The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, December 9, 2009

Monolog seorang aku: monolog 9


seperti biasa aku hanya ingin meluahkan rasa terbuku didalam dada. krisis rumah tangga akibat tidak direstui oleh keluarga. didalam perhubungan antara lelaki dan perempuan mempunyai akan ada keinginan untuk hidup bersama dan nasihat aku untuk diri sendiri dan juga kekawan, biarlah ianya bermula dengan cara yg sebetulnya.sbb ingin bersama bererti kita akan berasa dalam satu dunia yang kita tidak ketahui atau alami sebelum ini sepanjang hidup kita. adat, budaya, tata hidup fiil dan sebagainya adalah perkara baru. kita kekadang akan mengalami kejutan budaya. hidup ini bukan hanya kita dan si dia tetapi kita dan keluarga si dia. sekiranya kita mengambil keputusan untuk bersama walaupun terdapat tentangan hebat dr keluarga si dia, yg kita perlu tanamkan dalam hati, minda dan jiwa kita, kita telah merampas hidup anak mereka sebelum mereka bersedia menerima kita. si dia mungkin abang, adik, anak harapan kakak dan seangkatan dengannya bagi seseorang. jadi bg aku kita berhak menerima hukuman, walaupun sakit, pedih menusuk kalbu, sehingga hanya tangisan yang mampu kita luahkan. hukuman yg paling biasa dan akan kerap kita alami adalan layanan dingin atau pergaduhan. jangan sesekali kita harapkan mereka akan terus menerima kehadiran kita hanya kerana kita telah menjadi isteri atau suami kepada seseorang yang teramat kita cintai. jangan sesekali menganggap mereka akan mampu menerima kemaafan kita hanya dengan meminta ampun. tentu sekali mereka tidak mampu menerima segalanya dengan mudah apatah lagi sememangnya hati mereka telah hancur, remuk dan lebur kerana perbuatan kita, kerana keputusan kita.sekiranya kita telah berada di dalam situasi ini, nasihat aku hanya la sabar dan bijak, buktikan yang kita sememangnya harus dimaafkan.berbaloi untuk dimaafkan. beli jiwa step by step, banyak memahami dan belajar dan pegangla beberapa peribahasa melayu
“air dicincang tak akan putus”
“alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan”
“sekeras-keras batu akan lekuk jua sekiranya kita berusaha untuk mencairkannya”
“sekeras2 kerak nasi akn cair jugak”
“besi yang keras pun akan bengkok jua sekiranya kita tetap nk bengkokkan”
“menarik rambut dalam tepung”
dan aku rasa banyak lagi la peribahasa yang menggambarkan usaha tangga kejayaan, tapi kena la pepandai dan lagi satu setiap kejayaan adalah terhasil dari perasaan kecewa dan bangkit semula one more important thing muka kena tebal tersangat, kena marah dan halau tu perkara biasa, bo layan itu adalah lumrah. So bg sesiapa yg berada didalam situasi ini bertindak bijak la..even kita dalam keadaan yg betul pon, tetap salah pada pandangan mata mereka.

No comments: