The past is history....The future is mystery....The present is where we belong...


Sunday, July 1, 2012

MY WORLD

THIS IS MY WORLD

REALLY LOVE TO BE THERE

BE HERE LIKE BE IN THE OTHER WORLD

FORGET THE REALITY

FORGET THE PAIN

FORGET EVERYTHING

HERE

MY LOVE, MY MEDICINE AND MY FRIEND

HIDUP HURU HARA BILA AGAMA BUKAN MENJADI LANDASAN




Perhubungan sejenis, bercampur lelaki yang bukan mahram di dalam rumah, kiblat entah ke mana, sujudnya entah bila kali terakhir dilakukan pastinya menyebabkan hidup haru biru. tipu orang sana sini, tindas orang yang lemah buat keputusan ikut perasaan...hancusss....

tapi apa yang masyarakat lakukan kini?apa fungsinya jiran tetangga, apa fungsinya keluarga?

nak salahkan ibubapa??? err mungkin..

PERCERAIAN!!!!

ibu dan ayah yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak2 yang mereka lahirkan.
buruknya mereka bermakna buruk la kita sebagai ibu bapa. menjadi bapa bukan hanya berperanan untuk menaburkan benih dalam rahim si ibu, tetapi juga menahkodakan bahtera perkahwinan itu sendiri. sekiranya pincang maka akan kelamlah bahtera itu. Menahkodakan bahtera bukan hanya perlukan kasih sayang, namun juga ilmu, ilmu dunia dan akhirat. ujian menjadi ibu bapa adalah ujian yang paling besar, seorang anak satu ujian apatah lagi 10 orang. malah ujian ini tidak akan berakhir walaupun jasad kita ditelan bumi. kerana doa dan amalan seorang anak akan berterusan. dan melahirkan keturunan yang soleh adalah kewajiban kita.

satu intitusi kekeluargaan yang sempurna adalah adanya ibu dan ayah. kehilangan salah satu akan menjadikan mereka tempang. apatah lagi sekiranya ianya berlaku ketika anak2 masih dahagakan belaian mereka. namun, institusi ini akan lebih kukuh dan padu dengan agama. InsyaAllah dengan agama semuanya akan jadi baik.

dan masyarakat...JGN NK JD KEPOCI SNGT LA....

itu la tag line sekarang sapa nk sibuk jadi mami jarum sekarang...x de keje eh...biaq pi la..jgn dok mintak beras depan umah aku sudah....ada maksiat depan mata..x diendahkan...si anu tu lahirkan anak luar nikah...senyum aja la...benda dah jadi...dh selamat pun...si polan tu dok mengendong anak dara ke hulu ke hilir...ah..biasa la budak2 zaman sekarang....

MALU...TAKUT...SEGAN....HORMAT....

mana ada sekarang ni...semua mesti mau....ada brann!!!...

semua BOLEH JA..., ALA X ROCK LA..., APA CLASSS!!!...MANA ADA ORANG MACAM KO ZAMAN SEKARANG NI.....ENJOY ARRR....

sekiranya kita sendiri yang merendahkan maruah diri kita, jangan nak berharap orang akan meninggikannya. Please don't be afraid to be different if only, the different is GOOD for our self. for here and thereafter. ALLAH s.w.t IS ALWAYS with US..DON'T FORGET HIM, ONLY HIM LOVES US WITHOUT DOUBT. ONLY HE KNOW WHAT IS GOOD FOR US..happiness here not mean we guarantee will have happiness in the other world.

Monday, June 18, 2012

jiwa bercelaru= midlife crisis

1
sejenak...

pernahkah kamu menghela nafas yang panjang
kosongkan fikiran
dan x tau apa yang kamu telah lakukan dengan hidup kamu

2
kosong

kejayaan yang mereka banggakan
bagimu
tiada sekelumit pun berbekas dihati untuk dibangga2kan
berlalu pergi umpama angin lalu

3
krisis pertengahan umur?
haha...
terasa lawak kalau aku mengalaminya
namun x mustahil aku mengalaminya sekarang

4
aku perlukan teman bicara
namun aku takut untuk berjumpa teman
aku perlukan gelak ketawa
namun aku penat berpura-pura
aku perlukan ketenangan
namun jiwaku asyik bercelaru
aku perlukan keberanian
namun aku terpaku ketakutan dalam mengatur langkah
dan akhirnya aku lelah dalam ketakutan itu
takut pada bayang2ku sendiri

Thursday, April 26, 2012

Novel Pengubat Kemurungan


Beberapa minggu yang diselubungi dengan sifat malas yang teramat, namun masih banyak tugas yang terbengkalai yang perlu disegerakan, aku dilanda kesewelan…ye la..otak kalu dipaksa2 dan bercanggah dengan hati..pasti la berlaku kecelaruan jiwa..dan pengubatnya…haha tentu la novel2 yang penuh dengan ilmiah penyubur jiwa…yang meresap masuk supaya lebih mengingati Allah yang maha Esa..betapa dugaan yang diterima adalah secebis Cuma…walhal sebesar hama pun tidak berbanding. Aku x peduli apa orang kata, Cuma bagi aku, aku mampu memahami dunia dan cubaan ini yang sememangnya termaktub dan difahami dengan cara yang lain..




“Jika seseorang itu tertawa, tidak semestinya orang itu sedang gembira, sebaliknya mungkin sekadar mengusir gundah; atau mungkin sekadar mencair pasrah; atau mungkin juga bosan mempamerkan resah”….




sebenarnya ungkapan ini aku lupa aku salin dari novel yang mana satu..tp minda separa sedarku kuat mengatakan mungkin dari novel nukilan manjlara, persis sebutir pasir terbitan jemari seni…ah mungkin juga novel lain (jadi ku mohon maaf pada penulisnya ya). Kenapa aku suka ungkapan ini? mestilah sebab aku sering tertanya perlukah aku sentiasa bermasam muka setiap kali dilanda masalah…dan setelah itu aku menjadi penat…namun bila aku terbaca ungkapan ini aku Cuma memberikan senyuman…biarpun bukan pada sesiapa…namun seolah2…jiwaku lapang dan juga mindaku ringan…jadi senyum la selalu wahai kawan ku….



“manisnya hidup kita sebagai manusia, bukan kerana kebahagian yang datang untuk diri kita, tetapi apabila kebahagian itu pergi untuk orang lain”
                                                pg 213,Lelaki berkasut merah, bahrudin bekri, PTS

korang sedar tak, bagi mendapat kebahagiaan untuk diri kita, kebahagian itu perlu pergi pada orang lain dahulu…contohnya masa hari konvokesyen atau hari raya, kita akan merasa bahagia sekiranya orang yang terdekat dengan kita merasa bahagia itu bersama-sama kita. Dan untuk mencapai konvo atau ari raya mesti la kita terpaksa bersusah payah dan bersekang mata dulu kan..bukannya terus mencapai bahagia. Dan dalam prose situ pasti lah wajah2 kesayangan kita yang terpapar diminda setiap kali kita merasa seperti mahu berputus asa betul tak..dan ;agi satu berhati2 la menggunakan perkataan sibuk kerana pengertian juga berbeza..selama ini aku cuba mencari-cari pengertian perkataan ini yang sebenarnya..oleh kerana setiap kali mengatakan sibuk pada seseorang aku sebenarnya rasa serba salah…hihihi..dan benarlah…maksud yang sebenarnya memang sangat mengerunkan kerana mungkin akan melukakan hati seseorang yg kita sayangi…

“Hati-hati menggunakan perkataan sibuk. perkataan sibuk itu sifatnya relative.maknanya, sekiranya kamu menganggap sesuatu itu penting, kalu tidak berasa sibuk. seperti makan dan tidur, pasti kamu tidak pernah berasa sibuk dalam perkara itu. hanya jika kamu menganggap sesuatu itu tidak penting, barulah kamu sibuk”
                                                                                                      lelaki berkasut merah, bahrudin bekri

tapi sebenarnya, bagi aku bukan sesuatu itu tidak penting..namun mungkin bukan yang terpenting yang perlu menjadi keutamaan..ok sume..jelas kan…
dan ayat lain untuk Allah itu maha mengetahui, “TUHAN BEKERJA DALAM RAHSIA”. wallahualam…

Friday, April 20, 2012

dunia tetap berjalan.....



ari rabu lepas aku keluar melihat dunia selepas 3 ari berkurung dalam rumah, apa ak buat..jangan ditanya kerna ak sendiri kurang pasti apa yg ak buat. sumenya serba x kena. hubungan aku dengan dunia luar sengaja diputuskan. malas nk serabutkan kepala otak yg dh sememangnya berserabut.

sepanjang 3 ari itu, rumah kat simpang jalan nk masuk ke rumah ak dah nk siap. cepat gila. haha.nampak sngat ak bnyak rugi. selain itu, dunia ini tetap berjalan seperti biasa. memasing dengan urusan memasing. tanpa ada noktah. benarlah seperti firman Allah

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran. (surah al-‘Asr; 103:1-3)"

selama 3 ari bertapa adakah menenangkan jiwa ku yg berkeramuk itu..tidak sama sekali ,engubah apa2..jiwaku masih sama…Cuma mungkin fizikal ku agak bertenaga. namun itu belum cukup untuk ak meningkatkan semangat mental dan fizikal ku untuk ke laboratory kesayangan ku…handphone telah di on…wau..terlalu ramai yg cuba menghubungi ak kelmarin..nasib baik ak off…kalu x terkocak lagi la perasaan ak…tp ak bersimpati dan rasa bersalah dengan insan2 y benar2 menghubungiku kerana mengambil berat pasal ku. maafkan ak.