menulis
ia sesuatu yang sukar untuk dilakukan,
bukan semudah menyuarakan pendapat seperti berkata-kata
susunan ayat dan pemilihan perkataan perlu seiring
agar maksud dapat dicapai
dalam masa menulis kita akan berfikir
sedalam-dalamnya
mencari perkataan
untuk menyambung setiap perkataan menjadi ayat
dalam usaha menyampaikan maksud tersirat
bahasa penulisan lebih indah
pemilihan kata yang sesuai mengindahkan lagi struktur ayat
menjadi terlalu indah untuk diingat dan dihayati
cuma
bukan semua insan dikurniakan bakat itu
termasuk aku
menulis bagiku umpama berperang
kerana aku perlukan segala-galanya
masa, tenaga, strategi, bahan-bahan dan faktor penolak
agar penulisan aku bisa menjadi ledakan
tapi faktor yang paling penting untuk aku
adalah pencabar
tanpa pencabar
aku terasa hambar
aku terasa kosong
dan kini pencabar sudah muncul
tapi aku tidak merasa cukup kuat bahang cabaran ini
kerana aku tahu kemampuan aku & dia
tapi aku tak kan berputus asa
aku cuma perlu mencuri sedikit masa
dan aku juga mungkin perlu sedikit keberanian
keberanian untuk menyuarakan teori yang aku masih belum fahami sepenuhnya
yang masih ragu-ragu
yang masih ada persoalan yang belum kutemui jawapannya
No comments:
Post a Comment