The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, December 30, 2009

GHAJINI



semalam, layan hindustan jap...GHAJINI...kisah cinta tragis yang dialami oleh sanjay singhania...pemuda kaya yang memiliki syarikat telekomunikasi air force dengan kalpana, model lincah yang mempunyai sifat happy go lucky, lurus dan sentiasa ingin menolong sesiapa yang dalam kesusahan. pertemuan yang tidak disangka disebabkan cerita rekaan kalpana untuk meyelamatkan diri daripada dipecat bosnya mengenai hubungannya dengan sanjay telah mendorong sanjay untuk bersemuka, tetapi takdir tuhan sanjay tertarik dengan kalpana yang melihatnya sebagai orang biasa.oleh itu sanjay memperkenalkan dirinya sebagai sachin.Malah ini juga mendorong sanjay untuk berkawan dan lebih mengenali kalpana. semakin lama berkawan semakin sanjay kagum dengan kalpana, sehingga dia jatuh cinta dengan kalpana.namun keindahan cinta mereka telah dirampas oleh gengster yang bernama ghajini hanya kerana kalpana menolong seorang mangsa semasa didalam keretapi.kalpana dibunuh dah sanjay dipukul sehingga dia mengalami satu penyakit yang dinamai "short term memory lost" yg mana dia hanya mampu unutk mengingat selama 15 min sahaja. walaubagaimanapun dia masih juga ingat samar2 kejadian tragis yang membawa pergi orang tersyg.oleh itu dia bertekad untuk membalas dendam. filem ini bagi aku boleh bagi 4 bintang setengah,kerana bagi peminat filem aksi ini bukanlah filem aksi sepenuhnya. hanya ada babak kejar-mengejar, dan bergaduh. tetapi filem ini ada jiwa. cinta yang abadi tanpa mengira harta, lagu yang best, dan perjalanan cerita yang menarik.walaupun sudah 2 kali akau menontonnya, aku masih rasa perasaan itu, yang sukar unutk diluahkan dengan kata2.apatah lagi aamir khan dalam filem ini sangat maskulin dan handsome hehe...

No comments: