The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

DC 9: Masa

Mungkin ibu dah sampai petang tadi, sebab semalam dan pagi tadi Jebat telah mengingatkan aku tentang waktu kedatangan ibu. Dia juga mengingatkan aku untuk pulang awal. Nadanya SERAMMM....

Tapi aku tidak boleh membohongi hatiku. Aku belum bersedia untuk berjumpa ibu. Nasihat ibu dan permintaannya masih tergiang-giang dalam kepalaku. Meminta aku untuk terima sepenuh hati anaknya dan menjaga anaknya sebaik mungkin. Harapan yang dimiliki oleh mana-mana ibu yang terbaik di dunia untuk anaknya.

Sepanjang hari aku gelisah, aku takut, aku x tau bagaimana nak bereaksi. Dan akhirnya aku terperangkap disini, dicelah-celah rak buku yang tinggi. Dalam kesejukkan penghawa dingin, dan juga kebekuan hatiku.
 Setiap detik aku mengharapkan agar masa berlalu dengan pantas. Agar semua ini akan berlalu pabila aku keluar dari persembunyianku.

Jam telah menghampiri pukul 10 mlm, kakiku masih berat mashu melangkah. Seolah-olah ada beban 10kg di atasnya. Aku harus pulang, perpustakaan telah bersedia untuk menhentikan operasinya. Aku cuma boleh berharap mereka telah masuk tidur dan beristerehat.

10min berlalu ku rasakan sangat lama, perjalanan dari perpustaan ke rumah sewa kami terasa begitu jauh, lampu masih cerah. Dengan lafaz basmalah aku membuka grill dan memberi salam y amat perlaha. dan aku mendengar jawaban salam dari Ibu mertuaku. Jantungku berdegup laju. Jebat dibelakang memandang tajam. Ibu segera memelukkan selepas aku menyalam tangannya. Semuanya begitu pantas dan canggung. selepas berbual seketika aku meminta diri. dan disini didalam bilik "KAMI",aku berdiri.



No comments: