The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Thursday, January 17, 2013

LISTEN...LISTEN...

semalam rakan se makmalku menunjukkan satu video, maklum la dah beberapa hari aku tidak berkesempatan untuk mengikuti dunia semasa, jadi aku kebluran...apa isunya..psl ptptn ke? hatiku tertanya...

biasala kalau dah berkenaan politik..memang gaya macam perbahasan la...tgh sedap2 orang tu berhujah..tiba2 seorang lagi menyampuk..Listen..listen...dan penghujah tu pun wat x tau la..terus berhujah..kemudian seorang lagi tu merampas mikrofon..itu la kisahnya yang dijadikan isu...lawak2...itu pun nk dijadikan isu...memang Malaysia sekarang dah kurang idea...kalau isu psl kandungan yang diutarakan aku boleh lagi terima walaupun macam x logik ja nk minta pengajian free, sebab aku tgk sekarang ni pelajar semua mewah2 ja..x de pun yang kena keje part time atau apa..majoriti pakai kereta...kereta baru pulak tu..malah boleh lagi enjoy2 dan bermewah2...jadi apa relevennya nak yuran free...soal pinjaman..dah namanya pinjam..harus la dibayar...malah aku rasa kerajaan sekarang banyak rugi kerana mereka terpaksa menanggung pelajar antarabangsa hanya kerana untuk meletakkan universiti2 kita di ranking dunia. aku tidak salahkan kerajaan dalam hal ini kerana kerajaan kita sangat bermurah hati, (inilah hakikat orang malaysia yang harus diterima), yang menjadi masalah adalah rakyat Malaysia yang tidak mahu mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan kita. Kenapa? kerana cukuplah mereka mampu bekerja, memperoleh gaji secukupnya dan x kuasa nak belajar lagi la....(sifat cukuplah yang ada pada masyarakat kita inilah yang seharusnya kita utarakan). Inilah yang cuba diterapkan oleh Tun M. Inilah yanf cuba dididik oleh Tun M..

dan aku terbaca lagi satu isu, Tun M memberikan ic kepada warga asing. Ok. mungkin kedengaran agak teruk, tapi adakah pengomen2 yang ramai itu mengkaji sebab2, bagaimana, kenapa, undang2 mana yang dia ikut, benarkah undang2 itu ada? siapa lagi yang terlibat, adakah memberikan ic itu hanya untuk mengundi atau bagaimana...kita yang generasi smart phone ni patutnya balik study betul2 dulu sebelum nak mengomen lebih2...sbb bagi aku..kita tidak tahu apa yanga sebenarnya berlaku pada masa itu...tau2...KLCC dan KL tower dh terpacak....tau tau...masa di semenanjung dan malaysia timur dah disamakan...tau tau...tragedi 13 mei telah berlaku..impactnya besar mana, puncanya kenapa adakah kita pasti?..tau-tau..kita jadi tuan rumah sukan komanwel....buku sek sume ada lambang sukan tu...tau2 kita kena kejar wawasan 2020...entah apa ke nama ntah...wawasan 2020 tu..tau tau Malaysia dah berupaya menghasilkan kereta sendiri...jadi...apa yang kita benar2 pasti sebenarnya..adakah hanya kerana ibu bapa kita penyokong Tun M...atau penyokong pembangkang? Macam mana dari UMNO jadi Barisan Nasional, Muncul pulak semangat 46 (hijau kuning)..Siapa itu Ku' Li? aku tidak pasti secara detailnya, walaupun hakikatnya aku berasal dari daerah itu... hanya kini baru ku tahu, setelah aku mengkaji sejarahnya...namun aku tetap tidak pasti aku sokong siapa kerana kerajaan sekarang penerajunya telah berubah....


No comments: