The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, December 18, 2012

Bab 3: Saya Orang Melayu

Membaca buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad membuat aku yang tidak pernah ambil berat akan dunia politik negara terasa kagum akan semangat yang beliau tonjolkan dalam membela nasib rakyat melayu yang bagaikan melukut ditepi gantang. Membaca bab ketiga: Saya orang melayu, menunjukkan bahawa bealiau amat-amat memahami akan bangsa melayu. Bagi diriku, tiada satupun yang salah akan bangsa melayu yang digambarkannya, bangsa yang dilihat lemah, namun sebenarnya bangsa yang paling kuat. Kami adalah bangsa yang melihat sesuatu hanya untuk kebaikan dan keamanan. sifat iri hati, dengki atau tamak yang ada tidak cukup kuat untuk membuatkan kami untuk merosakkan keamanan ini. Tidak cukup untuk mengorbankan walaupun hanya satu nyawa yang tidak berdosa. Itulah kami tetap berpegang teguh pada pepatah yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.Tiada sesiapa yang beruntung.Dan kami menyukai pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Mungkin kami tidak serajin bangsa cina, yang setiap hari bertungkus lumus bekerja, mencari kekayaan. Tidak juga seperti bangsa India yang kuat dan perkasa.Kami adalah bangsa yang sederhana, sederhana dalam semua hal. dan yang paling utama adalah keamanan. Dan inilah yang dituntut oleh dalam semua agama kesederhanaan dan keamanan. Siapalah dapat menyangkal.

Beberapa bulan yang lalu, seorang teman makmalku yang berasal dari Pakistan menyisipkan satu emel kepada ahli kumpulan penyelidikkan kami, senarai negara pemalas didunia, dan Malaysia berada ditangga yang agak memalukan,tempat ke 10. Terasa geram dan bingung sekejap. Bagiku tidak perlulah sebegitu dia memprotes hanya kerana banyak halangan dalam projek tesisnya hanya kerana sifat rakyat Malaysia apatah lagi merujuk kepada melayu, yang hanya inginkan sedikit keamanan dalam kelangsungan hidup mereka.Kerana bagiku, lebih baiklah Malaysia dari Pakistan yang sentiasa ada krisis. Itu belum lagi melayan karenah pelajar dari timur tengah, yang degil dan keras kepala, bercampur lagi dengan sifat sedikit bossy. Dan aku mula mengambarkan bagaimana Tun Dr M mampu melayan karenah-karenah pemimpin luar yang cuba masuk campur dalam urusan pentadbiran negara, negara yang kuat, yang mempunyai segala akses dalam senjata canggih, yang mampu melenyapkan Malaysia dengan hanya satu panggilan yang mungkin berlansung dalam kurang satu saat. Itu belum lagi, ketabahan beliau menghadapi komplot, perebutan kuasa, dan dikecam oleh bangsa sendiri. Dikecam dan dikutuk oleh bangsa sendiri, seolah-olah kita dikutuk oleh keluarga sendiri, orang yang disayangi. pastinya seolah-olah ditusuk sembilu. Maaf tetiba aku teremosional.Ini adalah Kerana aku cuba membayangkan aku menjadi pemimpin, hanya sekadar memimpin sekumpulan pelajar untuk tugasan.Tidak sependapat, ada umpatan dibelakang, diboikot, aduh sedihnya kurasakan. sedih sekali. luluh rasanya segala semangat, tidak tersisa. Apatah lagi sekiranya berada ditempat beliau.

Melayu mudah lupa: maka kita jarang berdendam
Melayu pemalas: maka kita mundur
Melayu murah hati: maka kita dianggap lemah

Dan kerana kita mudah lupa, kita terlupa kita perlu buktikan pada dunia bahawasanya bangsa melayu adalah bangsa yang terhormat, terpuji, terkuat, paling pemurah, paling bersabar, paling pemaaf, paling bertolak ansur dan yang paling penting kita adalah bangsa yang paling mereka cumburui.:). kerana kita sukakan keamanan, kerana kita sukakan kebebasan, kerana kita sukakan segala-gala yang membawa kebaikan.Aku bangga berbangsa melayu, lahir diMalaysia, tinggal di Malaysia. Walaupun aku sering mengeluh akan sifat berpadalah dengan apa yang ada yang bangsa melayu ada. Tapi sejak kebelakangan ini, sifat Melayu sudah sedikit berubah, seolah-olah melayu itu semakin tenggelam dengan propaganda kemodenan yang pesat melanda.Dan masih relevant kah kata-kata hang tuah " takkan melayu hilang didunia".




No comments: