The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Monday, November 24, 2008

monolog seorang aku:Monolog 2


Kini hampir 4 tahun aku disini hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk aku menamatkan pengajian aku di sini. Beberapa bulan yang akan berlalu dengan pantas tanpa sempat aku mengejarnya. Hari- hari , minggu-minggu dan bulan silih berganti, mereka tanpa rela meninggalkan aku tanpa memberi sedikit pengertian dan kenangan yang mampu aku kenangi.
Rakan-rakan ku dimana mereka? Aku sering tertanya bagaimanakah untuk berkawan . Apakah aku perlu korbankan prinsip dan cara hidup aku hanya kerana aku ingin menjadi sahabat mereka, namun aku sedar hidup tanpa sahabat adalah sesuatu yang merugikan, tanpa mereka kita seolah-olah tidak penting dalam dunia ini.Apa-papun aku akan tetap menjadi aku seorang remaja yang kuno, buta akan fesyen , makanan barat , bisu akan perkara yang tak penting pekak pada pandangan orang; ya mungkin aku mematikan segala deriaku hanya kerana aku ingin meneruskan hidupku dengan lancar.
Aku perlu berkawan dengan musuh dan menjadikan kawanku sebagai musuh bukan niatku untuk melakukan begini namun ini yang ku lakukan . aku baru perasan tindakkan ku tidak selari dengan segala apa yang aku fikirkan.

No comments: