The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Monday, April 20, 2009

MaSTeRJi: Kes 1(Jom heboh)

Yeee hah...degree dah abis....sekarang ni, aku panjat lagi satu anak tangga..MASTER beb!!! ramai orang salah sangka bila ada orang sambung belajar amek master bermaksud mereka nak jadi lecturer...Salah tu!! amek master bukan sbb nak jadi lecturer ja. banyak sebab lagi antaranya

1) tak bersedia nak kerja
2) kena paksa ngan mak ayah/lecturer/kawan-kawan.(tak sampai ati menolak permintaan mereka)
3) nak lari dari isu KAHWIN (bleh wat alasan belaja lagi)
4) Apa-apa aja alasan yang logik

so, untuk pengetahuan sume amek master tak semestinya nak jadi lecturer k...walaupun pada hakikat jadi lecturer memerlukan master.aku bukan nak crita pasal sebab kitaorang amek master tp nak crite pasal kehidupan kitaorang sepanjang bergelar masterji nih..

jadi,Berbalik pada cerita aku dan kawan-kawan kerajaan istana maya nih..kami semua ada alasan masing-masing kenapa amek master. walaupun ia adalah kehendak sendiri tapi faktor2 di atas adalah pemangkin kepada keputusan kami...malah tak seorang pun bercita-cita nak jadi lecturer.oleh itu kami memeang tak suka bila kawan2 mengagak kami akn jadi lecturer selepas ini....please jangan doakan kami begitu....doakan la kami berjaya dalam apa saja yang kami ceburi k.

pertengahan tahun yang lalu, kami mendaftarkan diri sebagai pelajar master kat sebuah universiti tempatan di selatan tanah air. universiti ini dikenali sebagai UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. keadaan masa pendaftaran berjalan seperti biasa cuma mungkin perasaan kami tidak seghairah semasa pendaftaran masa degree dlu.mungkin disebabkan kami memang dah amek degree kat cni dlu.so mak ayah tak join sekali nak anta kitaorang...sume dah kena buat sendiri by hook or by crook. ini juga menyebabkan masalah nak sesuaikan diri tak muncul la...jadi lepas ja kami daftar jadi masterji dan kolej, kami terpaksa hidup seperti pelarian disebabkan oleh barang-barang keperluan asas kami masih lagi di dalam stor...mmg sedey ar masa tu..tp kami bleh ja survive sebab kami selalu berfikiran positif.sementara menanti minggu kuliah bermula (pendaftaran 2 minggu lebih awal dari minggu kuliah)dan stor di bukak kami ada la plan nak jalan-jalan dan destinasi pertama kami adalah "Jom Heboh". kebetulan masa tu ada jom heboh kat "Danga Bay". memang kami excited nak pergi..malangnya kami ketiadaan kuda pada masa itu. kuda-kuda kami wat hal...kami hanya memerlukan 2 ekor kuda sahaja memandangkan hanya 4 orang sahaja yang mau pergi.Kuda hitam ku masih belum sampai2 lagi...dah beberapa kali aku hubungi courier yang menghantar kuda hitamku..dan sekarang harapan kami hanya pada kuda biru raja dan kuda putih permaisuri yang masih dalam perjalanan.

sehari sebelum ari Jom heboh itu, kami mendapat perkabaran yang baik iaitu kuda putih permaisuri sudah sampai..maka...harapan kami masih ada..jadi raja pun mula mengatur plan untuk program keesokkannya..

keesokannya, raja mengkabarkan bahawa kuda birunya perlu dibawa berubat kerana menghidapi selsema dan batuk-batuk sikit. langit mula kelihatan kelabu..seperti mana hati kami..nak dijadikan cerita lagi..ODW nak dibawa berubat, kuda biru itu mengalami serangan jantung yang amat hebat..maka bergegas la aku menghulurkan bantuan.alhamdullih, dengan mengunakan segala kepakaran yang ada pada aku, kuda itu boleh digerakkan walaupun dengan sangat berhati-hati dan berwaspada. nak panggil ambulan rasa tak berbaloi nnt kena cas lebih. dan aku dapat melihat awan hitam mula menyeliputi kami. maka kecewa la kami kerana tak dapat g jom heboh ketika itu.


walaubagaimanapun, kami tetap mengambil sikap positif.ada hikmahnya kami tak dapat pergi ke jom heboh..mungkin ALLAH mahu melindungi kami dari segal perbuatan maksiat atau kemalangan jalan raya yang mungkin berlaku. maka diam la kami di teratak maya. menghabiskan Ari-ari kami dengan perkara-perkara yang mengembirakan...seperti makan-makan dan jalan-jalan....huhu.


tapi yang paling aku tak puas ati adalah, 2 ari selepas insiden kami terlepas g jom heboh...pihak courier yang membawa kuda hitamku menghubungiku dan menyatakan bahawa sudah 2 minggu kuda hitamku berada di kandangnya di sini dan aku perlu membayar ganti rugi kepada mereka kerana mereka terpaksa memberi makan yang lebih kepada kuda hitamku.Aku apa lagi tak puas ati ar...dan dengan kadar yang segera aku pergi menjemput kuda hitamku..dan semuanya terbukti adalah silap mereka maka aku tidak perlu membayar ganti rugi..

itu la kes pertama yang mengecewakan kami. dan kesimpulannya, kami memang tidak ditakdirkan untuk pergi ke "Jom Heboh" kuang3.walau apapun, kami berjaya mengharungi detik itu dengan penuh rasa persahabatan.

2 comments:

Laire@Jani said...

To be continue ke dah tamat cerita? Next episode xdake? He he he....

Takara said...

adaaaa....sabar yek....