The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Monday, February 15, 2010

7: NENda merTUA

selepas melawat mak mertuaku di hospital, adi menghantar kak mar ke hotel dan membawaku pulang kerumah nenda mertuaku. aku berasa sangat penat. hanya tilam dan bantal yg aku nntkan tp bermalam ngan adi…ngee…seram… mata yg ngantuk dan penat td terus terjaga. adi disebelah hanya mendiamkan diri. sekali sekala matanya memandang kearah telefon yg berbunyi menyatakan ada message masuk. tangannya masih distereng, aku dapat melihat sedikit senyuman terpancar dibibirnya setelah membaca message itu.dan hatiku bertanya siapa yg menghantar message, apa yg dihantarnya. tapi aku tak berani bertanya..akhirnya aku hanya membiarkan suasana sepi berlalu begitu sahaja sehingga aku tiba di rumah nenda mertuaku.
“assalamualaikum…” adi mengucapkan salam agar kepulangan kami diketahui oleh seisi rumah. dalam kesamaran lampu diberanda aku melihat kelibat atuk membuka pintu sambil menjawab salam yang adi ucapkan..
keadaan rumah nenda adi begitu asing sekali bagiku. aku tidak pernah kesini. inilah kali pertama aku.atuk dan nendanya juga aku hanya berjumpa semasa majlisku yg dulu. pastinya aku tidak berapa mengenali mereka. aku berasa sangat kekok. kenapa la sesenang ja aku mengikut si adi ni..hish…alamak pakaian aku!!memang tak sesuai nak tunjuk kat keluarga mertua…lantakla..nasibla…
“rina…wat gapo tercegat situ? meh naik umoh buruk tok ni…biasala rina umoh ore tua tak besar sangat mace umoh si adi ni..umoh kapung lagu ni la..” atuk memujuk aku apabila melihat aku tercegat saja dipintu kereta.
aku yg tersedar apabila ditegur oleh tok cepat menghulurkan salam. memang tak patut aku berkelakuan macam td..
“maaf tok…rina…”
“rina…kamu apa kabar? lamanya nek tak jumpa kamu…” nenek adi menerpa aku, mencium pipiku, memeluk diriku…dan aku hanya mampu tersenyum..dan memandang adi memohon pertolongan..supaya lepaskan aku dr rangkulan neneknya..
meh naik…lama doh nenek tunggu rina

No comments: