The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, October 15, 2014

14: Lia…oh Lia

Wajah lia yang terpinga dan menahan marah pagi tadi mengusik hatiku yang telah lama sunyi. Comel. Rasanya bukan susah sangat nak menjinakkan hati Lia tu, Cuma perlu sabar dan berani saja.
Lia…Dahlia Malisa binti sulaiman, wanita yang dikahwini tanpa kuduga. Jodoh yang Allah tentukan untuk diriku..Jebat. Perwatakkannya jauh amat berbeza dengan Alisa. Alisa wanita sophikated yang sepatutnya menjadi isteriku. Wanita yang dipilih untuk menjadi ibu kepada anak2ku. Wanita yang telah menemaniku selama hampir 5 tahun. Wanita yang telah mengkhianatiku dengan menduakanku hanya kerana aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ini.

Mereka memang berbeza. Lia dengan sifat degilnya..suka mendiamkan diri..pasif..tapi lembut hati kalau kena gayanya. Lia dengan pakaiannya yang ringkas dan sederhana, tanpa sebarang make up, kulitnya yang sedikit gelap kekuningan..tidak suka bersosial…memang jauh berbeza dengan citarasaku  sebelum ni. Tapi kenapa hati aku terusik setiap kali berbicara dengannya. Akal aku tertanya apakah yang sedang bermain di fikiran Lia setiap kali dia berdiam diri. Tidak bosankah setiap kali hujung minggu dirinya hanya terperap dirumah. Apakah makanan kegemarannya? Apakah yang paling penting bagi Lia? Kenapa dia sambung belajar? Dan sekarang, hanya Lia yang memenuhi setiap akal dan hatiku. Bnyk perkara tentang Lia yang ingin diketahui. Adakah aku telah jatuh cinta dengan Lia?

“Oit!!Kalau yea pun rindukan bini, takkan dapat apa2 kalau setakat renung gambar je.” Sulaiman, sahabat baiknya menegur setelah sekian lama memerhati sahabatnya tersengih-sengih macam orang gila depan laptop.
Jebat yang terkejut ditegur begitu bingkas bangun dan menutup laptop dihadapan.
"Oii…lain kali ketuk la pintu ke bagi salam ke..y ko main terjah ni apahal?"
"Hee" Sulaiman cuma tersengih.
"Aku dah ketuk..salam pun dh bagi…tp ko tu y x dgr…kusyuk sngt do tenung gmbr bini ko tu..tau la bini ko lawa…"
"Ko nk apa?" Jebat menyoal
"Jom lunch"


No comments: