The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, March 29, 2013

Cuti

kenapa ada orang memilih untuk tidak meluangkan masa bersama-sama keluarga terutama ibu dan ayah apabila mereka mempunyai kelapangan dan peluang. Lebih sanggup bercuti berseorangan. i wonder???

tapi sebenarnya banyak sebab, maklumla sekarang kebanyakkan ibu bapa sangat sibuk, adik beradik dan yang lain2 juga. tapi mungkin mereka sentiasa berhubung.

tapi aku berlainan, memang kami berhubung, tetapi selalunya apabila ada sesuatu y penting untuk berbicara bukannya setakat bertanya kabar. yang selalu kami hubungi untuk bertanya kabar adalah ma kami, kerana beliau seorang yang kami perlu hubungi sentiasa, beliau adalah jambatan perhubung yang menghubungkan seluruh keluarga kami tidak kiralah dipihak mana. sekiranya menghubungi beliau segala berita dan cerita akan kami ketahui.

tidak menhubungi antara satu sama lain bukanlah kerana kami tidak mengambil berat atau tidak menyayangi. tetapi seperti ada satu kejanggalan di situ untuk sentiasa berhubung. Entah la kalau ini cuma perasaanku.

tapi yang pasti setiap kali aku berpeluang untuk bercuti, pastilah kedua ibu bapa ku yang akan aku ziarahi. Aku pasti akan pulang, paling lama aku tidak pulang mungkin 3 bulan dan kepulangan aku pastinya lama sekali. tapi pernah sekali aku tidak pulang hampir 6 bulan, alasan yang ku berikan sibuk, bnyk kerja tapi yang sebenarnya aku merajuk dan aku cuba untuk berpegang pada kataku untuk tidak pulang. ketika itu ada krisis yang sngat besar antara aku, abangku dan kak longku. memang aku jenis yang kuat merajuk,dan selalunya ia akan berlalu selepas beberapa hari, tapi kali itu memang aku benar2 merajuk. tapi malangnya selama 6 bulan itu aku terasa sangat bersalah.tiada siapa memujuk tetapi perasaan itu aku tidak boleh sembunyikan apabila aku bebicara tentang keluarga, dan apabila ma menhubungiku dan bertanya adakah aku tidak dapat balik.Tapi aku rasa terpujuk pabila secara tidak sengaja aku terjumpa seorang kaunselor semasa pertandingan, saja ingin mengenali personalitidan kerana itu rahsia aku diketahui olehnya,dan aku sedar tak kemana pun rajukku itu..dan bermula dari itu aku sedar merekalah segala2nya bagiku. walau macammana x suka atau benci sekalipun mereka adalah aku..membuang mereka umpama aku memotong mana2 bahagian dari badanku...sakit sekali...

dan pabila ada cuti yang lama sebegini, dan kampung halaman yang dekat, tapi tak pulang,,,memang menimbulkan pertanyaan, kalau sebab x de duit, boleh pulak bercuti ke tempat lain,malah semalam pulak, ada masalah ke?x kan saja2 kan?mcm ak lain la...fikir la bnyk kali untuk pulang, dengan deadline yang nk kena kejar, ngan perasaan malas yang sering kali mengacau tumpuan dan idup, dengan jauhnya perjalanan...dengan activiti2 y akan mengoda aku untuk berada lebih lama di sana...terpaksa la aku berkorban daripada terkorban kan....maklumla setakat seminggu mana la cukup bagiku..terutama tahun ini..keinginan untuk bermanja2 di rumah memang membuak2..uncontrollable...BAHAYA!!

No comments: