The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Friday, December 14, 2012

korang kenal pelakon wanita bernama Raja Farah tak?

Tak kenal?Tipu!!

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku menimbulkan isu Raja Farah sedangkan selama ini aku tak pernah aku mengeluarkan entry yang melibatkan mana-mana artis secara specific kan?

korang jangan hairan, kerana entry ini juga berkenaan dengan diriku, dari segi fizikal ja la..

Aku cuba nak tau apa pendapat korang tentang Raja Farah?

Cantik? Seksi? atau x menarik langsung?

Sebab utama aku bertanya adalah untuk menilai diri aku sendiri, terlalu ramai yang menyatakan wajahku mirip dengan pelakon itu. Orang pertama yang menyatakan tentulah Kak Long kesayanganku yang amat memahami diriku. Ketika itu aku tak berapa nak percaya. Kemudian semakin ramai yang menyatakan sehingga aku juga telah terpedaya. Kakak yang tangan aku lukiskan inai semasa jualan gerai subjek entrepreneur, che' Za kawan ma aku ketika aku membuka pintu semasa dia datang rumah (ketika itu raja farah baru berkahwin), Kak Ayu dan anak-anaknya iaitu jiran sebelah rumah aku ketika aku menghadiri jamuan dirumahnya beberapa bulan yang lalu, yang paling terbaru rakan semakmalku. Selain itu ada beberapa orang yang aku telah lupa nama dan dimana. Tapi rasanya telah lebih dari 20-30 orang sejak beberapa tahun yang lalu. Ramaikan. Dan mereka tiada kena mengena antara satu sama lain, oleh itu aku percaya pujian mereka adalah luhur dari hati.Kalau mereka setakat ingin memuji untuk mengambil ati aku takkan artis yang sama kan? apatah lagi siapalah aku ini. Insan yang lemah tidak berdaya.

Sebenarnya beberapa tahun dahulu (tidak ku ingat bila mungkin tahun lepas) aku pernah menilik dimana persamaan yang mereka lihat. Aku bertudung dan Raja Farah tidak, tetapi mereka masih boleh melihat persamaan itu. Tilik punya tilik, masih juga aku belum menemuinya. Ah biarlah...bukan sesuatu yang tak elok kan? Itu menandakan aku juga punya rupa...bukankah begitu??:D. Dan aku patutnya bersyukur dan berbangga dengan apa yang aku ada...kan??

No comments: