The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, April 24, 2009

Panggil Aku Dahlia vs Tanah andriyana-Noor Suraya


panggil aku dahlia hasil karya penulisan yang aku minati agak mengecewakan aku walaupun ceritanya agak menarik. mungkin kerana idea kisah ini hampir sama dengan Tanah Andriyana dan yang membezakannya adalah cara pengolahannya. Pertembungan dua keluarga yang bermusuhan. Panggil aku Dahlia mengisahnya tentang seorang gadis yang bernama Puteri Dahlia, anak seorang usahawan teh yang mempunyai kisah silam yang menyedihkan dan bersama musuh tradisinya Wadi Hannan. mereka telah diasuh dari kecil untuk bermusuh tetapi akhirnya jatuh cinta dan seterusnya meleraikan permusuhan yang telah bergenerasi. Manakala karyanya, tanah andriyana. permusuhan berlaku disebabkan rasa cinta dan salah faham yang telah berkurun lamanya. Akibat dari salah faham yang berlaku hubungan persaudaraan yang terjalin telah putus. namun takdir Allah yang Maha Berkuasa, setelah beberapa lama, kisah cinta antara Raden Andriyana dan Ahmad Fitri yang terputus dijalin semula oleh cicit mereka iaitu Aliya dan Fitri Hadi. Setelah mereka berduka cita kerana mereka terpaksa melupakan cinta hanya kerana tentangan keluarga, kehadiran nenek Aliya mampu menyatukan mereka langsung merungkaikan salah faham yang berlaku dan menyatu dua buah keluarga yang sering bermusuhan.

No comments: