The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, March 29, 2013

Aku dan Topengku

perlukah wanita atau gadis mempunyai etika kod berpakaian yang berbeza-beza untuk situasi tempat yang berbeza?

aku mengerti sekiranya sesesorang itu mempunyai identiti yang berbeza, maksudku dirumah, ditempat kerja dan uga bersama kawan atau kekasih.mereka mempunyai sifat yang berlainan. tetapi perlukah mereka berpakaian yang berbeza?maksudku berbaju kurung hanya untuk kerja atau kuliah, kemudian berpakaian yang agak berfesyen apabila keluar berlibur bersama-sama rakan2, dan ada baju untuk acara-acara tertentu dan lebih ketara apabila pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga.

dulu aku pernah ada kawan sebegini (sekarang pun masih berkawan cuma jarang bertanya kabar kerana masing2 ada kehidupan masing2), ada baju untuk ke lab, keluar shopping, bersama kekasih, kerja, sampai kekadang sanggup meminjam hanya kerana tidak mahu identitinya ditukar.aku sebenarnya hairan, tapi sebenarnya ma aku juga begitu, cuma sebabnya adalah berlainan. sebab ibuku sama dengan sifatku. tapi mereka berbeza.macam mana untuk aku gambarkan dengan kata2 (ini adalah kerana aku tidak pandai mengambarkan situasi)

dan semenjak 3 menjak ini, sekali lagi aku berjumpa dengan orang sebegini malah sebenarnya perangai ini ada dalam setiap jiwa perempuan. jadi betullah wanita ini makluk yang kompleks. suatu masa dia boleh menjd sngat selekeh dan suatu masa dia amat kemas dan cantik.kalau aku pun terkeliru apatah lagi lelaki.Dan aku...

bagiku pakaian ku memang tidak jauh beza antara kerja, lab atau kemana2, yang penting adalah tujuan. Sekiranya aku mahu ke lab dan membuat kerja2 ofis dan perlu berurusan dengan ofis tentu sekali aku akan berpakaian semi formal dan sebenarnya ini adalah pakaian ku disetiap masa. cuma kekdg ketika aku ingin menjalankan exp aku akan berpakaian selekeh sedikit kerana aku amat menyayangi pakaianku (tapi itu bnyak yang rosak kerana kekadang aku terpaksa menolong orang tanpa dirancang, oleh itu aku jarang sekali memakai baju2 kurungku atau kebaya kesayanganku kerana takut rosak), tetapi aku juga kekdang berpakaian mengikut mood aku...saja....

tapi itulah aku, pakaian itu adalah diriku, topeng kepada kelemahanku, perisai kepada anasir2 jahat. sekiranya mood aku ari ni adalah untuk menjadi gadis yang ayu tentu sekali aku akan bergaya dan selalu aku akan mendapat pujian, maklumla selalunya aku berpakaian biasa2 sj.. tp ada juga sangat selekeh...berpakainnya seperti mana aku lepak dirumah bersenang lenang t-shirt dan jeans,cuma mungkin akan ada jaket sebagai penyelamat. ini juga yang aku lakukan bila bersama keluargaku... cma kebrutalan aku dalam berpakaian itu sj aku control sikit, sbb masyarat mungkin kurang senang...kerana itu aku hanya selesa dengan kemeja kosong dan jean...walaupun hakikatnya aku mempunyai bnyk identiti...tapi terpulang pada mood dan tujuan...jadi aku rasa aneh dan pelik kenapa perlu ada etika berpakaian begitu...seolah-olah tidak berbaloi untuk menghabiskan berpuluh2 ringgit hanya untuk dipakai sekali sekala...dan aku sngat berbangga dengan pakaianku...berbaloi2...jaker RM15 aku telah aku pakai sejak 5 tahun yang lalu...begitu juga dengan y lain2...smpi terkoyak...malah sekiranya aku mampu ku tampal akan ku tampal dan jadikannya sebagai fesyen yang baru...walaupun terselit rasa kurang yakin disitu...tapi aku suka....sebab itulah aku..dan pakaianku ada kenangannya sendiri...indah dan manis untuk dibuang.

No comments: