The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, December 30, 2009

dunia ini sederhana kecil



pertama kali aku membuat keputusan untuk memilih cinta ini aku merasa ragu2, best ke? aku pernah bukak blog bahruddin bekri nih, baca la sikit tulisan dia kat blog then memang bukan citarasa aku, oleh itu aku merasa ragu2 yang amat. DUnia ini sederhana kecil? apa maksudnya? aku pernah dengar dunia ni kecik bukan besar mana pun, dan ini kali pertama aku mendengar atau baca orang kata dunia ini sederhana kecil. tapi disebabkan aku nih bedal ja apa jenis cerita so aku tetap baca la cite nih.

buka bab 1, memang aku tak faham apa yang dia nak ceritakan. apatah lagi cara dia memperkenalkan watak sangat berbeza, lelaki muka berminyak jadi watak utama?apa kes? apa nama dia? latar? uhmmm..nama tempat yang memang tak wujud. ok. aku stop dulu lagi pun ada keje lain nk kena wat.

esoknya aku sambung, baca sampai bab 3, ok semakin memahami, falsafah kehidupan yg dia nk bagitau pun macam menarik gak..tp kena berhenti dulu sbb bosan skit..

2 ari kemudian aku sambung, then...jeng..jeng...jeng....aku baca smpi abis...hehe...then konklusinya aku SUKAAAAAAA sngt....dan ak faham apa yg dia nk cerita....hehe...jadi kepada kekawan don't judge the book by it's cover ok...macam cite love revolution gak ...awl2 memang tak best...tp lama2 melekat beb...dan aku suka bahruddin bekri....cerita beliau lain dr yang lain.....syabas....

gaRIs2 DeJAVU-John norafizan


kisah mistik yang menunjukkan kuasa ALLAH swt yang maha berkuasa lagi maha penyayang.Asraf, Nini, Laila, Sedek, Numair, Suraya, jack, damien, sulaiman, eilin, watak yang berbeza namun pengakhiran yang sama. sepanjang cerita mereka dalam percarian; Asraf mencari cintanya pada laila yang terpaksa ditinggalkan, Nini mencari cinta dan kemaafan drp asraf. sedek yuang mencari cinta pada Nini, begitu juga Numair, Suraya yang mencari kepercayaan pada agama dan cinta, Jack yang mencari suraya dan cinta, damien yang mencaari babanya yang menghilangkan diri juga ibunya yang terlantar koma, sulaiman yang mencari ayah kandungnya, dan eilin yang mencari cinta yang hakiki. mereka terikat pada pencarian itu. berlatarkan tiga negara Johor, malaysia, Jordan, dan England. penulis menggarap cerita itu dengan teratur.

GHAJINI



semalam, layan hindustan jap...GHAJINI...kisah cinta tragis yang dialami oleh sanjay singhania...pemuda kaya yang memiliki syarikat telekomunikasi air force dengan kalpana, model lincah yang mempunyai sifat happy go lucky, lurus dan sentiasa ingin menolong sesiapa yang dalam kesusahan. pertemuan yang tidak disangka disebabkan cerita rekaan kalpana untuk meyelamatkan diri daripada dipecat bosnya mengenai hubungannya dengan sanjay telah mendorong sanjay untuk bersemuka, tetapi takdir tuhan sanjay tertarik dengan kalpana yang melihatnya sebagai orang biasa.oleh itu sanjay memperkenalkan dirinya sebagai sachin.Malah ini juga mendorong sanjay untuk berkawan dan lebih mengenali kalpana. semakin lama berkawan semakin sanjay kagum dengan kalpana, sehingga dia jatuh cinta dengan kalpana.namun keindahan cinta mereka telah dirampas oleh gengster yang bernama ghajini hanya kerana kalpana menolong seorang mangsa semasa didalam keretapi.kalpana dibunuh dah sanjay dipukul sehingga dia mengalami satu penyakit yang dinamai "short term memory lost" yg mana dia hanya mampu unutk mengingat selama 15 min sahaja. walaubagaimanapun dia masih juga ingat samar2 kejadian tragis yang membawa pergi orang tersyg.oleh itu dia bertekad untuk membalas dendam. filem ini bagi aku boleh bagi 4 bintang setengah,kerana bagi peminat filem aksi ini bukanlah filem aksi sepenuhnya. hanya ada babak kejar-mengejar, dan bergaduh. tetapi filem ini ada jiwa. cinta yang abadi tanpa mengira harta, lagu yang best, dan perjalanan cerita yang menarik.walaupun sudah 2 kali akau menontonnya, aku masih rasa perasaan itu, yang sukar unutk diluahkan dengan kata2.apatah lagi aamir khan dalam filem ini sangat maskulin dan handsome hehe...

Wednesday, December 9, 2009

Monolog seorang aku: monolog 9


seperti biasa aku hanya ingin meluahkan rasa terbuku didalam dada. krisis rumah tangga akibat tidak direstui oleh keluarga. didalam perhubungan antara lelaki dan perempuan mempunyai akan ada keinginan untuk hidup bersama dan nasihat aku untuk diri sendiri dan juga kekawan, biarlah ianya bermula dengan cara yg sebetulnya.sbb ingin bersama bererti kita akan berasa dalam satu dunia yang kita tidak ketahui atau alami sebelum ini sepanjang hidup kita. adat, budaya, tata hidup fiil dan sebagainya adalah perkara baru. kita kekadang akan mengalami kejutan budaya. hidup ini bukan hanya kita dan si dia tetapi kita dan keluarga si dia. sekiranya kita mengambil keputusan untuk bersama walaupun terdapat tentangan hebat dr keluarga si dia, yg kita perlu tanamkan dalam hati, minda dan jiwa kita, kita telah merampas hidup anak mereka sebelum mereka bersedia menerima kita. si dia mungkin abang, adik, anak harapan kakak dan seangkatan dengannya bagi seseorang. jadi bg aku kita berhak menerima hukuman, walaupun sakit, pedih menusuk kalbu, sehingga hanya tangisan yang mampu kita luahkan. hukuman yg paling biasa dan akan kerap kita alami adalan layanan dingin atau pergaduhan. jangan sesekali kita harapkan mereka akan terus menerima kehadiran kita hanya kerana kita telah menjadi isteri atau suami kepada seseorang yang teramat kita cintai. jangan sesekali menganggap mereka akan mampu menerima kemaafan kita hanya dengan meminta ampun. tentu sekali mereka tidak mampu menerima segalanya dengan mudah apatah lagi sememangnya hati mereka telah hancur, remuk dan lebur kerana perbuatan kita, kerana keputusan kita.sekiranya kita telah berada di dalam situasi ini, nasihat aku hanya la sabar dan bijak, buktikan yang kita sememangnya harus dimaafkan.berbaloi untuk dimaafkan. beli jiwa step by step, banyak memahami dan belajar dan pegangla beberapa peribahasa melayu
“air dicincang tak akan putus”
“alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan”
“sekeras-keras batu akan lekuk jua sekiranya kita berusaha untuk mencairkannya”
“sekeras2 kerak nasi akn cair jugak”
“besi yang keras pun akan bengkok jua sekiranya kita tetap nk bengkokkan”
“menarik rambut dalam tepung”
dan aku rasa banyak lagi la peribahasa yang menggambarkan usaha tangga kejayaan, tapi kena la pepandai dan lagi satu setiap kejayaan adalah terhasil dari perasaan kecewa dan bangkit semula one more important thing muka kena tebal tersangat, kena marah dan halau tu perkara biasa, bo layan itu adalah lumrah. So bg sesiapa yg berada didalam situasi ini bertindak bijak la..even kita dalam keadaan yg betul pon, tetap salah pada pandangan mata mereka.

L.O.V.E



Love is a word which brings so many mean like problem, happiness, passion and worried. There are so much meaning of love that I found in the movies and drama that I have watched in a couple of days. But, I really interested on this quote, which is from English drama series Cupid episode 1, at TV8.

“LOVE doesn’t need to be smart, because LOVE is stupid, just need a brave to be in LOVE.”

Are this quote is true? I not sure, I thinks love need both. Smart and brave. Then we will find happiness. Do you agree with me? hehe. actually, I like this quote because I play to smart to be in love. I not brave to accept the fact that I have fallen in love with someone. When I feel a strange feeling I will deny it. I will kill that feel. it was hurt but, I think the heart broken is more hurt. My heart is like a paper heart, it will bleed, scratched or “koyak” very easier.

“Yesterday is a memory for today, today is the future for tomorrow”………sepi