The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Saturday, March 6, 2010

ketika cinta bertasbih..persoalan cinta yg sangat memeningkan


Konsep ketika cinta bertasbih adalah cerita yg memberikan kita satu contoh untuk kelangsungan hidup. bagaimana seseorang itu, lelaki khususnya mencari pasangan dan bagaimana process itu dijalankan (adat merisik, meminang dan perkahwinan menurut Islam).setelah menonton cerita ini, aku sngat terasa betapa masyarakat Islam Malaysia tidak lagi mengamalkan budaya ini sejak bertahun yg lalu.perkahwinan yg diatur keluarga dan sebagainya..sukar untuk ku terima akal bahawa kehidupan ini masih boleh dijalankan pada masa kini. cerita ini sngat seronok ditonton pada peringkat awalnya, tetapi persoalan demi persoalan timbul pada bahagian kedua cerita ini yg mungkin mencacatkan sedikit penceritaannya. paling utama yg aku persoalkan adalah watak anna ilmuan wanita yg tegar meminta cerai kerana suaminya menghidapai HIV. aku tak boleh terima. sekiranya aku meletakkan diriku ditempat anna yang mempunyai ilmu yg tinggi, mungkin bukan itu tindakan yg ku ambil. aku mungkin terkejut dan kecewa apabila dikabarkan berita seperti itu, namun sekiranya dia mahu menjadi spt khadijah dan Fatimah yg tidak pernah dimadukan, kenapa dia tidak boleh menjadi spt isteri nabi ayub yang setia. sedangkan sebelum itu lidahnya dengan yakin sudah mengatakan bahawa dia mencintai mas furqan suaminya. disini aku merasakan bahwa seolah2 dia menolak jodoh yg ditentukan oleh Allah malah bila dia meminta cerai, aku rasa itu bukan cara terbaik. selain itu, dia memaksa mas furqan membuka pekung didada kpd orang2 yg tidak berkenaan menambahkan lagi kekurangnya.walaupun tindakan ini kedengarn seperti memihak kepada anna dalam membela nasib wanita namun..kita ada ALLAH s.w.t yg memberi petunjuk..kita memohon bantuan drNya maka..kenapa keputusan cerai iaitu perkara halal yg dibenci oleh Allah pantas meluncur dr lidahnya yg baru mengatakan cinta pada mas furqan. itu yg aku tak leh nk terima. apakah perkataan cinta yg keluar dr mulutnya tidak ikhlas (kerana dr awal lg penonton boleh merasa bahawa anna mencintai azzam dan begitu juga sebaliknya dan tindakkan azzam adalah wajar kerana anna telah menerima furqan). sementara itu,persoalan dimana mas azzam seolah2 begitu terdesak untuk berkahwin..hanya mendgr dan melihat seorang wanita terus terasa untuk dijadikan isteri malah apabila lamaran itu tidak Berjaya dia seolah2 sangat kecewa.kenapa?desperate sngat ke?
satu lagi yang aku tak puas ati, kenapa para ilmuan berusaha memilih yg ready made ustazah sedangkan kekadang ada seseorang yg perlu didakwah dan mungkin melalui perkahwinan mereka mampu menjadi insane @ muslimah yg lebih baik.aku tidak nafikan Allah menyuruh sekiranya seorang lelaki itu mahu memilih isteri adalah dengan melihat agamanya..tetapi..ntah la..kekadang perlu juga menggunakan kaedah dakwah yg telah sering diguna pakai sejak zaman dahulu lagi iaitu melalui perkahwinan.sekarang ini kaedah ini bagi aku bukan sahaja boleh diguna pakai utk orang bukan Islam, malah orang Islam itu sendiri..kerana zaman kini terlalu banyak ragamnya.
menonton cerita ini menyebabkan aku membandingkan watak dan plot dalam novel Jaja & Din karya kak su. walaupun novel ini agak bertemakan kotemporari (maaf kak su kalau salah)…namun persoalan din yg mmpu menerima jaja dan mengukir jaja sehingga menjadi muslimah sejati malah mgkin lebih sejati drpd muslimah y tersedia ada harus dipuji. watak dalam filem ini dan watak dalam novel jaja & din hampir sama, burhanuddin, ustaz yang menerima pendidikan dari tanah suci, dan jaja watak gadis moden yg disatukan dengan unik sekali,namum mereka berusaha dan percaya akan jodoh yg ditentukan oleh Allah. novel ini memberikan kita gmbaran bahawa sekiranya kita ingin berubah kita akan mmpu laksakannya tp filem ini,lebih mengambarkan akan ciri-ciri wanita y baik untuk disunting menjadi pemaisuri dihati...
walau bagaimana pun itu la kompilasi kehidupan, setiap yg berlaku ada sebabnya..karya kak su mungkin sesuai dengan jiwaku kerana aku lebih mirip dengan jaja (tp baik sikit la dr jaja kiranya yg sederhana saja..) dan untuk menjadi seperti anna itu pastinya sukar sekali..dan kehadiran seseorang seperti burhanuddin yg mampu menjatuhkan egoku..yang mempu menundukkan aku..amatlah diperlukan agar aku mampu menjadi muslimah yg lebih baik dari semalam...aminnnn..sedangkan watak anna itu sngat mengerunkan aku...huhu..

No comments: