The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Monday, November 24, 2008

monolog seorang aku:Monolog 1



Aku adalah seorang anak perempuan kecil yang mulai berubah menjadi seorang wanita dewasa. Aku menempuhi dan menjalani hidup yang dipenuhi dengan seribu satu cabaran ini dengan satu matlamat mencari kebahagiaan abadi. Aku tahu tidak mungkin aku akan mendapatkannya didunia ini kerna kebahagiaan abadi hanya ada disana. Oleh itu, aku hanya mampu mencapai kebahagiaan sementara di sini. Sekarang aku sedar,Apa yang selalu orang bagitahu bahawa kita hidup di muka bumi yang permai ini hanyalah sebagai seorang pelakon adalah benar. Berlakon tanpa skrip, memainkan watak masing-masing. Sekiranya lakonan kita tidak memuaskan hati,teruk,dan menyebabkan perjalanan kita susah pastinya kita akan menyalahkan takdir. Siapakah takdir? Sememangnya kita perlu percayakan Qadaq’ dan Qada yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Namun takdir boleh berubah mengikut keputusan yang kita pilih. Seperti mana yang berlaku pada aku hari ini. Keputusanku untuk melanjutkan pelajaran disini aku tidak boleh menilaikannya samaada tepat atau tidak. sememangnya aku memilih menghabiskan beberapa tahun di sini untuk mencari seberapa banyak ilmu dan pengalaman untuk kegunaan aku suatu hari nanti. Walaupun sekali aku tidak pernah jatuh hati pada tempat ini namun aku harus terima kerana ini adalah pilihan aku. Untuk menerima hakikat ini aku tidak tahu berapa tahun yang aku perlukan kerana kadang-kadang aku akan menyalahkan takdir membawa aku ke sini. Aku tidak temui lagi apa muslihat dan hikmahnya aku disini. Mungkin setelah aku meninggalkan tempat ini suatu hari nanti aku akan temui jawapan terhadap soalan yang selalu bermain dimindaku sepanjang berada disini.

Aku tidak pernah betul-betul bahagia dengan apa yang aku lakukan di sini. Aku telah lakukan banyak perkara yang diluar kepakaran dan minatku. Semakin hari aku semakin terlupa apa yang paling membahagiakan aku. Apa yang membahagiakan aku sebelum ini. Kenapa aku berasa asing walaupun aku berada dikalangan rakan-rakan seperjuanganku apatah lagi aku berada dikalangan rakan-rakan yang baru ingin dikenali? Kenapa berasa kekok, janggal malah aku menjadi bukan aku. Aku menjadi seseorang yang lain yang aku tidak kenali yang tiada siapa kenali.

Apabila aku melihat orang lain bahagia dengan keputusan yang mereka pilih walaupun mereka merasakan susah tapi mereka mampu untuk berseronok dan bergembira, hati aku berasa panas seolah-olah ingin meletup.aku berasa cemburu.dan aku mula bertanya apa yang aku ingin capai dalam hidup ini sebenarnya....

No comments: