Beberapa minggu yang diselubungi dengan
sifat malas yang teramat, namun masih banyak tugas yang terbengkalai yang perlu
disegerakan, aku dilanda kesewelan…ye la..otak kalu dipaksa2 dan bercanggah
dengan hati..pasti la berlaku kecelaruan jiwa..dan pengubatnya…haha tentu la
novel2 yang penuh dengan ilmiah penyubur jiwa…yang meresap masuk supaya lebih
mengingati Allah yang maha Esa..betapa dugaan yang diterima adalah secebis
Cuma…walhal sebesar hama pun tidak berbanding. Aku x peduli apa orang kata,
Cuma bagi aku, aku mampu memahami dunia dan cubaan ini yang sememangnya
termaktub dan difahami dengan cara yang lain..
“Jika seseorang itu tertawa, tidak
semestinya orang itu sedang gembira, sebaliknya mungkin sekadar mengusir
gundah; atau mungkin sekadar mencair pasrah; atau mungkin juga bosan
mempamerkan resah”….
sebenarnya ungkapan ini aku lupa aku salin
dari novel yang mana satu..tp minda separa sedarku kuat mengatakan mungkin dari
novel nukilan manjlara, persis sebutir pasir terbitan jemari seni…ah mungkin
juga novel lain (jadi ku mohon maaf pada penulisnya ya). Kenapa aku suka
ungkapan ini? mestilah sebab aku sering tertanya perlukah aku sentiasa bermasam
muka setiap kali dilanda masalah…dan setelah itu aku menjadi penat…namun bila
aku terbaca ungkapan ini aku Cuma memberikan senyuman…biarpun bukan pada
sesiapa…namun seolah2…jiwaku lapang dan juga mindaku ringan…jadi senyum la
selalu wahai kawan ku….
“manisnya hidup kita sebagai manusia, bukan
kerana kebahagian yang datang untuk diri kita, tetapi apabila kebahagian itu
pergi untuk orang lain”
pg
213,Lelaki berkasut merah, bahrudin bekri, PTS
korang sedar tak, bagi mendapat kebahagiaan
untuk diri kita, kebahagian itu perlu pergi pada orang lain dahulu…contohnya
masa hari konvokesyen atau hari raya, kita akan merasa bahagia sekiranya orang
yang terdekat dengan kita merasa bahagia itu bersama-sama kita. Dan untuk
mencapai konvo atau ari raya mesti la kita terpaksa bersusah payah dan
bersekang mata dulu kan..bukannya terus mencapai bahagia. Dan dalam prose situ pasti
lah wajah2 kesayangan kita yang terpapar diminda setiap kali kita merasa
seperti mahu berputus asa betul tak..dan ;agi satu berhati2 la menggunakan
perkataan sibuk kerana pengertian juga berbeza..selama ini aku cuba
mencari-cari pengertian perkataan ini yang sebenarnya..oleh kerana setiap kali
mengatakan sibuk pada seseorang aku sebenarnya rasa serba salah…hihihi..dan
benarlah…maksud yang sebenarnya memang sangat mengerunkan kerana mungkin akan
melukakan hati seseorang yg kita sayangi…
“Hati-hati menggunakan perkataan sibuk.
perkataan sibuk itu sifatnya relative.maknanya, sekiranya kamu menganggap
sesuatu itu penting, kalu tidak berasa sibuk. seperti makan dan tidur, pasti
kamu tidak pernah berasa sibuk dalam perkara itu. hanya jika kamu menganggap sesuatu
itu tidak penting, barulah kamu sibuk”
lelaki
berkasut merah, bahrudin bekri
tapi sebenarnya, bagi aku bukan sesuatu itu
tidak penting..namun mungkin bukan yang terpenting yang perlu menjadi
keutamaan..ok sume..jelas kan…
dan ayat lain untuk Allah itu maha
mengetahui, “TUHAN BEKERJA DALAM RAHSIA”. wallahualam…
No comments:
Post a Comment