Dalam sibuk2 mengemas ditemani siaran radio
dari Note, free2 aku dapat motivasi dalam mencari kebenaran dan kebahagiaan
untuk diri sendiri. 2 minit y berharga,Tajuknya aku x pasti tp berkenaan
manusia dan kata2. KATA ustaz tu (namanya ak tidak ketahui), apa yang penting
ialah pilihan, kita pilih untuk melaksanakan atau mengabaikannya. Dan kesan
setiap pilihan pula kita yang menanggungnya. Jadi pilihlah dengan bijak iaitu
mengunakan akal dan ilmu, bukan hanya berdasarkan hati semata-mata. Selain itu, terselit juga tentang kita
menilai diri sendiri. Untuk menilai diri sendiri, kita perlu melihat orang
lain, bukan hanya yang lebih teruk dari kita, juga yang lebih baik dari kita,
mencermin diri sendiri dengan meletakkan skala berdasarkan pandangan kita. Jadi
kita yang memilih skala itu dan itu adalah PILIHAN kita.
Sebenarnya, beberapa hari atau minggu yang
lalu, aku asyik bertanya kenapa orang itu berpakaian ketat, menampakkan segala
lengkuk badannya. Sebelum ni memang aku ada berkawan dengan orang yang berpakaian
ketat, tapi masih lagi aku menerimanya kerana ia tidaklah menampakkan segala
lekuk badan malah kelihatan cantik. Ini pula tak, dah la ketat, x cantik pula
tu, ntah dimana mereka melihatnya cantik dan menawan, hanya satu sahaja
perkataan yang sesuai seksi nk mampus. Bertudung, itu y menyebabkan aku lebih
tertanya-tanya.Ini aku yang perempuan yang melihat boleh terfikir apatah lagi
jika lelaki yang melihatnya. Kesian betul dengan lelaki zaman sekarang, mereka
cuba sedaya upaya untuk menjadi baik, tapi benda dah terhidang depan mata, tak
perlu bayar pun, silap ayat boleh dapat
free. Dan aku fahamlah kenapa lelaki sangat terasa janggal untuk bercakap dan
berkawan dengan aku. Hakikatnya aku tidaklah alim atau warak atau juga
bertudung besar labuh dan seumpamanya. Aku hanya gadis yang biasa, sentiasa
berseluar jeans, malah boleh dikatakan 24j, hanya kekadang sahaja berbaju
kurung, malah rakan2ku akan dapat meneka pasti aku dari sesuatu majlis atau
program yang memerlukan berpakaian formal sekiranya aku memakai baju kurung
atau kebaya.Dengan shawlnya yang nipis. Pastilah aku tipikal gadis2 biasa.Malah
aku juga mempunyai bentuk tubuh yang normal yang diidamkan oleh ramai wanita
dan gadis (ini hakikat ya, aku juga baru dapat menerima hakikat ini).Tapi
disebabkan, ibuku (ma) sangat2 suka menegur sekiranya artis2 atau remaja2
berpakaian ketat begitu menyebabkan aku berhati2 dalam memilih cara pemakaianku dari dulu sampai sekarang.
Ini adalah kerana kritikanya sangat2 menusuk jantung, boleh terkedu, terkaku
disitu, kalu boleh bersembunyi memang akan bersembunyi. Tapi oleh disebabkan aku terlalu biasa maka krititikan
itu Cuma dijadikan sebagai skala pengukuran bagiku agar jangan berpakaian
begitu. Namun, bila pemerhatian itu aku
alami sendiri, maka aku tidak salahkan ma berfikiran begitu, kerana beliau
lebih arif akan sifat lelaki. Apa yang beliau fikirkan adalah untuk kebaikan
semua. Maka secara kesimpulannya, aku kini lebih berhati agar tidak kelihatan
begitu mengiurkan untuk lelaki, cukuplah sekadar bersederhana. Selain itu, satu persoalan yang lebih berat
untuk kita fikirkan bersama, sekiranya ramai wanita atau gadis yang berpakaian
seksi nk mampus itu dalam generasi kini, bagaimana kita ingin melahirkan
generasi yang lebih baik pada masa akan datang. Ingatlah wahai wanita atau
gadis, anda adalah insan yang paling mulia yang dianugerahkan Allah s.w.t di dunia ini, yang mampu melahirkan umatNya,
malah diberikan tugas yang berat untuk membimbing zuriat anda untuk beriman kepadaNya,
cukupkah dengan ijazah yang anda miliki atau pemikiran sekular anda atau wang
dan harta yang bakal anda miliki. Akhir kata, TERIMA KASIH ALLAH SWT kerana
lahirkan aku dari rahim ibu yang sangat aku kagumi, yang telah mendidik aku
sebaik-baik yang termampu olehnya, dengan membekalkan aku ilmu dunia dan
akhirat, yang mendidik jiwa dan mindaku tentang zat2 MU, yang sentiasa
mengharapkan aku menjadi umatMu yang taat dan solehah, yang sentiasa mendoakan
aku agar tetap dijalanmu, yang sentiasa melindungi aku daripada tersesat dari
jalanMu dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya. Alhamdullilah.
Dan aku berharap agar aku mampu menjadi yang lebih baik untuk zuriatku Ya
Allah..InsyaAllah.....
No comments:
Post a Comment