The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Monday, November 24, 2008

monolog seorang aku:Monolog 3


Cuma tinggal satu sem lagi untuk ku menamatkan pengajianku.dan ini bermaksud aku tidak mempunyai banyak masa lagi untuk ku habiskan dengan berfikir kemanakah hala tujuku. Adakah aku ingin bekerja atau meneruskan lagi pengajianku disini. Mampukah aku bertahan untuk 2 tahun lagi. Atau aku perlu meneruskan perjalanan hidupku dengan bekerja, keluar dari sini. Tapi aku rasa aku belum bersedia untuk bekerja. Bekerja bermaksud aku perlu lebih bertanggungjawab, perlu lebih matang dan lebih berani. Aku perlu memikul tanggungjawab ke atas diriku sepenuhnya, pada keluargaku, pada sekeliling. Aku tidak boleh lakukan kesilapan seperti mana aku lakukan semasa aku belajar disini. Aku belum bersedia untuk ini semua. Aku masih perlukan mereka. Pilihan kedua sambung belajar bermaksud aku perlu habis hari-hari aku dengan perkara yang sama yang aku lakukan disini. Aku juga mungkin tidak mampu untuk memperluaskan lagi pergaulan aku.......uh entah la amat susah untuk kuputuskan walaupun aku sering bertanya pada orang2 disekelilingku.kalau aku sambung belajar, apa pula selepas itu, jadi lecturer atau bekerja dalam kerajaan. Adakah aku mampu untuk bersaing dengan para graduan yang lebih bijak dari aku. Adakah aku akan bernasib baik seperti sekarang atau nasib dan takdirku berubah. Ini belum lagi masuk bab kahwin.......lagi pening. Tak nak kahwin boleh tak........haha satu kenyataan yang agak mustahil akan berlaku tapi mungkin berlaku........

No comments: