The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Thursday, March 21, 2013

Jemputan :(

Jemputan pertama:

Bulan ini ada jemputan untuk pertemuan semula pelajar-pelajar SKK tahun 2008 (yang sebenarnya telah berlalu minggu lepas). Aku  tidak menghadirinya. Noktah. Alasan; sibuk (Ya  kerana itu adalah alasan yang paling bersopan untuk didengari oleh pihak yang menjemput). Perasaan: terlalu ingin menghadirinya, tapi keberanian untuk bertemu rakan-rakan itu tidak cukup kuat, biarlah kalau ada yang mengatakan aku terlalu dramatik kerana berperasaan begitu, tapi itu yang ku rasa, jiwaku tidak cukup kuat untuk menghadapi mereka yang pernah sekelas denganku dulu bersama-sama teman masing-masing yang sememangnya aku tidak kenali.

Jemputan kedua:

Minggu ini ada majlis perkahwinan rakan sekelasku semasa di sekolah rendah hingga menengah, sepatutnya hampir 10 tahun aku mengenalinya (3 1/2 sek ren + 5 Sek Men + 1 Matrik). Memang aku telah mengetahui tentang majlisnya awal lagi, bulan lalu, tapi baru dijemput secara rasminya minggu lepas oleh empunya badan. Sedih :). Dan sebenarnya aku terasa seperti mahu merajuk (tak mau la pulang). Tapi semakin dekat dengan harinya, hati ini tetap membuak-buak mahu pulang untuk merainya. Namun, aku ada komitmen yang tidak la berapa penting pun kat sini, yang mengikat langkahku untuk teruskan rasa hati. Entah ada rezeki atau tak untuk ku pulang, kerana masa yang singkat dan perjalanan yang jauh. Ahh...ini lah yang membuatkan aku tidak menyukai berada di perantauan yang serba salah begini.....Dekat tapi Jauh...

Jemputan ketiga:

Minggu ini, sehari sebelum kenduri rakanku itu, aku ada majlis keraian bersama-sama adik-adikku disini, inilah yang mengikat hatiku untuk pulang, bisa saja aku tangguhkan majlis ni, tapi sekiranya aku tangguhkan maksudnya lama lagilah untuk aku memegang amanah itu, Dan adakah kesempatan yang lain lagi? Ahh...dilema- dilema...lagipun kesian adik-adikku, telah beberapa kali ditangguhkan...

Jadi bagaimana?

mood: Sangat dengki dengan rakan yang tahu bagaimana untuk bersuka-ria...dan menikmati kebahagiaan yang tercipta untuk mereka. (..tergiang2 di otakku....Bawa aku pergi...pacu laju-laju...kita lari dari realiti...)

 

1 comment:

Anonymous said...

nikmati hidup seadanya... istikharahlah..bukan unuk jodoh semata-mata tapi untuk bahagia.