The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, April 21, 2009

ulasan novel camelia

selepas membaca novel ini, aku tertanya apa perbezaan SAYANG, KASIH dan CINTA. bagi seorang lelaki yang bernama Benji(watak lelaki utama dalam novel ini)..aku rasa dia keliru antara 3 perkara ini yang mana perlu diutamakan.

benji..seorang lelaki yang aneh. benji digambarkan seorang lelaki yang tampan dan romantik. dalam masa yang sama dia merupakan seorang lelaki yang baik dan mungkin tersangat baik tetapi dia juga tidak pasti dengan apa yang dilakukannya. Adakah dia mementingkan diri? emmmm...aku rasa tidak kerana dia tidak mengejar kebahagiaannya tetapi memberi kebahagiaan kepada orang yang dia sayangi, ibu dan adiknya.

tapi kenapa dia tidak berlaku adil dengan orang yang dicintainya dan menyintai dirinya.. kenapa dia sanggup melihat air mata Camelia daripada melihat hati ibunya dan adik angkatnya a.k.a. isteri pertamanya kecewa dan menangis.Kenapa terlalu sukar untuk dia menyampaikan rasa hati. adakah tamparan masa lalunya terlalu tragis (kematian kekasih ati yang tidak disukai oleh ibunya) sehingga dia sanggup diam membisu.

oh benji
bagaimanakah untuk memahami hati dikau
sukarnya untuk aku menelah
luahkanlah apa yang kau rasa, enkau fikirkan
usah pendamkan
tolong luahkan...kerana jika engkau enggan luahkan sekarang
pasti kau akan merana satu ari nanti.

No comments: