The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, December 9, 2009


I feel like to send this card to someone. Someone that might be hate me but I like him, may be. I am not sure. I tried to give him a chance, but I don’t have the courage yet. My minds still say no even my heart say “boleh la kot”. so now, I just pray to GOD if he is my destiny please stay his heart for me and my heart to him aminnnn.

pesanan dr seorang kawan


Beranilah untuk mengejar apa yang kita mahukan,kerana tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi,tetapi sekurang-kurangnya kita akan berpuas hati kerana kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh...

Hidup tak bererti andai diri menyombong diri..

DC 2 : Alamak!!


“assalamualaikum…cik…En.. kami dari jabatan agama..sila tunjukkan ic dan surat nikah en?”

aku dan dia terus bingkas bangun. sambil2 itu aku membetulkan pakaian aku agar nampak sopan dihadapan orang2 berkopiah yang muka yg sengaja dimasamkan agar nampak tegas.

“waalaikumussalam….”

“kami tak buat apa2 ustaz”
“sy Cuma selamatkan dia td dia nak bunuh diri ngan terjun ke tasik ustaz”dia menjelaskan keadaan kami.
“tak ustaz sy bukan bunuh diri tapi terjatuh…dia selamatkan sy sebab kaki sy cramp.” aku membetulkan cerita yg diriwayatkannya..
“kalu ea..kamu buat apa terbaring kat situ td?” ustaz yang berserban putih dan berjubah putih itu bertanya sambil menunjukkan tempat kami landing tadi.

“kami terjatuh”serentak kami menjawab.

“oh..terjatuh”ntah ustaz mana yg menyampuk

“ mana ic kamu?” tuan polis plak menyampuk

mamat itu mengeluarkan ic dr poket seluarnya…abis basah beg kulit yg agak mahal…ada la RM 2-3 ratus…menimbulkan rasa bersalah aku pd dia..nnt la aku ganti balik..tp kopak la aku bulan ni…

“cik punya” tuan polis tu menyoal bila aku diam. alamak terkantoi la plak aku dok mengusha dia.

“oh kejap” aku berfikir mana aku letak handbag aku…oh dalam keta…tp mana kunci keta..aku meraba2 poket seluar dan jaketku..tak dak..mana ek..sambil mata ku melilau tengok sekitar kalu2 terjatuh

“cik”

“ic sy dalam keta..tp..kunci sy hilang..mungkin terjatuh dalam tasik.”

“betul cik sy bukan buat cerita”

“tak pa la cik..”

“Dahlia.”

“cik Dahlia..en Jebat…sy rs elok en berdua ikut sy ke pejabat..apa2 hal kita cerita kat sana.”

Lelaki oh Lelaki


hurmmm…..seorang lelaki sngat mudah untuk membuat kesimpulan. mereka suka sekali membuat kesimpulan tanpa berfikir..kenapa ek? mereka suka melihat seseorang perempuan itu hanya pada lapisan luar yg perempuan itu cuba tonjolkan..jarang-jarang..atau lebih tepat hanya yg terkecuali sahaja yg melihat apa yg tersirat. sedangkan bg seorang perempuan kekadang apa yg sering ditonjolkan bukan yg sebenar..mereka cuba sedaya upaya agar si lelaki itu selesa dan menyukai mereka.

DC 1: pertemuan


arghhhhhhh!!!!!...sekuat hati aku melaungkan rasa yang berbuku dihati pada lautan tasik yang terbentang dimata..hanya disini aku dapat bersendiri begini untuk menyatakan rasa tidak puas hati yang membelenggu hatiku…keadaan sekeliling memang aku sudah tidak kisah..cuaca dingin malam juga tidak mampu menyejukkan hatiku…tuduhan yang dilemparkan keatas aku petang tadi masih lagi tergiang-giang dikepalaku. ahh…sanggup mereka menuduh aku begitu. apa salahnya kalu aku Cuma menyatakan pendapatku..kalu aku..ah memang tak guna..rumput..batu..ranting kayu dan ntah apa2 lagi yg berada dihadapan aku semuanya telah selamat ditendang masuk ke tasik yg aman damai itu. tetiba…ntah dimana silapnya aku tersadung kaki..aku cuba mengimbangkan diri tetapi…


“aaarr…” Debuk..debushh!!!cinabeng punya batu..aku pulak yg terhumban dalam tasik ni..

mcm mn ni…dalam gak tasik ni..bila aku nak terapung balik ni…aku tak nak mati mcm ni…aku nk hidup..aku nk hidup...tak nak mati dalam tasik busuk ni...


maka dengan segala tenaga yg ada aku cuba untuk mengapungkan diri.dan akhirnya aku Berjaya…yea!!dan sekarang misi aku adalah untuk berenang ketepian…alamak..kenapa kaki aku…CRAMP…

“tolong!!...tolong!!”

akhirnya dengan takdir ALLAH s.w.t. aku diselamatkan oleh seorang jejaka yg kebetulan berada berhampiran. nasib baik dia ada..kalu tak..hish..nauzubillah…mintak dijauhkan…

“cik kalu ea pon nk bunuh diri..jangan la nk terjun kat tasik busuk ni…nnti”berceramah plak mamat ni…ikhlas tak nak tolong aku ni.

“elo sapa yg nak bunuh diri ni…huk..huk”aku berhenti sekejap melepaskan lelah yg menyesak didada.

“jgn main sebarang ckp…aku terjatuh la..bukan bunuh diri”

“hish pompuan ni…kalu yea pon ckp la elok2…dah la pnt tau sy selamatkan awk…terima kasih pun awk belum ucp tau…”

huk..huk…aku cuba untuk bangun..tetapi kaki aku masih belum mampu untuk berdiri..dan sekali lagi mamat yg baik ati tu menjadi mangsa aku.. tetapi kebetulan dia juga masih belum seimbang sepenuhnya menyebabkan…

debuk!!

2 buah nangka busuk jatuh..memang tak cun langsung..tapi apsal berat sangat ni..dan aku dapat rasakan haba nafas yang panas di pipiku yg kesejukkan.. arrr…TIDAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKK!!!