The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Saturday, May 28, 2011

gadis semasa



aku bukanlah gadis yang sempurna
aku tahu hakikat itu
kerana itu aku cuba jadi yang terbaik

aku melatih hati
aku melatih jiwa
aku melatih akal
sehingga aku merasakan aku hipokrit
cakap x serupa bikin

orang kata aku punya hati yang baik
orang kata aku punya akhlak yang baik
aku rasa nk tergelak
kerana aku tahu
aku adalah orang yg berbeza dari apa yang orang fikirkan
tapi aku mengucapkan syukur
kerana itu adalah satu doa
doa keatas aku
untuk jadi gadis yang terbaik

tp aku tahu
untuk menjadi gadis yg baik
anggun,santun, dan ayu
pada zaman kini amatlah susah
rasanya lebih susah dr pergi berperang

kerana gadis kini perlu bersosial
kerana gadis kini perlu berdikari
kerana gadis kini tidak dikurung dlm sangkar emas lagi
kerana gadis kini berhak membuat keputusan sendiri
dan kerana itu
ruang2 untuk gadis kini melakukan kesalahan
kesilapan, kebodohan
lebih luas
lebih nyata
hanya akal, ilmu dan agama shj
yang mampu mengelakkannya.

No comments: