The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, March 29, 2013

Keliru

Kenapa aku teringatkannya
Kenapa dia muncul dalam setiap ruang otakku
Kenapa dia hadir dalam mimpiku
Sungguh mengerikan

Dan sepanjang hari aku kebingungan
apakah perasaanku yang sebenarnya pada dia
atau ini hanya terpengaruh dengan Zuha
Ya Zuha..
yang menolak cinta Pak cik Wassim
yang merasa bersalah
yang merasa sedih


tapi keadaan aku berbeza
dia tak pernah meluahkan
cuma matanya
membayangkan cinta
perilakunya
mencorakkan cinta
walaupun aku tidak pernah bercinta
tapi aku bukanlah budak mentah
yang tidak memahaminya

atau ini hanyalah perasaan takut
kerana dia adalah lelaki baik
yang paling akrab dengan ku
yang istimewa di hatiku....sebagai teman....

1 comment:

Anonymous said...

cintala tu...janganla takut..cuba..bukan buat eksperimen tapi cuba terima seadanya..insyaallah..kata hati tak pernah menipu...jangan ego dengan cinta..nanti kita yang terseksa. dia mungkin tak pernah zahirkan tapi tak salah mencuba.