The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Tuesday, February 16, 2010

8:bermalam

malam itu aku tak leh tidur. banyak sebab, pertama bermalam dengan adi dalam satu bilik, dia dah selamat berdengkur atas katil tanpa mempedulikan aku. mungkin kepenatan barangkali kerana pemanduan tadi. kedua, fikiran aku asyik memikirkan siapa kak mar?
kenapa kak mar memanggil adi dengan begitu mesra? malah aku juga ternampak mereka di lobi hotel mereka kelihatan seolah berbincang sesuatu yang serius. dan kemudian aku melihat adi memujuk kak mar yang sedang menangis. perasaan aku tidak enak. seolah-olah mereka menyembunyikan sesuatu. Adakah kak mar kekasih adi?..jantung ku berdegup laju apabila memikirkan kemungkinan itu..tapi itu tidak mustahil…adi pernah mengatakan hatinya sudah dimiliki. dan adakah pemilik itu kak mar.
aku perhatikan sejak dalam perjalanan lagi, perhubungan mereka agak mesra. malah aku juga dapat melihat adi selesa berbicara dengan kak mar, kak mar pandai menenangkan hati adi, dia tahu air kegemaran adi, dia tahu makanan kegemaran adi, musik kegemaran, di mana adi simpan barangnya,
dahaga?
nah air 100 plus you..i beli kat stesen minyak tadi
dan juga snickers
“thanks” adi senyum senang..aku dapat melihat senyum adi yang ikhlas pada kak mar melalui cermin sisi.

“mar, mana cd Michael bubles? tolong carikan I lupa letak mana” adi bertanya sambil matanya masih memberikan tumpuan kepada jalan raya.
“u ni tak abis2 michael bubles..cuba la dengar lagu lain..”sambil tgnnya lancar mengambil sekeping cd yang berada di dalam bekasnya tanpa sedikit keraguan.seolah-olah dia tahu setiap pelusuk dalam kereta ni.
“Sayang..u knowkan itu lagu favourite I”adi tersenyum bahagia tanpa menyedari aku mendengarnya kerana menyangka aku telah tidur.

No comments: