The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Wednesday, June 29, 2011

cinta




cinta satu subjek yang kompleks sifatnya
sukar sekali untuk difahami
bukan macam buat mass balance atau energy balance
yang boleh kita tentukan in dan out nya
bukan boleh dibuat penaakulan mantik
yang kita boleh buat hipotesis
bukan boleh dikira sukatannya
tiada penimbang yang hebat pun untuk menyukat cinta
tiada pun database untuk dirujuk
sesapa saja boleh bagi falsafah cinta

cuma ada orang pernah kata
orang yang paling dalam lukanya adalah orang yang paling banyak cintanya pada pasangannya
mungkin

jom kita perhatikan pasal cinta dari pihak lelaki

dengar ja la lagu ganas dr KRU..
macam lagu beautiful monster dr NeYO juga
lagu seksa dari KRU x yah crite
semuanya pasal diaorang menanggung seksa sebab mendapat cinta dari wanita
tragiskan?

cuba perhatikan pulak crite2 korea,
aku tgk lelaki asyik kena layan kerenah perempuan kesayangan mereka
mereka cuba sehabis baik untuk melihat senyuman kesayangan mereka
mereka menahan tangisan hanya untuk memastikan perempuan kesayangan mereka tidak gelisah
mereka tetap melayan walaupun ntah apa2 perempuan kesayangan mereka lakukan
mereka bekerja keras untuk memastikan perempuan kesayangan mereka hidup senang

bila perhatikan terasa pulak perempuan ni mahkluk yang ego dan kejam
tapi bahagia jugak kalau lelaki yang lebih mencintai diri ini
mungkin sbb tu orang kata cari la orang yang mencintai diri kita
dari kita cari orang yang kita cintai
tapi kalau semua orang pegang kata2 ni
sapa yang nak cari sapa pulak kan

sebab tu la cinta ni ada berbagai nama
ada orang gelar cinta itu buta,
ada pulak orang gelar cinta materialistik
yang paling sedih kalau ada orang anggap cinta itu umpama nasik lemak
memang sadis.
tapi semua orang inginkan cinta sejati yang agung
yand suci murni,
yang tulus ikhlas
cinta pulak boleh lahir dari berbagai cara
ada cinta pandang pertama
ada pulak kerana simpati
ada jugak kerana terpaksa

haih!!kalu bicara pasal cinta
berkarang2 pun x kan abiskan?
sebab cinta itu memang kompleks.
tersangat kompleks
tak de pun mana2 teknologi dapat membantu
cuma satu ja
naluri
itu sahaja
kerana ini adalah rahsia Yang Maha Kuasa
hanya dia yang mengetahui segala2 yang hakikat.

kalu nak dapatkan lebih info yang membina tentang cinta, klik sini

No comments: