kekasih hati, mengorbankan cinta sesama manusia hanya kerana tanggunjawab kita untuk memastikan agama Islam tidak diporak perandakan oleh umat lain, memikul tanggugjawab sebagai umat islam amat berat sekali. Apatah lagi pada zaman serba moden kita. Di mana terdapat segenlintir umat manusia keliru atau jahil tentang agama ingin bercakap mengenai agama.

Kehadiran cinta seorang arjuna amat ditunggu, poligami dalam islam? sukar untuk dimengertikkan...seperti mana perumpaan madu itu racun, namun racun juga adalah penawar...jadi bagaimana kita mahu menerimanya...terpulang... tapi sekiranya iman kita senipis kulit bawang kita akan cepat terpesong dan itu sememangnya naluri manusia yang dipenuhi hasad dengki dan syak wasangka, tamak, dan rakus…susahnya ingin menjadi muslimah sejati ……….

Ya ALLAH kurniakanlah aku pembimbing untuk memimbingku ke jalan yang diredhaiMU
Sesungguhnya aku tergolong dalam golongan yang lemah

Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui

Amin.

Thursday, November 20, 2008

hanya kita yang tahu-jayjay n david

Gemersik suara
desir dedaunan membisik kan ke jiwa
melagukan cerita bersama airmata
berakhirnya sebuah perjalanan
Aku pun tertanya kiranya ada noktah berakhir darimu
Lalu aku termenggu
teringat bait yang dulu tiap yang mula pastikan berakhir

kini yang ada hanyalah sebuah nama
terukir untuk mengenangkan siapa
setahun sudah berlalu pemergianmu
hingga hanya suara batinnya

ku cari cinta selain darinya
namun tiada yang serupa
ku harus terima kau tiada pengganti
tuhan lebih menyayangi
makinku cuba pendamkan kisah lama
makin terasa kau disisi
pahit dan manis kisah kau dan aku
hanya kita saja yang tahu ooo

kini yang ada hanyalah sebuah nama
terukir untuk mengenangkan siapa
setahun sudah berlalu pemergianmu
aku rindu suara batinmu

ku cari cinta selain darinya
namun tiada yang serupa
ku harus terima kau tiada pengganti
tuhan lebih menyayangi
makinku cuba pendamkan kisah dulu
makin terasa kau disisi
suka dan duka kisah kau dan aku
hanya kita saja yang tahu

Tuesday, November 18, 2008

Friday, November 14, 2008

bintang by air


Bintang dilangit kerlipkan cahayanya ke setiap insan
malam yang dingin ku harap engkau datang memberi kerinduan disela mimpi-mimpinya

Friday, November 7, 2008

egois?????



penatnya rasa mggu ni....sakit kepala wooo...tp at least semalam syok dapat borak2 pasal lelaki zaman sekarang..hangat giler....ego, emo,sensitive, panas baran, n psiko....fuh...ssh betul nak describe...apa2pun masing2 ada pendapat sendiri dan yg pasti pendapat tu adalah hasil dr pengalaman hidup dan cara dibesarkan....macam aku..mgkin sbb aku dah biasa deal ngan orang ego n panas baran..yg boleh diketegorikan tak terkawal...so aku tak de la nak membenci orang macam tu...apatah lagi...aku pun ada ego aku n panas baran aku sendiri....apa yg penting....jangan sampai org boleh memperkotak katikkan keegoan aku hanya disbbkan aku perempuan...dan lagi satu bagi aku seseorg yg pentingkan ego dia..bermaksud dia ada prinsp dia sendiri...that why he is very interesting...normally org ada ego... have leadership characteristic..but, they also cepat panas baran...even kita rasa benda tuh...benda simple tp kita boleh sakit ati...then apa yg kita perlu buat? ha...kata ctu la kena tgk kepandaian kita tuk menjatuhkkan ego dia orang...biasanya kita kena wat dek je la....don't take it seriously....if not we get hurt....but..doesn't mean kita kena jatuhkan ego kita...just wait n see...because the egois..usually know think back what had he done...if he/she felt guilty..she/he just quite n try to be nice to us.....

so this is the time we play our role to make sure he/she doesn't repeat the mistake...then the end we will win....HAHA...i love it.

tp kalu yg psiko @emo ssh nak handle ma...biasa kalu ngan aku pastinya orang itu akan kecewa....

because i don't like THEM...too cerewet...ini tak boleh..itu tak boleh...ini tak betul..itu tak betul..huh sshnya..dunia...arghhhhh...